BAB 9

Romance Completed 836

“Kau kena tolong aku, Linda,” tangan Linda digenggam. Desiree kebuntuan sekarang.
“Kenapa ni?” tanya Linda. Desiree mengeluh. Teruk juga dia dileteri Linda sebaik sahaja dia tahu yang Noah mengetahui dia menipu. Linda betul-betul tidak suka dengan rancangan itu.
“Aku mengandung,” mata Linda membulat. Dia menjerit kesukaan.
“Mengandung? Wah, nampaknya masin mulut kau. Kau mengandung betul-betul! Jadi, apa yang kau nak aku tolong? Tolong belikan baju mengandung dan baby kat butik-butik luar negara?” Linda mengenyitkan mata. Desiree menggeleng.
“Tolong aku cari tempat untuk gugurkan kandungan ini,” pinta Desiree . Wajah Linda berubah.
“Apa? Kau dah gila ke?!” jerit Linda. Desiree memberi isyarat memperlahankan sedikit suaranya. Lagipun sudah ada beberapa orang di restoran itu memandang mereka.
“Kenapa nak gugurkan? Kan ini yang kau hendak?” tanya Linda tidak puas hati. Desiree mengetap bibir.
“Kalau dulu ya. Tapi sekarang tidak lagi,” Desiree menghirup kopi. Segera kopi itu dirampas oleh Linda.
“Kopi tidak bagus untuk wanita hamil,” Linda mengingatkan. Desiree tersenyum.
“Tapi aku akan gugurkan kandungan ini. Jadi, tak apalah,” Desiree mengambil semula cawan berisi kopi itu dan menghirupnya. Sekarang dia sudah meminum kopi. Kalau dahulu dia tidak sukakan kopi kerana rasanya yang pahit, sekarang dia merasakan kopi itu tawar pula rasanya. Ibarat hidupnya yang mulai tawar. Linda mengeluh.
“Kenapa kau buat macam ini? Kau boleh gunakan baby itu supaya Noah balik semla pada kau,” kata Linda. Desiree tersenyum.
“Aku dah cuba dan dia suruh aku gugurkan,” selamba kata-kata Desiree . Linda terlopong.
“Dia…suruh…kau….gugurkan?!” tidak percaya kelihatan di wajah Linda. Desiree mengangguk.
“Ya. Lagipun dia dah ceraikan aku. Aku akan keluar dari rumah itu selepas majlis perkahwinan mereka,” tenang raut wajah Desiree sebaik dia berkata begitu. Linda menyentuh tangan Desiree .
“Tapi…gugurkan? Desiree , dia tetap anak kau juga. Walaupun kau dan dia dah bercerai, baby tu tak bersalah,” nasihat Linda. Desiree menggeleng.
“Aku tak tahan, alahan teruk sangat. Makan apa pun muntah balik. Pening kepala, letih, tak usah nak ceritalah. Aku tak nak jadi ibu tunggal. Kau lupa, mak aku lahirkan aku walaupun dia dan papa dah bercerai waktu itu. Aku betul bencikan tindakannya itu. Aku tanya kenapa dia lahirkan aku. Aku menderita tau, tak? Aku tak nak anak aku jadi macam aku. Aku tak nak buat kesilapan yang mama aku buat.
Dan yang paling penting, aku benci Noah ! Bencikan dia dan aku tak nak lahirkan anaknya. Lagipun senang je, dia pun dah suruh aku gugurkan. Jadi, semua masalah akan selesai sebaik sahaja aku gugurkan baby ni,” sambil tersenyum pahit Desiree berkata begitu. Linda sebak. Dia bersimpati kepada Desiree tetapi dia juga kesiankan anak yang dikandung Desiree . Tapi mungkin Desiree betul, satu-satunya cara terbaik adalah gugurkan kandungannya….
“Noah , Lissa . Kebetulan jumpa di sini,” Desiree menegur dengan senyuman sebaik Airal dan Lissa berdiri di sebelah mejanya. Dia berpura-pura senyum walaupun hatinya berkecai.
“Eh, apa ni Noah ?” Desiree terkejut sebaik Noah menarik tangannya dan meninggalkan Lissa dengan Linda. Tangan Desiree terus ditarik dan badan Desiree dipaksa masuk ke dalam kereta mewah Lexusnya. Desiree mengerutkan kening. Noah memandu dengan wajah tegang.
“Noah , I tengah bercakap dengan Linda tadi. Tolong hantar I balik. Lagipun kereta I ada di situ,” pinta Desiree geram.
“Tidak sebelum kau jawab soalan aku. Kau mengandung ke?” tajam renungan Noah . Desiree terkejut dengan pertanyaan itu. Lama dia terdiam sebelum menggeleng.
“I tipu je,” perlahan dia menuturkan itu. Dia sudah malas memikirkan tentang kandungannya. Tiba-tiba Noah menghentak stereng.
“Jangan menipu!” keras suara Noah . Desiree mengeluh.
“Betullah. Sudah, kalau you tak nak balik semula, turunkan I di sini,” lemah suara Desiree . Dia memicit dahi. Peningnya kembali semula. Ini semua kerana Noah . Membencikan betul!
“Aku dah dengar semua perbualan kau tadi,” Noah membuat pengakuan. Desiree terkejut tetapi dia hanya berlagak tenang.
“Jadi?” wajah Noah memerah mendengar suara selamba Desiree .
“Kau tak rasa apa-apa ke bila kau kata nak gugurkan kandungan? Kau tak tahu ke salah buat begitu! Kenapa dengan kau ni?!” amarah Noah meledak. Desiree ketawa kecil. Sinis.
“Salah? You juga yang suruh I gugurkan!” balas Desiree geram.
“Tapi waktu itu…”
“..you ingat I menipu? Sudahlah, you teruskan ingat I menipu dan semua akan jadi baik. Lagipun beberapa minggu lagi you dah nak nikah dengan Lissa . Jangan fikirkan apa yang you dengar tadi,” Desiree memandang ke luar tingkap. Noah menggigit bibir.
“Aku tak akan lupakan. Dengar sini, jangan harap kau boleh gugurkan baby tu,” tegas suara Noah . Desiree menggeleng.
“Siapa you nak arah I?” balas Desiree .
“Aku…”
“…bekas suami! Bukan suami I lagi. Jadi, I boleh buat apa yang I suka. Lagipun, you akan dapat anak juga dengan Lissa nanti. Jadi, jangan risaukan I,” tempelak Desiree lagi.
“Kau tak boleh buat begini, Desiree . Anak tu tak salah. Takkan kau tak sayang langsung pada dia?” kali ini suara Noah berubah nada. Desiree mengetap bibir.
“Sebab sayanglah I kena buat begini. I tak nak dia jadi macam I,” suara Desiree juga berubah. Suasana diam seketika.
“Apa yang perlu aku buat agar kau takkan gugurkan anak aku?!” keras kembali suara Noah . Desiree menggeleng.
“Tak payah. I takkan ubah keputusan I,” Desiree menolak. Noah semakin tegang.
“Kita rujuk!” tekad suara Noah . Desiree senyum sinis dan menggeleng.
“Tak nak!” bantah Desiree . Noah memberhentikan kereta tiba-tiba. Serentak itu badan Desiree terdorong ke hadapan.
“Auch!” Desiree menekan perutnya. Noah memandang Desiree dengan cemas.
“Sorry. Did I hurt you and the baby?” tanya Noah . Tangannya memegang erat bahu Desiree . Segera Desiree menepis kasar.
“Jangan sentuh I. Hantarkan I balik. Sekarang!” Desiree menyandar ke arah kerusi. Perutnya masih terasa sakit. Terasa mencucuk-cucuk. Desiree teringatkan pesan doktor agar menjaga kandunganya. Kandungannya baru beberapa minggu, jadi tersangatlah lemah.
“Kita ke hospital sekarang,” Noah memusingkan kereta. Desiree mengetap bibir.
“Tak payah! Hantar I…Ahhh!” sakitnya semakin kuat. Desiree mengetap bibir. Noah di sebelah cemas apabila melihat keadaan Desiree yang begitu. Timbul rasa bersalah kerana mencederakan Desiree . Berpeluh dahi Noah melihat keadaan Desiree yang menahan kesakitan.
“Maaf. Tahan ya,” kelajuan kereta dipercepatkan. Dia sudah tidak peduli lagi walaupun kelajuan keretanya melebihi had. Dia lebih mementingkan Desiree dan kandungannya. Tiba-tiba kepala Desiree terkulai di sebelahnya. Noah semain cemas. Ya Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience