BAB 11

Romance Completed 13173

Setelah siap menyediakan semua bahan untuk dimasak, Adelia berjalan menuju ke ruang tamu sambil menggigit buah epal di tangan. Payah juga dia menghiris segala bawang. Hampir-hampir terhiris jari sendiri. Ini semua suami dia punya pasal. Semalam dalam talian merayu-rayu menyuruhnya masakkan sup tom yam setelah dia kembali dari urusan di Jakarta nanti. Pastu awal-awal siap bagi amaran lagi yang dia tidak dibenarkan membeli dari luar mahupun minta mummy masak! Mujur ada so-called internet. Disanalah dia berguru, dari bahan-bahan dan cara memasak semua dikaji selidik.

Jika tidak teringatkan Amsyar tu suami dia dan yang paling-paling penting lelaki yang dia cintainya. Sorry la brother!! Hehehe…..Dia tersenyum sendirian. Haizz, tiga hari ditinggalkan Amsyar jiwanya terasa kosong, rindu sangat dengan usikan nakal lelaki itu. Kadang dia bagai terlihat bayangan suaminya di rumah. Angau tahap kronik dikatakan. Waduhh…. Janganlah perkara ini diketahui suaminya, pasti dia malu tujuh hari tujuh malam.

Punat tv dicapai, saluran berita menghias mata. Buah epal yang dipegang terlucut dari tangan. Seluruh badannya terasa menggigil lemah sehingga hampir sahaja dia rebah saat itu. Alangkah terkejutnya dia melihat berita yang sedang tersiar langsung itu. Pesawat yang dinaiki suaminya hilang kawalan bila mula mendarat di lapangan terbang KLIA. Sehingga kini dilaporkan 5 penumpang di sah kan meninggal dunia di tempat kejadian manakala 20 lagi penumpang cedera para. Para penumpang di hantar ke Hospital Serdang utuk diberi rawatan lanjut.

Ya Allah, selamatkan lah suami aku. Rintihnya dengan linangan air mata. Tergopoh-gopoh dia menyambar beg tangan dalam bilik tanpa mempedulikan penampilannya yang sekadar berbaju t-shirt dan berseluar sukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience