BAB 4

Romance Completed 13173

“Aku terima nikah Adelia Luna Binti Norman dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.”

“Sah.”

“Sah.”

“Alhamdullillah.”

Kedengaran jelas suara gembira Datin Luna dan besannya Puan Haydar. Syukur ke hadrat illahi, akad berjalan dengan lancar. Sekali lafaz sahaja Adelia dah sah menjadi milik Amsyar, moga rumah tangga yang dibina oleh anak mereka ini bahagia selama-lamanya, doa kedua-dua ibu itu.

Eik… suara itu… so familiar…. Hati mula melantunkan irama yang tidak enak.

Adelia semakin berdebar bila terasa tangan kirinya ditarik lembut ke atas. Sejuknya tangan minah ni. Gementar jugak yer? Ingatkan cuma aku seorang yang berperasaan begitu tak sangka isteri aku ni pun sama. Amsyar tersengih.

Perlahan Adelia mengangkat muka untuk menatap wajah suaminya yang kini bersedia untuk menyarungkan cincin perkahwinan mereka.

Gulpp! Kedua-duanya terkejut! Dia!!!

“Boy, sudah-sudahlah tenung isteri boy yang cantik ni, tak lari isteri boy, sekarang cepat sarungkan cincin tu haa.”

Suara mengusik dari ibunya menyedarkan Amsyar dari lamunan tadi. Adelia menelan liur pahit bila cincin bertaktahkan batu berlian selamat disarungkan atas jemari manisnya. Mata mereka kembali berlagah. Amsyar bagai tidak percaya melihat wajah isteri yang baru dinikahinya itu.

Adelia menggigit bibir bawah. This is not true! Amsyar! Ya Allah, kenapa harus dia?? Teringin sekali dirinya ghaib ditelan lantai sekarang juga! This is worse than a nightmare!

Berkerut dahi Datin Luna, melihat anaknya yang masih lagi kaku.

“Adel cium tangan suami tu sayang.”

Arah Datin Luna seraya menolak lembut bahu anaknya.

Adelia masih diam tidak berkutik. Kenangan pahit kembali bermain tayang di kotak mindanya. Walaupun perkara itu sudah hampir enam tahun berlalu namun parut yang ditinggalkan cukup mendalam buat Adelia. Tidak mungkin akan dilupa sampai bila-bila……

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience