BAB 2

Romance Completed 836

Kaki Desiree segera melangkah secara tergesa-gesa. Panggilan telefon yang diterima baru sebentar tadi menyebabkannya segera membatalkan temu janji dengan Linda. Saat kaki Desiree melangkah masuk ke dalam sebuah restoran mewah, dia dibawa pelayan ke arah meja yang sudah diduduki seorang jejaka yang kelihatan agak menarik rupa paras dan cara pemakaiannya.
“Hai, Desiree ,” jejaka itu tersenyum sambil menghirup kopinya. Desiree mengeluh lalu duduk berhadapan dengan lelaki itu.
“Bila you balik, Noah ?” tanya Desiree selepas memberi pesanan kepada pelayan. Noah senyum sedikit. Dia tidak segera memberikan jawapan kepada soalan Desiree itu malah dia meraut sedikit rambutnya ke belakang. Perlakuannya itu membuatkannya kelihatan lebih menarik. Desiree menarik nafas. Sudah hampir dua tahun tidak melihat Noah , lelaki itu kelihatan sudah berubah. Kulitnya sudah semakin cerah, rambutnya pula sudah sedikit panjang walaupun tidak mencecah sampai bahu. Potongan rambutnya kini agak menarik dan menjadikannya kelihatan lebih kacak. Pemakaiannya juga sedikit matang walaupun masih trendy. Ah, wangiannya juga sudah bertukar. Hanya satu sahaja tidak berubah, senyuman manisnya yang penah menambat hati Desiree dulu.
“Semalam. I malas nak beritahu mama dan papa. Lagipun I nak buat surprise,” Noah menjawab tenang. Pandangannya ditumpahkan ke wajah isterinya yang sudah lama tidak ditemui. Desiree masih cantik, malah lebih cantik daripada dulu. Rambutnya semakin pendek walaupun masih lagi dianggap panjang. Cara pemakainya juga sudah hebat, memang sesuai dengan jawatannya.
“Melissa balik dengan you?” tanya Desiree . Dia teringatkan wanita cantik yang bertahta di hati Noah kini. Nampaknya sudah sampai masanya dia keluar dari rumah Noah dan menjauhkan diri daripada bakal bekas suaminya ini.
“Tak. Dia masih ada urusan di sana. Dia akan balik beberapa bulan lagi,” Noah menghirup kembali kopinya. Sesaat itu pesanan Desiree sampai. Jus epal. Noah tersenyum kecil.
“You masih seperti dulu, tak sukakan kopi,” ujar Noah sambil memandang Desiree yang kelihatan tenang. Desiree membalas renungannya.
“Nampaknya you tak lupa. Bagus juga ingatan you,” nada Desiree kedengaran agak sinis. Noah segera mengalihkan pandangan. Dia tidak mahu menimbulkan pergaduhan dengan Desiree .
“You’re my wife. Mestilah I tak lupa,” jawab Noah sambil menyandarkan badannya ke kerusi dan berpeluk tubuh memandang Desiree . Serentak itu Desiree tersenyum sinis lalu meneguk minumannya.
“Lepas ni I akan jadi bekas isteri you. Oh ya, bila patut kita uruskan urusan perceraian kita?” tanya Desiree . Saat mendengar soalan itu, Noah membetulkan duduknya.
“I tak rasa kita perlu uruskan sekarang. Tak perlu tergesa-gesa. Lepas Lissa balik ke Malaysia baru kita uruskan hal itu. You boleh terus tinggal di rumah mama dan papa. I pun akan tinggal di sana juga sampai urusan perceraian kita selesai,” ujar Noah bersahaja. Desiree membulatkan matanya.
“Mana boleh!” Desiree membantah. Noah tersenyum. Sesaat itu, hati Desiree yang sudah lama kering berdengup kencang.
“Why not? Kita tak cerai lagi. Lagipun I nak mengelak khabar angin kalau orang lain tahu kita terus berpisah sebaik I balik. Ala, sekejap je. You kan tengah kerja di syarikat papa jugak, kan?” selamba je Noah menuturkan itu. Desiree menarik nafas panjang, Noah ini, macam-macam!
“Suka hati youlah tapi kalau Lissa marah, I tak nak campur,” akhirnya Desiree mengalah tetapi wajahnya agak kelat. Noah ketawa kecil. Desiree masih tidak berubah, manja dan suka merajuk. Sikap manja itulah yang memikatnya namun entah di mana silapnya, kasih kepada Desiree sudah pudar dan beralih kepada Lissa . Puas dia cuba menepis tetapi akhirnya dia mengalah. Mungkin jodohnya dengan Desiree hanya setakat ini sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience