Aira melangkah memasuki pintu pagar sekolah baharunya itu selepas kereta honda city ibunya meluncur laju meninggalkan kawasan sekolahnya. Dia kelihatan cuba mencuba mengingati pesanan ibunya di dalam kereta tadi.
"Aira harini ibu tak dapat nak hantar Aira ke pejabat sekolah untuk lapor diri! Ibu dah lambat nak pergi kerja. Aira boleh pergi daftar sendiri kan sayang!"ujar Puan Maria yang kelihatan serba salah melihat ke arah anak kesayangannya sambil memandu laju ke Lily International High School sekolah baru anak kesayangannya itu.
"its okay ibu Aira boleh uruskan sendiri! Anak kesayangan ibu ni kan dah besar. Aira boleh daftar sendiri".
"Nanti Aira pergi ke pejabat sekolah di tingkat satu bangunan utama, Aira pergi berjumpa dengan guru kelas kamu nanti dia akan bawakan Aira ke kelas baru kamu ok sayang!"
Aira yang kelihatan fokus mencari pejabat sekolah itu tidak menyedari apabila ada seorang pelajar yang kelihatan tergesa-gesa menaiki tangga. Ruang ditangga yang agak sempit menyebabkan pelajar itu terlanggar belakang Aira dan menyebabkannya hampir jatuh. Pelajar itu pantas menahan badan Aira. Keadaan yang berlaku sangat pantas itu membuatkan Aira tercenggang.
"Sorry!" ujar pelajar itu sebelum segera menaiki tangga.
Aira kelihatan blur sempat dia melihat wajah pelajar yang meminta maaf kepadanya itu sebelum pelajar itu meninggalkannya.
"Cepat-cepat nak pergi mana!"bisik hatinya yang tidak berpuas hati dengan pelajar hampir membuatkannya jatuh itu.
Aira segera memasuki pejabat mencari guru kelasnya apabila dia telah menjumpai pejabat di tingkat satu itu.
Pintu pejabat di ketuk sebelum Aira membuka pintu pejabat itu mencari guru kelasnya.
Kelihatan seorang wanita yang kelihatan tersenyum manis merenung ke arahnya.
" Kamu Aira pelajar baru tu kan?"
"Ya saya Aira puan!" ujarnya sambil merenung melihat wajah cantik wanita itu ditambah dengan badan yang tinggi dan kurus itu membuatkannya kelihatan seperti model.
"Okay saya Puan Aish guru kelas kamu! Jom saya bawa kamu ke kelas kamu!"
Mereka berdua bergerak ke arah kelas Aira sambil Puan Aish menanyakan latar belakang Aira.
"Kelas! Harini kamu semua akan mendapat kawan baru jadi kamu semua tolong Aira menyesuaikan diri okay!"
Puan Aish meminta Aira memperkenalkan dirinya di hadapan kelas selepas memberitahu kelas di bawah pemerhatiannya itu.
"Hai saya Aira pelajar baru saya harap kita semua boleh menjadi kawan." ujar Aira ceria sebelum matanya melihat ke arah seorang pelajar di belakang kelas itu. " Tu bukan lelaki yang langgar aku tu ka?" bisik hatinya.
Pelajar di kelasnya itu memberi tepukan tanda memberi sokongan kepadanya.
Share this novel