BAB 1

Romance Completed 13173

Wajah Datin Luna berseri-seri selepas bersembang lama di telefon dengan kawan baiknya Haydar. Hati melonjak gembira bila Haydar dan suami bakal balik ke Malaysia bulan depan setelah menetap lama di Ottawa Kanada. Menurut Haydar lagi kepulangan mereka membawa hajat iaitu mempercepatkan lagi ikatan silaturahim diantara keluarga. Hah, itu dia yang membuatkan Datin Luna tak putus-putus dari tersenyum panjang.

Dia mula berangan-rangan untuk mengadakan majlis besar-besaran untuk perkahwinan satu-satunya permata hati dia itu nanti. Dia mahu ia menjadi wedding of the year. Dia bercadang menjemput pihak media sekali. Berapa banyak duit yang perlu dibelanjakan pun dia tidak kisah yang penting ia haruslah sangat grand!

“Mummy!”

Sergahan Adelia yang tiba-tiba mengejutkan Datin Luna sekali mematikan lamunanya itu.

“Owhh anak kau kahwin! Adel! Ya Allah budak ni! Mahunya jantung mummy terlompat keluar tau tak!”

Bebel Datin Luna sambil mengurut lembut dadanya.

“Yang mummy senyum sorang-sorang tu apasal?”

Adelia mengerut dahi.

Setibanya dia di ruang tamu terlihat ibunya tersengih-sengih sendirian. Dipandangnya screen television gelap tidak bernyawa. Pelik dengan kelakuan bonda tercinta.

“Something good is going to happen dear…”

Mata Datin Luna kembali bersinar.

Berkerut dahi Adelia memandang Datin Luna. Hmmm.. Perkara gembira? Kurang jelas akan maksud Ibunya itu. Tapi untuk bertanya dengan lebih lanjut terasa malas la pulak, seharian bermesyuarat membuatkan otot sendinya lenguh. Ingin dia cepat ke kamar untuk mandi kemudian menunaikan solat sebelum merebakan badan atas tilam yang empuk. Aaah, lantaklah janji perkara baik bukannya perkara buruk pun.

“Whatever lah mummy, Adel naik dulu penat. Just wake me up when dinner is ready okey.”

Pipi si ibu di kucup lembut sebelum berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience