BAB 6

Romance Completed 836

Langkah Desiree perlahan memasuki rumah. Matanya meliar memandang sekeliling.
“Desiree , baru balik?” Datin Sofia menegur Desiree . Segera Desiree menyalam tangan Datin Sofea.
“Ya, mama. Desiree naik dulu ya,” Desiree mendaki tangga. Saat matanya terhenti di depan pintu Noah , langkah Desiree terhenti. Dia berdiri di depan pintu agak lama sebelum memutuskan untuk masuk ke dalam bilik itu. Serentak itu dia terdengar suara Noah .
“Sayang, you balik lusa? Baguslah. I betul-betul rindukan you,” hampir tercabut jantung Desiree apabila mendengar Noah berkata begitu namun dia terus mendengar.
“Desiree ? Dia masih lagi tinggal di rumah I. I biarkan dia tinggal dulu sebelum you pulang dan kita kahwin. Kesianlah dia tak ada tempat nak tinggal, sayang,” lembut suara Noah bertutur dengan Lissa . Darah Desiree menggelegak. Rupanya Noah hanya memainkan perasaanya. Dia tidak mahu putus dengan Lissa . Dia cuma mahu memuaskan nafsunya sebleum Lissa pulang. Jahanam!
“Okay, I tunggu you balik. Daa,” talian dimatikan. Noah melangkah ke katil. Badannya direbahkan di situ sambil tersenyum. Saat itu, Desiree segera merempuh masuk dan menutup pintu dengan kuat. Noah terkejut dengan kedatangan Desiree .
“Oh, jadi selama ni you tipu I?! I langsung tak sangka, Noah !” suara Desiree ada keras. Noah terdiam.
“I sayangkan Lissa . I nak kahwin dengan dia,” balas Noah . Desiree mengetap bibir.
“Jadi I ni siapa? Pemuas nafsu you sebelum you nikah dengan Lissa ? You nak ceraikan I, kan?” marah Desiree lagi tapi suaranya dikawal. Dia tidak mahu ibu mertunya dengar.
“You yang goda I,” perlahan suara Noah . Desiree tersenyum sinis. Kini dia pula yang disalahkan.
“Terpulang tapi dengar sini. Kalau you tetap nak nikah dengan Lissa , ceraikan I. itu yang you nak, kan? Tapi sebelum you buat apa-apa keputusan, I nak you tahu yang I sedang mengandung sekarang dan ini anak you! Kalau you nikah dengan Lissa , I akan gugurkan tanpa berfikir panjang lagi. Jadi, sekarang keputusan ada di tangan you!” Desiree segera keluar dari bilik dengan wajah yang masam. Dia dalam biliknya dia meraut wajah. Terasa kesal pula mengatakan yang dia mengandung sedangkan tidak! Macam mana dia boleh terlanjur menipu? Tapi dia tidak sanggup kehilangan Noah lagi. Betulkah tindakan itu tadi?
Noah yang duduk di atas katil betul-betul terkejut. Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat. Desiree mengandung? Dan jika dia mengahwini Lissa , Desiree mahu diceraikan dan menggugurkan kandungannya? Argh! Apa yang harus dibuat sekarang. Walau apapun, anak itu tetap anaknya. Dia tidak boleh membiarkan Desiree menggugurkannnya tapi dia tidak boleh lepaskan Lissa . Ahh, pening!

“Apa yang kau nak?!” tanya Desiree kasar sebaik memandang wajah Melissa di hadapan pintu. Melissa tersenyum.
“Noah ada?” tanya Melissa lembut. Desiree menggeleng.
“Dia tak ada!” kasar nada suaranya. Sebenarnya dia masih marah. Walaupun dia menipu yang dia sedang mengandung, Noah masih tidak mengambil apa-apa tindakan tentang hubungannya dengan Lissa . Itu yang membuat dia bengang!
“Lissa , aku nak mintak tolong boleh tak? Jangan ganggu Noah lagi. Dia masih suami aku!” Desiree berterus terang. Lissa kelihatan terkejut tetapi dia masih tersenyum.
“Tapi kamu berdua akan bercerai. Dia sayangkan aku,” selamba Lissa berkata begitu. Desiree meradang.
“Kau tak malu ke musnahkan rumah tangga orang. Untuk pengetahuan kau, aku sedang mengandungkan anak Noah . Jadi, betul ke dia sayangkan kau?!” sinis kata-kata itu. Lissa kelihatan terkejut.
“ Desiree !” Noah menghampiri dengan wajah yang merah. Desiree mDesiree uk tubuh tidak peduli. Dia tahu Noah tidak akan mengapa-ngapakannya walaupun dia menyakiti Lissa . Noah terlalu menjaganya. Noah percaya bulat-bulat yang dia sedang hamil. Dia dilayan bak puteri.
“Kita perlu berbincang,” Noah dan Lissa beredar meninggalkan Desiree sendirian. Desiree hanya tersenyum sinis. Dia tahu kemenangan miliknya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience