BAB 6

Romance Completed 13173

Apabila kelibat orang ramai yang menghadiri majlis itu mula beransur pulang. Adelia meminta izin untuk naik keatas. Penat sungguh badannya seharian melayan tetamu yang hadir. Tapi lagi penat dia memikirkan cara mengelak dari berdamping dengan Amsyar. Geram dengan lelaki itu yang asyik melekat dengannya. Bila ada saja peluang tangan tu mulalah merayap di pinggannya. Isskkk!!! Gatal!!

Lebih-lebih lagi mendengar kata-kata pujian saudaranya kepada Amsyar, membuatkan tekaknya terasa loya. Mujur sahaja dia makan sedikit, jika tidak pasti termuntah keluar semua isi dalam perutnya itu.

“OMG!! Kak Lia, hensem giler suami akak ni, jeleslah.”

Tak ada maknanya nak jeles-jeles, ni akak bagi free kalau nak! Ingin dia menjawab begitu sekiranya Mummy tidak turut berdiri disampingnya ketika itu.

“Untungnya Lia dapat suami kacak, berpoket tebal, baik pulak tu.”

Puji Mak Long. Untung apanya Mak Long? Ni bala besar tau! Huhuhu.

“Lia kena bersyukur dapat suami bijak dan berkaliber macam Am ni, muda-muda lagi dah ada syarikat sendiri.”

Anak buah Pak Ngah ni pun berkaliber apa? Tak payahlah puji dia ni buat bazir liur jer. Meluat betul dia tengok Amyar yang tersenyum panjang. Banggalah tu! Daahhh…..

“Lia, Mak Suh gembira sangat tau, akhirnya anak buah kesayangan Mak Suh ni dah jadi isteri orang. Mak Suh doakan jodoh korang berpanjangan hingga akhir hayat.”

Kata-kata Mak Suh itu sedikit sebanyak menyentuh kalbunya. Dulu harapannya juga biarlah perkahwinannya nanti sekali sahaja hingga ke hujung nyawa. Tapi memandangkan lelaki yang menjadi suaminya itu ialah si dia. Si dia yang pernah mengatakan mereka tidak sesuai. Masih ada harapan ke perkahwinan ini berpanjangan?

Setelah berada dalam biliknya. Adelia segera berlalu masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Ingin berendam lama dalam tab mandi untuk menghilangkan segala kekusutan yang sedang membelenggu setiap saraf dalam otaknya.

Kedua-dua ear piece disumbat ke dalam lubang telinga sebelum menyandarkan diri dalam tab. Suhu air yang suam dan aroma sabun bunga lily yang baru dibeli itu membuatkan dirinya tenang. Mata dipejam sambil menghayati lagu yang begitu mengasyikkan jiwanya.

Jujur saja ku tak mampu

Hilangkan wajahmu di hatiku

Meski malam mengganggu

Hilangkan senyummu di mataku

Ku sadari aku cinta padamu

Meski ku bukan yang pertama di hatimu

Tapi cintaku terbaik untukmu

Meski ku bukan bintang di langit

Tapi cintaku yang terbaik

Jujur saja ku tak mampu

Untuk pergi menjauh darimu

Meski hatiku ragu

Kau tak di sampingku setiap waktu

Ku sadari aku cinta padamu

Meski ku bukan yang pertama di hatimu

Tapi cintaku terbaik untukmu

Meski ku bukan bintang di langit

Tapi cintaku yang terbaik

Oh meski ku bukan yang pertama di hatimu

Tapi cintaku terbaik untukmu

Meski ku bukan bintang di langit

Tapi cintaku yang terbaik

Oh meski ku bukan yang pertama di hatimu

Tapi cintaku terbaik untukmu

Meski ku bukan bintang di langit

Tapi cintaku yang terbaik (cintaku yang terbaik)

Tapi cintaku yang terbaik (cintaku yang terbaik)

Tapi cintaku yang terbaik……..

Kenangan bersama Amsyar suatu ketika dulu kembali bermain tayang. Amsyar, kenapa harus awak? Kenapa hati ini sentiasa memberontak ingin bersamamu? Hatinya kembali pilu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience