BAB 3

Romance Completed 13173

Berselera sekali Adelia melahap ayam goreng berempah yang terhidang malam itu. Masakan mummy memang the best among the best! Kalah Chef Gordon James Ramsay! Okey memang terlebih puji ni. Nasi yang ditanak oleh Chef Gordon James Ramsay pun kepunan nak rasa, ni ada hati nak bertanding dengan masakan mummy pulak. Hehehe.

“Sedap sangat laa ayam berempah mummy ni. Meletop!”

“Kalau begitu Adel kena belajar dengan mummy cara memasak. Kelak senang lah Adel masakan untuk suami Adel kan bang.”

Datuk Norman dan Datin Luna sama-sama tersenyum penuh makna.

Suami? Adelia terasa lucu. Sampai kesana pula orang tuanya. Dia membiarkan saja soalan ibunya itu. Yang penting isi dulu perut dia yang sememangnya tengah lapar ini.

“Adel sayang dengar tak apa mummy cakap ni. Mulai esok mummy nak Adel balik awal tolong mummy sediakan makan malam. Mummy rasa sudah tiba masanya Adel belajar buat kerja rumah.”

“Mummy, kesitu pulak. Habis kerja Adel kat office tu sapa buat? Beside, itu bukan syarikat Adel. Adel ni antara kaki tangan jer.”

Benar apa, dia memang makan gaji di syarikat bapa sendiri pun. Dan sebagai pekerja dia kena ikut protokol yang ditetapkan syarikat. Kalau dia suka-suki melanggar peraturan nanti menjadi teladan orang bawahan kan susah.

Datin Luna memandang suaminya minta pertolongan. Anak dara mereka yang cuma seorang ni kepala keras kalahkan batu!

“Permission granted, Adel di benarkan balik awal tiap-tiap hari.”

“What? Daddy.”

Rengek Adelia tak puas hati. Tak logik langsung! Daddy pun satu setuju jer dengan permintaan mummy yang tidak munasabah tu!

“Dengar tu, your boss bagi green light. So mummy tak nak dengar sebarang bantahan lagi.”

Datin Luna senyum kemenangan.

“Kenapa mummy beria sangat nak Adel belajar memasak, buat kerja rumah segala? Bibik kan ada.”

Entah angin apa rasuk ibunya kali ini, tiba-tiba beria sungguh nak dia buat semua benda tu. Selama ni okey jer bibik yang buat. Mengada la mummy ni….Rungutnya dalam hati.

“Because your wedding is just around the corner. Takkan saat Adel sudah bergelar isteri baru nak belajar buat semua tu.”

Adelia bagai tercekik mendengar kata-kata Datin Luna sebantar tadi. Membuntang matanya.

“Come again? What wedding? Whose wedding?”

Okey, mungkin tersalah dengar awal tadi. Tegahnya.

“Wedding Adelia la sayang.”

“What??”

Mimpi ape tetiba aku nak kahwin ni? Calon pun belum ada.

“Ya sayang, Adel akan disatukan dengan tunang Adel anak aunty Haydar and uncle Rashid tak lama lagi.”

Ungkap Datin Luna dengan senyuman meleret. Langsung tidak mempedulikan raut wajah anaknya yang terkejut bagai nak rak.

“What??”

Entah ke berapa kali perkataan ‘what’ itu tersembur keluar dari bibirnya. Mudah saja ayat itu melucut keluar bila otaknya tengah serabut, keliru, celaru macam sekarang ni.

Adelia menarik nafas, cuba mencernah kembali ayat ibunya tadi. Okey tunang, anak aunty Haydar and uncle Rashid? Am I having amnesia now? Sejak bila? Goshh, who are this people? Oh Tuhan, kejutan apa lagi mummy dia sampaikan ni?? Pening kepala, pening…..…

“Okey, okey. Is this some kind of a lame joke? Sejak bila Adel bertunang? Kenapa Adel sendiri tidak tahu atau mengingati hal itu?”

Soal Adelia dengan kedua tangannya terangkat ke atas sambil kedua jari telunjuk dan jari hantu terenjut-renjut.

“Oppss, perkara itu mummy dan daddy tak pernah bagitahu Adel. Sebenarnya Adel sudah ditunangkan dengan Amsyar sejak kamu berdua masih bayi lagi. Aunty Haydar dan uncle Rashid adalah kawan baik mummy dan daddy. Untuk mengeratkan lagi perhubungan kami. Kami jodohkan kamu berdua. Adel jangan risau aunty Haydar dan uncle Rashid tu orang baik-baik. Diorang akan sayang Adel sebagaimana mummy dan daddy sayang Adel.”

Datin Luna menjelaskan segalanya kepada Adelia. Berharap agar anaknya itu akan menuruti kehendak mereka suami isteri. Tak sabar rasanya mendapat menantu.

Oooomaiii…. Zaman sekarang masih ada benda macam tu ke? Melopong mulut Adelia. Dia sama sekali tidak boleh menerima semua itu. Can you believe that? Since baby lagi dia sudah menjadi tunangan orang. Since baby okey! Patutlah tiada yang berani mendekati dirinya selama ini. Mungkin dahinya ada tertentera perkataan lutsinar yang dia sendiri tidak boleh nak lihat JANGAN DEKAT TUNANG ORANG! Warggkkkk.

“Adel tidak setuju! Batalkan pertunangan Adel. I’m not going to marry a person that I do not know.”

Tegas dia berkata-kata.

Air oren yang baru diteguk hampir-hampir tersembur keluar mendengar bantahan keras dari anaknya itu.

“No, mummy tidak benarkan Adel putuskan pertunangan Adel. The wedding must go on. Abang…”

Sekali lagi Datin Luna cuba meraih pertolongan dari suaminya.

Semasa baby ditunangkan tanpa rela. Tak kanlah sekarang dia sudah besar panjang dipaksa kahwin pulak. Ah-ah it won’t gonna happen! Never…!! Adelia menceber.

“Fine! Kalau mummy mahu sangat perkahwinan ini berlangsung, okey silakan tapi pengantinnya pasti bukan Adel, mummy jer yang jadi pengantin masa tu!”

“Adelia!”

Datin Luna menjengkilkan matanya yang sudah sedia besar. Kalau tidak mengingatkan Adelia tu merupakan satu-satunya puteri dia dan suami. Sudah lama dicili mulut anaknya itu. Cakap ikut sesedap rasa saja. Adakah patut aku yang disuruh jadi pengantin perempuan! Bertabiat betul budak bertuah ni!

Giliran Adelia memandang Datuk Norman dengan muka yang dibuat-buat kasihan. Alaa, kalau mummy pandai buat daddy lembut dengan muka sepuluh sennya. Hah, aku pun apa kurang lima sen lagi! The best will win!

“I had gave my word Adelia. Please do this for us. They are a good family. Daddy tak sanggup menghampakan mereka. Beside that daddy akan lega jika Adelia menjadi menantu keluarga itu.”

Datuk Norman meraih tangan anaknya di atas meja. Matanya lembut memandang puterinya itu. Sebagai seorang ayah dia cuma mahukan yang terbaik buat anaknya. Dia mahu pastikan Adelia diserahkan kepada keluarga yang baik. Mentua yang akan menyanyangi Adelia seperti anak mereka sendiri. Suami yang boleh membimbing anaknya kelak serta dapat memberi jaminan kehidupan yang baik buat Adelia. Dan dia yakin keputusan mereka suami isteri adalah terbaik buat Adelia.

Adelia terpempan. Dengan sinar mata Datuk Norman yang penuh mengharap, mana mungkin dia sanggup menolak lagi. Dia tidak sanggup melihat ayah tersayang bersedih. Dia kena beralah, kena korbankan perasaan sendiri demi ibu dan ayah. Mulai saat itu tiada lagi angan-angannya untuk bersuamikan pilihan sendiri. Semuanya hancur begitu saja….Ingin saja dia menangis disaat itu juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience