Enam bulan kemudian~~
Doktor psikiatri memberikan kaunserling psikologi terakhir sebelum membiarkan pesakitnya keluar dari hospital. Kesihatan mental Ryan yang semakin membaik daripada enam bulan lepas itu membolehkannya discharge dari ward.
"Tahniah Ryan!! penyakit ptsd kamu telah menunjukkan tanda yang semakin membaik dari enam bulan lepas! Jika kamu berjaya mengawal trauma kamu di luar seperti sekarang saya pasti kamu boleh megatasi trauma kamu!"
Ryan yang dimasukkan ke dalam ward semenjak enam bulan hanya mendengar nasihat doktor psikiatri peribadinya itu. Dia terpaksa dimasukkan ke dalam ward oleh Ibunya apabila keadaan mentalnya semakin memburuk disebabkan peristiwa pergaduhannya dengan Adam yang lalu.
"Baik doktor saya akan pastikan saya akan berjaya mengawal trauma saya!" ujarnya supaya doktornya itu terpedaya dengannya yang semakin pulih itu.
Doktor peribadinya meninggalkan Ryan apabila ayah Ryan sudah sampai. Ayah Ryan membantu mengemas barang-barang Ryan. Gembira hati tua ayah Ryan melihat anaknya yang semakin pulih itu. Tanpa menyedari dia telah ditipu dengan perwataka Ryan yang sedang berlakon itu.
" Aira aku akan ajar kau supaya kau lebih behave selepas ni! Kau milik aku Aira... tunggu aku kembali sayang"bisiknya
Share this novel