BAB 12

Romance Completed 13173

Sepanjang perjalanan ke hospital, air matanya tidak henti-henti dari melimpah keluar. Hidungnya sudah memerah, mata juga sudah membengkak. Jika sesuatu yang tidak diinginkan terjadi pada Amsyar. Entah bagaimana kehidupannya kelak. Dia belum bersedia untuk berpisah dengan suaminya. Dia belum menyatakan cintanya kepada Amsyar seperti mana lelaki itu sentiasa menunjukkan cintanya. Dia perlukan lelaki itu sebagai pelengkap hidupnya. Ya Allah, kasihani hambamu, aku tidak cukup kuat untuk menghadapi semua ini….Adelia menangis sepuas hati. Dia benar-benar takut kehilangan suaminya.

Setiba di hospital, Adelia sekali lagi terkedu bila dia dikhabarkan nama suaminya adalah tersenarai dalam penumpang terkorban. Serta-merta dunianya gelap gelita, dia terpaksa diusung ke bilik mayat untuk mengenal pasti mangsa yang dikatakan adalah suaminya.

Esakan Adelia semakin kuat, dadanya bagai hendak pecah. Tangan berketar-ketar untuk membuka kain putih depannya. Tidak sanggup melihat wajah yang terlindung disebalik kain itu.

“Abang wake up please… please don’t do this to me… Abang…!!!”

Dia meraung sambil memeluk tubuh yang kaku itu.

“Abang…… Bangun… Jangan tinggalkan Adel bang…Adel perlukan abang… Adel cintakan abang… Tolong bang….Bangun…!!!”

Esakannya semakin kuat, dadanya semakin sempit. Ya Allah… Aku mohon padamu kembalikan lah suamiku Ya Allah…..

“Abang….!!”

Teriaknya sepenuh hati.

“Sayang….”

Seperti suara suaminya tergiang-giang di cuping telinga.

“Abang…Bangun… Adel merayu bang…”

Laungnya lagi. Gayanya sudah bagai perempuan histeria.

“Sayang…!!!”

Adelia tersentak bila terasa tubuhnya dipeluk erat. Lantas dia berkalih kearah gerangan yang memeluknya itu.

“Abang…!!”

Adelia bagai tidak percaya melihat Amsyar yang berdiri di hadapannya kini. Dia pantas menyetuh wajah suaminya ingin memastikan dirinya tidak berkhayal.

“Oucchh!”

Keningnya kelihatan berkerut-kerut bila Adelia menyentuh luka di dahi.

“Abang, Its realy you. You’re alive.”

Adelia memeluk tubuh Amsyar erat. Dia masih lagi menangis, namun kali ini adalah air mata kegembiraan. Sungguh dia tidak mengerti semua yang terjadi. Cuma hati tidak henti-henti dari mengucap syukur kepada yang Maha Esa.

Amsyar mengusap belakang isterinya agar berhenti dari menangis. Pilu hatinya melihat mata wanita itu membengkak. Air mata lelakinya turut mengalir keluar teringatkan insiden yang baru-baru menimpa dirinya. Dalam hati dia turut berterima kasih kepada yang Maha Esa kerana masih memberi perluang kepadanya untuk hidup. Semasa pesawat yang dinaiki tiba-tiba hilang kawalan. Dia terbayang-bayang akan wajah Adelia, dia ingin selamat pulang ke pangkuan isterinya itu. Namun semua itu dia hanya mampu berserah. Ajal maut semua ditangannya. Dia sudah menghalalkan segala makan minum isterinya sekiranya jodoh mereka tidak panjang di dunia ini.

“Shuhhh… Stop crying, I’m here now..”

Pujuk Amsyar. Isterinya masih lagi teresak-esak dalam pelukan.

“I really can’t imagine life without you. I can’t leave without you. I love you Am…I love you.”

Tanpa segan silu Adelia meluahkan perasaanya yang sebenar. Kemalangan yang menimpa suaminya itu, benar-benar menyedarkannya. Ego dan rasa sangsi terhadap Amsyar dibuang jauh-jauh. Dia mahu menghargai setiap masa setiap detik yang Allah berikan kepada mereka hidup bersama.

“I love you too sayang. Love you so much…”

Dada Amsyar menjadi lapang setelah mendengar ayat keramat dari wanita itu. Dia menyeka butiran air jernih di celah mata Adelia. Kemudian mencium lama dahi isterinya itu. Syukur ya Allah. Syukur….

“Tapi ni mayat siapa?”

Soal Adelia setelah pelukan mereka lerai seketika.

“Arwah adalah antara mangsa yang terkorban. Kebetulan kami mempunyai nama yang sama. Jadi semasa sayang menanya perihal abang, they had mistaken knowing is him. But when they realize, immediately they send a nurse to inform me where to locate you.”

Terang Amsyar.

“Inalillahi wainalilahi rojiun….”

Adelia merapatkan lagi pelukannya dengan tubuh Amsyar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience