BAB 7

Romance Completed 13173

Setelah puas berendam, barulah Adelia menapak keluar dari bilik air. Seperti kebiasaanya tubuhnya cuma dibaluti tuala yang singkat separas betis.

Amsyar yang sedari tadi berbaringan atas sofa bilik terpegun seketika melihat keadaan isterinya itu. Dia menelan liur. Dadanya bergerola, haruman isterinya itu terasa menerawang di setiap pelosok kamar. Membuatkan hati lelakinya terbuai-buai.

Adelia yang tidak perasan akan kewujudan suaminya dalam bilik sedang asyik mengurai dan mengeringkan rambutnya yang basah. Tatkala dia mengalihkan pandangan kearah cermin alangkah terkejutnya dia melihat Amsyar yang begitu ralit memandang kearahnya. Serta-merta mukanya bertukar merah. Tangkas dia mencapai tuala kecil yang diguna untuk membungkus rambutnya yang basah awal tadi menutup bahagian dadanya yang terdedah.

“Arggkk!!! What are you doing here?”

Sepantas kilat dia membaling bantal kecil berbentuk hati yang terletak di sisi katil ke arah suaminya.

Bukkl!! Amsyar tidak sempat mengelak. Bantal itu tepat melabuh atas mukanya. Adoii! Garangnnya bini aku. Pandang sikit pun tak boleh. Terus bagi hadiah cash!

Adelia tertawa kecil. Yess! Strike! Lucu pulak melihat gelagat suaminya yang terkejut beruk itu. Namun cepat-cepat dia menyorok senyuman itu kembali. Padan muka! Sapa suruh masuk bilik orang suka hati! Huh!

“Turn around!”

Amsyar membuat muka, buat-buat tak faham dengan arahan si isteri.

“I said turn around!! Jangan berani-berani curi pandang kat arah I sebelum I bagi arahan! Nahas mata tu I cucuk karang! ”

Gulp! Laju Amsyar memusingkan badan takut juga dengan amaran si isteri, nanti dia benar-benar maksudkan tak ke naya jadi buta, lepas peluang melihat keindahan ciptaan Tuhan itu nanti.

“Laa, tak salah pun I pandang. Halal apa.”

Sempat dia merungut.

“What did you said? I heard something.”

“Tak, I kata isteri I cantik.”

Dalihnya. Huh, tajamnya telinga.

Semakin memerah muka Adelia, tapi disebalik mendengar kata puji dari suaminya itu, ada terbit rasa suka dan bangga pulak. Memang aku cantik dari dulu apa. Aisemen… Tanpa sedar sebuah senyuman tersungging dibibirnya.

Setelah siap berpakaian, barulah dia menyuruh Amsyar menghadapnya semula. Ada benda yang mereka harus bincangkan. Biar semuanya selesai.

Raut Amsyar sedikit kecewa melihat isterinya sekadar mengenakan t-shirt lengan panjang dan seluar pijama yang comel bergambar beruang. Whuuaahh!! Napa tak pakai lingerine?

Pelik dia melihat cara pandangan lelaki itu.

“Why? What’s wrong?”

Soalnya ingin tahu.

“Sayang napa tak pakai gaun tidur?”

Lancar sahaja mulut mengutarakan kehendak hati.

Bukk!! Sekali lagi mukanya menjadi mangsa lemparan bantal. Amboi! Sesedap rasa dia baling aku dengan bantal. Aku cium juga karang baru tahu. Ahh!! Tiba-tiba muncul idea bernas untuk mengusik isterinya pula. Hehehe.

“Aduhh!! Sakitnya…sakit…”

Amsyar mengerutkan mukanya seolah-olah dia benar-benar kesakit. Sengaja bermain sinetron bagi meraih perhatian Adelia.

“Sakitnya. Ya Allah… Sayang… tolong abang, sakit ni…”

Alamak! Kuat sangat ke aku baling bantal tu tadi? Adelia mula cemas, rasa bersalah pun ada melihat Amsyar yang terjerit-jerit sakit. Nanti dia bagitau mummy garenti aku kena hukuman gantung. Ya Allah apa dah aku buat ni. Malam pertama dah sakiti suami.

“Am, I’m sorry. I didn’t mean it. I tak sangka akan jadi begini. Sakit sangat ke?”

Adelia masih teragak-agak menyentuh dahi suaminya itu.

Amsyar semakin kurang sabar. Bila gadis itu semakin mendekat, lantas dia menarik tangan Adelia dan diletak atas dahinya.

“Sakit, sayang gosokan.”

Pintanya dengan suara yang belas.

Adelia menuruti, kasihan pulak dia dengan lelaki itu. Dengan penuh kelembutan dia menekan dahi sang suami.

Amsyar apa lagi, bahagianya rasa. Sedikit demi sedikit dia merapatkan tubuhnya dengan Adelia. Sekali lagi dia terbuai dengan wangian isterinya itu.

Dada Adelia berdebar sakan bila terasa tangan suaminya itu mula melingkari pinggangnya. Dia kaku seketika, hampir putus nafas rasanya. Dia menunduk, wajah suaminya sudah dibenamkan diperut. Tanpa sedar tangannya sudah mula mengusap rambut suaminya penuh kasih, pelbagai rasa yang bermukim di dada. Sayang, marah, sedih, geram semuanya. Tetapi lama kelamahan terasa rasa kasihnya yang melebih mengambil alih semua ruang di hati. Tembok yang dibina awal tadi, mula goyah. Penangan lelaki itu terlalu kuat bagi dirinya, sehingga dia sukar menolak lelaki itu.

Amsyar sudah tidak dapat menahan rasa hatinya, dia inginkan sesuatu yang lebih daripada itu. Dia ingin menyalurkan segala kasih yang dia ada buat Adelia. Dulu, dia pernah mensia-siakan wanita ini. Bila dia tersedar, semuanya sudah terlambat. Adelia sudah menghilangkan diri. Dalam enam tahun dia sengaja menyibukkan diri dengan urusan kerja, namun jauh disudut hati masih berharap suatu hari nanti dia bisa bertemu kembali dengan wanita itu. Oleh itu, bila ayah mengamanahkan syarikat mereka di Malaysia. Dia tidak menolak, kerana peluang untuk berjumpa Adelia semakin besar.

Bila ibu mengutarakan hasrat untuk menyatukan dia dengan anak kawan mereka. Dia sedaya upaya membantah keinginan itu. Namun, demi maruah keluarga dia menuruti, apatalagi bila ibunya mula mogok tidak makan minum. Akhirnya dia terpaksa mengalah. Kesihatan ibu tercinta harus diutamakan.

Tetapi aturan Tuhan itu tiada siapa yang tahu. Hampir sahaja air mata lelakinya menitis keluar bila mendapat tahu wanita yang dinikahinya adalah wanita yang dicari-carikan selama ini. Rasa syukurnya kepada Maha Esa tidak terungkap dengan kata-kata. Masa itu juga dia berikrar dalam hati yang dia akan curahkan segala kasih dan cintanya kepada Adelia. Dia akan menebus segala kesilapan yang dulu. Dia akan pastikan wanita ini mendapat kebahagian selagi jasad masih terkandung dalam tubuh. Akan dihargai sepenuhnya peluang kedua yang diberi ini.

Adelia, wake up! Jangan termakan dengan godaan lelaki ini. Dia tak cintakan kau. Setelah dapat apa yang dia mahukan, kau akan dibiar terkontang kanting sendirian! Hati kau akan terluka sekali lagi! Tak puas lagi ke kau merana dulu?

Adelia bagai terjaga dari perasaan terbuainya seketika tadi. Pantas dia menolak tubuh Amsyar jauh darinya sebelum dia merelakan segalanya. Amsyar terpempan dengan reaksi Adelia yang tiba-tiba itu.

“Why? What’s wrong?”

Soalnya dengan suara tenang.

“This is wrong Am, this should not happen…the two of us should not be together…”

Terguris hati lelakinya mendengar kata-kata isterinya itu.

“What do mean by the two of us should not be together?”

Soalnya kembali sambil menahan getar di jiwa. Adakah isterinya itu sudah mempunyai buah hati?

“Come on, you and me being together? We both know our past right. I bukan wanita pilihan u Am. So, we better stop this in a better way. So that you may find your dream wife, and I will find mine. As simple as that.”

Geram pula dia dengan lelaki itu, buat-buat lupa yang dirinya pernah ditolak kerana dia tidak memiliki ciri-ciri wanita impian lelaki itu. Ciss!!

Tawa Amsyar terburai. Comel pula melihat isterinya menarik muncung. Ingin saja dia mencium bibir munggil isterinya itu.

Adelia mengerut dahi, apa yang lucu? Lelaki ni biol ke apa? Wayar otak terputus agaknya kerana mengawini wanita bukan idaman hati kot…

“Look here my newly wed wife…”

Amsyar mendekati Adelia. Memegang kemas bahu wanita itu.

“Perkara tu dah enam tahun berlalu…”

Dia memulakan bicara dengan suara yang sangat lembut di telinga Adelia. Matanya dalam menikam anak mata berwarna hazel milik isterinya.

“To be honest, I menyesal sangat dengan tindakan bodoh I tu. I dah sia-siakan wanita yang begitu ikhlas menyanyangi diri I ketika itu. You maybe won’t believe me if I said for all this while I’m looking for you.Yes I did, I nak minta maaf dengan u, nak minta peluang sekali lagi dari u. I nak bersama u Adelia Luna, I sendiri terkejut bila mendapat tahu u lah wanita yang I nikahi. Dan I sangat-sangat bersyukur dengan aturan ini. Tolong beri peluang kepada kita sekali lagi please… I janji akan bahagiakan u. I’m a change man now.”

Amsyar menggemgam erat tangan isterinya itu. Adelia masih lagi kaku, hatinya terusik dengan kesungguhan yang di tunjukkan oleh Amsyar. Mampukah dia menolak permintaan Amsyar jika hatinya sudah lama terpaut pada lelaki itu. Namun, benarkah semua yang dikatakan lelaki itu? Benarkah lelaki itu mencintainya? Dan akan membahagiakan dirinya? Fikirannya semakin serabut memikirkan semua itu. Hatinya berbelah bahagi. Takut dirinya bakal diluka sekali lagi.

“Buktikan…”

Akhirnya hanya itu yang terluah dari bibir Adelia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience