BAB 9

Romance Completed 13173

“Masuk.”

Arahnya apabila pintu biliknya diketuk dari luar. Sejurus kemudian wajah Jannah merangkap setiausahanya itu terjengul keluar. Sengihan dibibir gadis itu panjang sedepa sambil menghampirinya. Tangan gadis itu pula erat memeluk jambangan bunga ros putih yang segar.

“Jhengg..jhengg..jhengg… Another flower from your romantic husband.”

Jannah menyerahkan jambangan bunga ros yang cantik itu kepada Adelia. Sudah masuk minggu kedua majikannya itu kembali bertugas selepas melangsungkan perkahwinan. Dalam dua minggu ni jugalah dia sentiasa di datangi budak penghantar bunga. Tiap-tiap hari ada saja bunga segar dihantar. Dari bunga tulip, lilac, carnation, myrtle, rose, ambrosia dan macam-macam lagi. Kesemuanya membawa makna cinta. Bertuah sungguh bossnya mempunyai suami yang sebegitu romantis dan penyanyang.

Baru minggu lepas buat julung kalinya dia berkesempatan bertemu muka dengan suami Adelia. Diri terlopong melihat ketampanan yang di miliki lelaki itu. Cair! Memang tip top meletop kacaknya. Berwajah bersih, maskulin, dan memiliki sepasang mata hazel pekat yang sangat-sangat memukau. Memang sepadan sangatlah dengan bossnya itu.

Adelia menyambut huluran bunga yang diberi oleh Jannah kemudian dibawa dekat ke hidungnya untuk dihidu. Hmmm…Harum, dia tersenyum manis. Kad berwarna pink yang terselit di antara bunga dibuka dan dibaca.

Dear Wifey,

Day and night thingking of you.

You made me an addict towards you.

Will not get bored telling how much I love you sayang…..

Mr. Hubby

“Ehemm, hari-hari begini nampaknya akak kena ambil MC lah, nak periksa kadar gula, takut terkena diabetes.”

Sakatnya.

Semakin melebar senyuman menghiasi wajah Adelia tika itu. Dia memang sudah sangat biasa dengan Adelia. Gadis itu adalah majikan yang terbaik dia pernah jumpa. Peramah dan sangat-sangat merendah diri. Tiada rasa kekok pun dia bergurau senda dengan gadis itu. Adelia sudah dianggap seperti adik sendiri.

“Jeleslah akak, ni akak dah nak masuk tiga puluh lima tahun, belum-belum pernah terima bunga. Bukan macam orang tu, hari-hari terima bunga. Murah lah rezeki kedai bunga tu kan. Baik akak buat pinjaman tekun buka kedai bunga pasti laku kan.”

“Alaaa… akak tak payah la jeles… Akak terima je lah Encik Hakim tu, gerenti hari-hari akak dapat bunga punya.”

Adelia mengenyit mata sengaja mengusik kembali PAnya itu.

“Eeee… Si Hakim tu… Tolonglahh… Dalah boroi tak sedar diri lagi… Eeee.. Gatal punya orang tua bini sudah tiga ada hati nak jadikan aku ke empat. Hisshhh, tak nak!!”

Terus tersembur tawa Adelia dengan mimik muka meluat yang dibuat oleh wanita di depannya itu.

“Sudah-sudahlah ketawakan orang tu, akak nak sambung kerja yang tertinggal…Tak nak ganggu orang yang tengah hangat bercinta ni yer.”

Jannah mengeyitkan mata sebelum berlalu pergi.

Setelah bayangan Jannah hilang didepan mata. Sekali lagi kad dari suaminya itu dibaca. Hatinya terbuai seketika dengan ayat-ayat yang ditulis Amsyar. Sesekali terimbau kembali kehidupannya bergelar isteri kepada lelaki itu yang hampir genap dua minggu. Bahagia. Ya, dia berasa bahagia disamping suaminya itu. Ada saja kejutan dari suaminya, membuatkan hari-harinya bersinar. Sekarang dia juga sudah pandai merindui suaminya. Waktu pejabat dirasakan terlalu panjang, ikutkan hati teringin dia cepat pulang untuk meluangkan masa bersama Amsyar. Haizzz… dia benar-benar sudah terkena penangan suaminya….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience