BAB 2

Romance Completed 13173

Tidur Amsyar terganggu apabila telefon bimbit Samsung Note 3nya memekik minta untuk diangkat. Mata terbuka kecil melihat nama si pemanggil. Girlfriend? Nak apa malam-malam buta ni?

“Hmmm…mama”

Mata tertutup kembali.

“Assalamualaikummm baby boy mama.”

Kedengaran suara gembira si ibu di talian sebelah.

“Walaikumsalam. Mama call boy malam-malam buta ni ada apa? Mama tak tidur lagi ke?”

Soal Amsyar mamai.

“Hish, apa bendanya mama kena tidur di siang hari pulak! Ni mama nak tanya, boy dah pergi melawat aunty Luna ke? Jenguk menantu mama tu, tunang boy sejak kecil.”

Cis!! Ni punya hal la mama call tengah-tengah malam! Kacaulah mama ni!! Gumamnya.

“Belum lagi la mama, boy busy.”

“Boy! Ya Allah….Boy menetap kat Malaysia tu hampir enam bulan tau. Ni belum termasuk beberapa tahun boy ulang-alik ke sana selepas papa amanahkan boy syarikat kita kat sana tu. Sekali pun boy belum bertemu dengan keluarga aunty Luna! Ni kalau keluarga aunty Luna tau hal sebenar yang boy lebih awal balik Malaysia pasti kecik hati bakal besan kita tu tau!”

“Mama, do we need to start it over again? Boy setuju KAHWIN PAKSA pun kira baik mama.”

Sengaja ditekankan ayat itu. Biar mama tahu betapa besarnya pengorbanan yang dia kena lakukan. Menamatkan zaman bujang dengan seorang wanita yang kononnya tunang sejak azali. Pasti dia bakal ditertawakan oleh kawan-kawannya jika mendapat tahu hal itu. Arrange marriage bro you must be kidding! Ingat ni zaman moyang kita lagi ke? Hahaha.

“Beside what’s the point boy kena jumpa dia? Endingnya kami tetap disatukan right mama? So, jumpa ke tak make no different at all. Okey lah mama boy nak tidur, banyak lagi urusan penting dari menantu mama tu. Bye ma, I love you, kirim salam kat papa. Assamualaikum.”

Cepat dia matikan telefon sebelum mendengar leteran si ibu lagi. Hilang mood setiap kali mama mengutarakan perkara itu. Rimas!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience