BAB 8

Romance Completed 13173

“Wah… awalnya anak daddy bangun. Tolong mummy sedia sarapan lagi. Ni nak tambat hati suami yer?”

Sakat Datuk Norman seraya mengambil tempat di sebelah isterinya.

“Morning ma, morning pa, morning sayang.”

Cupp! Adelia tergaman bila Amsyar tiba-tiba saja muncul lalu mengucup pipinya.

Datin Luna dan Datuk Norman tersenyum manis melihat kemesraan diantara anak dan menantu mereka itu. Perkembangan yang baik. Lega hati mereka.

“Adel sayang, buat ape tercegat lagi tu, kenapa tak bagi pinggan untuk Amsyar?”

Datin Luna ketawa mengusik.

Argkk…Terasa bergetar dadanya bila Amsyar bertindak spontan begitu.

Bertambah cantik di matanya bila wajah putih bersih isterinya itu kemerahan-merahan. Ikutkan hati ingin saja dia cubit dan cium pipi isterinya itu sepuas-puasnya. Sabar boy, sabar…. Ni kena berusaha tambat hati isteri dulu, lepas tu bukan sekadar cium atau cubit pipi isteri, lebih dari tu pun boleh.

Baiklah! Akan ku buktikan cintaku padamu sayang…Laungnya dengan penuh semangat dalam hati.

“Sayang, kita share satu pinggan ya, abang nak sayang suapkan boleh?”

Tanpa rasa segan Amsyar membuat permintaan itu di depan ibu dan ayah mentuanya.

Adelia tersedak. Semakin memerah mukanya. Apahal dengan dia ni? Pagi-pagi buat jantung aku kurang oksigen.

“Romantisnya menantu mummy ni, I like. Nampaknya mummy dan daddy cepatlah dapat timang cucu.”

Datin Luna senyum penuh makna. Terimbau kembali nostalgia dia dan suami ketika baru-baru berkahwin dulu. Datuk Norman pun romantis orangnya sebijik macam menantunya itu.

“Insyahallah, mummy nak berapa cucu? Nanti Amsyar dan Adel cuba usahakan kan sayang.”

Cepat sahaja tangannya memeluk bahu isteri.

Muka Adelia semakin membahang menahan getar dan malu di dada. Ingin saja dia menyumbat mulut suaminya itu dengan roti yang terhidang atas meja. Biar mulut lancang Amsyar yang melalut di awal pagi itu diam!

Sarapan mereka sekeluarga diiringi dengan gelak ketawa. Amsyar memang pandai mengambil hati kedua ibu bapanya ada saja cerita yang melucukan terbit dari mulut lelaki tu. Sehingga dia sendiri tidak tahan dari tawanya. Sesekali adalah juga lelaki itu mengusiknya sehingga entah beberapa kali dia blushh di hadapan mummy dan daddy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience