Part 3

Romance Completed 738

Tringgggg!!!

Kedengaran lonceng di menara jam sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah telah berakhir. Aira memasukkan bukunya ke dalam beg galasnya dan bersiap sedia untuk pulang. Selesai mengemas barangnya Aira dan Rose melangkah kaki keluar dari kelas untuk pulang ke rumah. Mereka turun kelas menuruni tangga.. Sesak dengan pelajar yang berpusu-pusu mahu pulang ke rumah..

Sebelum sampai ke pagar utama, Adam menyapa Rose dan Aira.. Mereka berbual-bual sebelum waris masing-masing tiba.. Tanpa disedari mereka berdua ada sepasang mata tajam merenung ke arah mereka.

" Bye Rose my mom dah sampai." ujar Aira sambil melambai tangannya ke arah Rose. Aira berjalan ke arah kereta ibunya dengan gembira.

"Bye!" ujar Rose jua.

"Bye Aira" ujar Adam sambil melambai tangan dengan senyuman.

Rose memandang aneh kearah adeknya.. Dia mengesyaki bahawa adeknya mempunyai perasaan terhadap Aira..

Di dalam kereta ibunya~

Ibu Aira melihat Aira yang tersenyum itu dengan turut tersenyum kecil. Sesudah Aira memasuki kereta ibunya memandu laju meninggalkan perkarangan sekolah. Ibu Aira berbual kecil menanyakan tentang sekolah baru anak kesayangannya itu sambil memandu. Ibunya melihat Aira tersenyum sepanjang jalan sambil memegang sebuah buku.

"So macam mana sekolah baru ni best tak?"

  "Okay ja ibu sekolah munch better than my old school!"

  " Lega ibu dengar anak kesayangan ibu ni happy dengan sekolah baru dia!" ujar Puan Maria kelegaan.
 
Mereka berdua berbual kosong tentang sekolah baru Aira tanpa disedari sudah mereka sudah sampai ke banglo ibunya itu. Puan Maria gembira melihat anaknya itu kelihatan seronok bercerita tentang sekolah barunya itu.

        ********************************

 Aira memasuki biliknya dengan riang sambil membuka lagu..Aira merenung syiling biliknya sambil berbaring di atas tilam empuknya. Fikirannya mengingati perkara yang berlaku di sekolah barunya tadi. Ianya merupakan kenangan yang pahit baginya..

  "Aku harap semuanya akan baik-baik sahaja di sekolah ini nanti dan aku harap peristiwa di sekolah lama tak akan berulang lagi!" bisiknya perlahan sebelum melelapkan matanya sambil tersenyum. Semoga mimpi indah Aira bisik hatinya.

Aira terbangun dari tidur kerana terdengar bunyi dengtuman guruh dan kilat saling menyambar.. Hujan lebat membasahi bumi.. Aira menangis ketakutan.. Setiap kali hujan yang disertai bunyi guruh, dia akan mengingatkatkannya kepada peristiwa dahulu.. Aira menyembunyikan dirinya dalam almari sambil menangis serta tangan menutup telinga..

Ibu dan ayah Aira bergegas naik ke tingkat atas menuju ke bilik Aira untuk melihat keadaanya.. Akan tetapi pintunya dikunci..

"knock.. Knock" bunyi ibu Aira mengetuk pintu manakala ayahnya mencari kunci simpanan di dalam bilik mereka... Ayahnya membuka pintu dan mencari Aira... Dibawah katil tidak ada.. Mereka terpinga-pinga... Terdengar suara rintihan yang datang dari arah almari... Mereka berjalan dan menuju ke arah itu.. Mereka mendapati anaknya di dalam almari sedang memeluk diri berada dalam keadaan ketakutan.Mereka memeluk erat Aira bagi mengurangkan ketakutannya."Jangan takut Aira ibu dengan ayah ada.."pujuk ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience