BAB 13

Romance Completed 836

Langkah Desiree lemah menuju masuk ke dewan hotel yang begitu meriah itu. Hatinya terasa disayat-sayat. Dia terasa ingin lari dari sini tetapi akalnya menegahnya. Sekurang-kurangnya dia harus menunjukkan diri.
“Desiree . Mama ingat Desiree tak datang,” Datin Sofea datang mDesiree uknya. Desiree membalas pelukan itu. Senyuman cuba diukirkan.
“Takkan Desiree tak datang. Mama sendiri yang jemput Desiree ,” balas Desiree lembut. Pelukan dileraikan. Dia memandang wajah bekas mertuanya itu.
“Lagipun Desiree nak jumpa mama dan papa sebelum Desiree pergi UK esok,” sambung Desiree lagi. Datin Sofea kelihatan terkejut.
“Esok? Cepatnya,” Desiree hanya tersenyum. Dia kemudian meliarkan pandangannnya ke seluruh dewan hotel yang dihiasi dengan pelbagai bunga ros. Teringat majlis perkahwinannya dengan Noah dulu. Majlis mereka sederhana sahaja. Tapi sekarang, majlis perkahwinan Lissa dengan Noah begitu meriah sekali. Desiree mengetap bibir.
“Papa mana ma? Lissa dan Noah ?” tanya Desiree . Mama turut memandang sekeliling.
“Papa di sini. Papa tak pergi mana-mana pun. Mana boleh tinggalkan mama kamu ni,” Datuk Rosli muncul tiba-tiba dan mDesiree uk bahu Datin Sofea. Ibu mertuanya itu tersipu-sipu. Desiree tersenyum tetapi sedikit sebanyak hatinya mencemburui mamanya. Kalaulah dia mempunyai seorang suami sebaik bapa mertuanya…
“Desiree tak sihat ke? Mama tengok muka Desiree pucat,” tangan Datin Sofea lembut mengusap pipinya. Desiree hanya senyum.
“Biasalah mama,” Datin Sofea memandangnya lama.
“Mama risaulah,”
“Tak payah riasaulah, mama. Desiree tak apa-apa. Desiree nak jumpa Lissa dan Noah sebelum pergi,” ujar Desiree .
“Tu pun Lissa . Pergilah jumpa dia,” Datin Sofea menuding ke satu arah. Desiree mengalihkan pandangan ke sana.
“Desiree pergi jumpa Lissa dulu ya,” Desiree berjalan lambat-lambat ke arah Melissa yang sungguh anggun dalam gaun pengantinnya. Hati Desiree berdarah tetapi dia hanya bersikap selamba.
“Tahniah, Lissa ,” ucap Desiree sambil tersenyum. Entah senyuman apa yang dilontarkan tetapi dia dapat merasakan senyumannya hambar. Biarlah, selepas ini semua kepedihan ini akan berakhir.
“Terima kasih, Desiree . Saya tak sangka awak sudi datang setelah apa yang terjadi. Saya mintak maaf. Saya tak…”
“Bukan salah awak. Sudahla. Saya pun nak minta maaf dengan awak. Saya akan pergi,” tutur Desiree berhati-hati. Dia pilu melihat Lissa dan senyuman manisnya. Dia bukannya cemburu tapi…
“Awak nak pergi mana, Desiree ?” Lissa kelihatan terkejut. Desiree tersenyum. Sah Noah tidak memberitahu apa-apa kepada Melissa .
“Saya nak sambung belajar. Saya dah tak akan ganggu hubungan awak dengan Noah lagi. Maaf atas apa yang telah berlaku,” ucap Desiree tulus. Desiree dapat melihat sayu di mata Melissa .
“Desiree …”
“Sudahlah. Nanti rosak mekap awak. Tak cantik nanti!” usik Desiree . Senyuman cuba diukir walaupun berat.
“Saya nak balik. Tahniah sekali lagi ya,” tangan Lissa digenggam. Lissa mengangguk.
“Er, awak tak nak jumpa Noah ke?” pertanyaan Lissa dijawab dengan gelengan. Buat apa menemui Noah kalau itu akan membuatkan dia lebih sakit hati? Langkahnya lemah meninggalkan dewan. Kepala yang agak pening diurut perlahan. Dia tertekan! Apa yang boleh dia lakukan sekarang? Memang dia yang sengaja mencari masalah. Sekarang, tanggunglah akibatnya sendiri!
Di saat kakinya memasuki kereta, wajahnya disemban ke stereng. Sakit kepalanya mencucuk-cucuk. Tangannya memicit leher yang sudah mula terasa mual. Dia mengusap perutnya perlahan. Perutnya masih kempis tetapi sayangnya menggunung pada anaknya itu. Terasa menyesal pula kerana pernah terfikir untuk menggugurkannya.
“Maafkan mama sayang,” ucapnya lirih. Air mata mula menitis di wajahnya yang tidak dilitupi mekap. Dia malas untuk bergaya kebelakangan ini. Dia keliru. Sesetengah wangian yang disukainya dulu pun tidak boleh dihidunya. Dia akan terasa mual dan muntah-muntah. Tiba-tiba cermin keretanya diketuk. Desiree segera mengelap air matanya.
“Noah , apa yang you buat di sini?” hampir tersembul matanya melihat Noah di luar keretanya. Noah memberikan isyarat supaya dia keluar. Desiree yang masih terkejut menurut. Sebaik dia keluar, Noah menarik tangannya ke kereta mewahnya. Pintu tempat duduk penumpang dibuka. Desiree kehairanan tetapi dia tetap juga masuk.
“Apa yang you buat ni? Tak baik tinggalkan majlis. Tentu mama, papa dan Lissa sedang tercari-cari you sekarang,” ujar Desiree bertalu-talu namun Noah hanya diam dan meneruskan pemanduannya. Desiree menggelengkan kepala. Peningnya kembali semula. Dengan lemah, dia menyandarkan badannya ke kerusi. Tangan kirinya memicit dahi.
“You sakit ke?” suara Noah kedengaran prihatin. Desiree diam.
“I dah biasa,” perlahan suara Desiree . Tiba-tiba Noah memberhentikan kereta di tepi jalan. Tangan kanan Desiree digenggam.
“I mintak maaf sebab selama ini I pentingkan diri I sendiri. I nak kita bersama semula. I nak lihat anak I membesar di depan mata I dan I tak sanggup kehilangan you,” rayu Noah . Desiree menepis tangan Noah dengan lemah.
“You kan dah nikah dengan Lissa . Apa yang you mengarut ni?!” keras suaranya. Noah tersenyum. Desiree mengerutkan kening. Apa yang lucu?
“You ingat I dengan Lissa ke yang kahwin?” tanya Noah sambil tersenyum nakal. Desiree menggigit bibir. Apa maksud Noah ?
“Lissa tarik diri. Dia tak nak kahwin dengan I. Dia kata, dia tak sanggup lukakan you dan baby. Tadi majlis kahwinnya dengan sepupunya,” selamba Noah menuturkan itu. Mata Desiree membulat.
“Apa?!!!” mulut Desiree terlopong. Noah ketawa kecil. Dia kemudian menggenggam tangan Desiree dan dikucupnya perlahan.
“Ya. Oleh sebab itu I nak kita rujuk semula,” lembut suara Noah namun Desiree memandangnya dengan dingin. Tangannya ditarik kembali.
“Jadi, you balik semula pada I sebab Lissa dah tinggalkan you? You ingat I ni apa? Bila tak suka, buang, bila nak, ambil semula?!” luah Desiree geram. Noah mengetap bibir. Dia tahu dia salah dan sekarang dia mahu menebus kembali kesalahannya. Lagipun baru sekarang dia sedar dia kembali menyintai Desiree . Cintanya yang padam dulu marak kembali malah dia menyintai Desiree melebihi Lissa .
Cuma dia tidak boleh membatalkan perkahwinannya dengan Lissa kerana dia tidak mahu melukakan Lissa . Lagipun dulu dia mati-mati mengaku dia cintakan Lissa dan tinggalkan Desiree . Dia tidak sanggup lukakan Lissa namun dia juga tidak sanggup kehilangan Desiree . Dia tahu dia tamak tetapi dia tidak berdaya dan bingung. Sekarang barulah dia menyesal mengikut egonya. Bukan dia sahaja yang menderita malah, Desiree dan Lissa juga. Dan dia tidak mahu kehilangan anaknya. Dia tahu Desiree sungguh lemah menghadapi kehamilannya dan dia berasa bersalah tidak berada di sisinya. Tengoklah wajah Desiree sekarang, pucat.
“I mintak maaf. I mengaku I ego. I mengaku I salah. Boleh tak you maafkan I dan kita mulakan hidup baru?” Desiree memalingkan wajahnya. Noah tersenyum. Terasa comel melihat Desiree begitu. Dia akui, Desiree lebih cantik tanpa mekap yang tebal. Keaslian wajahnya semakin menyerlah sekarang. Cintanya semakin dalam apatah lagi Desiree sedang mengandungkan zuriatnya sekarang.
“I lapar,” Desiree memalingkan kembali wajahnya. Noah mengangkat sebelah keningnya.
“Apa yang you nak makan?” tanya Noah . Senyuman dihadiahkan untuk Desiree .
“You nak belikan ke?” Desiree memandang Noah sinis. Noah mengangguk pantas. Sebelum ini Desiree tidak pernah meminta apa-apa daripadanya jika dia mengidam. Sekarang, dia mahu melakukan sesuatu kepada Desiree .
“I sanggup belikan apa sahaja untuk you,” tekad Noah . Desiree tersenyum nakal.
“Baiklah. I nak makan……nenas, belimbing, kedondong, laksa penang, sate kajang, sushi dan kebab. Tolong carikan untuk I, tak? Laparlah,” rengek Desiree . Noah terlopong mendengar permintaan Desiree yang banyak itu.
“Banyaknya, sayang. You boleh habiskan ke?”
“Kalau tak nak belikan sudahlah. Biar I pergi cari sendiri,” Desiree mula berkecil hati. Tangannya mula membuka pintu kereta tetapi ditahan Noah .
“Yalah, I belikan,” pujuk Noah . Desiree tersenyum lebar. Noah pula menggaru kepala. Macam mana nak dicari semua makanan itu?
“Terima kasih,” ucap Desiree perlahan. Noah memandang Desiree lama. Sungguh dia sayangkan Desiree .
“I tak kisah. Lagipun anak I jugak yang nak makan,” senyumannya dilebarkan. Tangan Desiree digenggam erat.
“Kita rujuk ya,” Desiree terdiam. Akhirnya dia mengangguk setuju. Tangan Desiree dibawa ke dadanya. Dia berjanji, dia tidak akan melepaskan Desiree lagi. Dia tidak akan mudah melupakan cinta Desiree dan beralih pada perempuan lain lagi. Dia tidak sanggup kehilangan Desiree . Desiree lah cinta hatinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience