BAB 13

Romance Completed 13173

Beberapa bulan kemudian.

Jam sudah menginjak ke 2 pagi. Matanya masih lagi segar bugar. Dia hajatkan sesuatu. Sangat menginginkan benda itu. Sehingga dia menelan liur berkali-kali.

Perlahan dia menggoncang badan si suami yang sedang lena dibuai mimpi.

“Abang..”

Serunya lembut. Rasa bersalah juga mengganggu tidur suaminya itu. Tapi selagi dia tidak dapat memenuhi kehendaknya itu, sah sehingga pagi menjelang dia pasti tidak dapat menutup mata. Dan moodnya sepanjang hari pasti turut serta terjejas. Inilah perangai baru dia semenjak berbadan dua.

“Abang….”

Kali ini dia menepuk-nepuk dada Amsyar pula kemudian memeluk tubuh itu.

“Emm…”

Amsyar menggeliat, membalas pelukan isterinya. Di bawah suhu bilik yang dingin, terasa hangat bila memeluk isterinya yang semakin berisi.

“Abang, are you asleep?”

Soalnya acuh tak acuh. Kasihan pulak pada suami yang bekerja keras sepanjang hari. Balik rumah kena melayan kerenahnya, pastu tidur terganggu. Adelia Luna cuba bertimbang rasa sikit. Jangan ikut kemahuan diri sangat! Mengadah betul!

“Ada apa sayang?”

Amsyar mengeratkan lagi pelukannya. Bersedia mendengar permintaan si isteri. Dia sudah maklum perangai Adelia yang baru itu. Pasti ada sesuatu yang isterinya mahukan.

“Tak pe lah, abang sambung tidur yer..”

Adelia berdalih, nekad tidak mahu menyusahkan suaminya.

“Hey, come on tell me. Baby inginkan sesuatu yer.”

Amsyar memujuk lembut. Ubun-ubun isteri dicium penuh kasih.

Adelia menjadi segan. Cukup selama tujuh bulan ni dia asyik menyusahkan suaminya dengan permintaan yang bukan-bukan. Acap kali dia akan mengganggu tidur suaminya meminta itu dan ini. Tapi nak buat macam mana, waktu-waktu beginilah juga dia sering mengidamkan sesuatu.

“Sayang, cakaplah sayang nak apa. Insyahallah Abang cuba tunaikan.”

Kali ini tangannya jatuh ke atas perut isterinya yang memboyot. Diusapnya perut itu.

“Adel teringin sangat nak makan satey la bang dengan ais kacang. Sedap sangat rasanya, bolehkan bang?”

Mukanya dibuat-buat comel agar suaminya lembut hati.

Amsyar tergelak, ais kacang biar betul? Cuaca sejuk begini isteri aku mengidam ais kacang. Pelik benar selera orang mengandung ni kan.

“Baik lah, abang tukar baju kejap, pastu abang pergi beli ya ibu buyung ku sayang.”

Amsyar mencuit hidung isterinya yang comel. Semakin hari semakin mendalam rasa kasih dan cintanya pada wanita itu. Tambahan pula wanita itu sedang membawa harta yang sangat bernilai buat mereka suami isteri. Syukur ke hadrat ilahi tak terkata ke atas semua rahmat yang diberi kepada mereka.

“Abang..”

Adelia menarik kembali tangan suaminya sebelum Amsyar bergerak menuruni tempat peraduan mereka.

Dia memandang anak mata suaminya dalam, sebelum mencium tangan suaminya itu.

“Thank you so much for everything. I love you abang.”

Ungkapnya ikhlas. Dia benar-benar terharu akan layanan suaminya itu. Hampir dua tahun hidup bersama lelaki itu, Amsyar melayannya bagai puteri, ditatang penuh kasih. Suaminya itu tidak pernah merungut mahupun mengongkong kehendaknya. Terasa hari-harinya cukup bahagia di samping lelaki itu. Doanya hanya satu iaitu biarlah kebahagian mereka ini kekal sehingga ke Jannah.

“I love you more sayang. And thank you for giving me this.”

Amsyar memeluk tubuh isterinya sambil mengusap lembut perut Adelia. Adelia memandang wajah suaminya, dan memberikan senyuman yang paling manis buat lelaki yang dicintai itu. Ya Allah, terima kasih atas segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience