Adam dan Aira menjadi semakin rapat dan sudah pun mulai bercinta.. Hubungan mereka jugak turut direstui oleh kedua-dua ibu bapa mereka.. Pada suatu hari Adam ingin menyambut ulang tahun Aira tanpa pengetahuannya... Adam ingin memberikankejutan untuk Aira.. Adam telah menempah restoran mewah untuk makan malam bersama dengan suasana yang romantik..
"Aira.. Minggu depan hujung minggu awak free tak?" tanya Adam kepada Aira berharap Aira tidak mengesyaki plannya.
"Saya free je.. Kenapa?" balas Aira yang terpinga-pinga dengan soalan Adam yang secara tiba-tiba itu yang mahu mengajaknya keluar bersama..
Hari yang dijanjikan sudah tiba.. Adam bersiap-siap untuk menyambut kedatangan Aira di restoran itu. Berharap Aira akan terkejut dengan kejutannya. Sebelum Aira bertolak, Aira menghantar mesej kepada Adam bahawa dia akan bertolak dalam 5minit...
"Adam..Saya baru nak keluar rumah. Sekejap lagi Aira sampai.. Adam tunggu sekejap yer" mesej Aira kepada Adam.
Akan tetapi, 3jam berlalu Adam masih menunggu Aira. Tetapi Aira masih lagi tidak kelihatan.. Adam cuba menelofon Aira. Tetapi panggilan tidak diangkat.. Mesej pun tidak dibalasnya. Adam merasa tidak sedap hati terus pergi ke rumah Aira. Berharap Aira masih berada dirumah.. Sepeluh minit memandu kereta. Adam telah pon sampai dihadapan rumah Aira. Salam diberi tetapi hanya ibubapa Aira yang muncul. Ibu bapa Aira keluar dan berdiri dihadapan pintu rumah apabila mendengar enjin kereta dimatikan.
"Ehhh Adam.. Kenapa datang sini? Bukan Adam sepatutnya pergi keluar dengan Aira ke?" tanya ibu Aira dengan wajah yang keliru..
"Ye betul tu aunty.. Sepatutnya kami berjumpa tadi.. Tapi saya sudah 3jam menunggu tapi Aira masih tidak datang.. Saya tidak sedap hati ni aunty, uncle sebab tu saya datang sini berharap Aira masih berada di rumah" balas Adam dengan perasaan yang tidak nyaman...
"Apa..? Aira masih tak berjumpa dengan kamu lagi? Tapi tadi dia sudah keluar.." balas ibu Aira dengan tekejut. Ayah Aira juga kelihatan tetkejut dengan kernyataan Adam itu. "Mana pulak pergi si Aira ni?" kata ayah Aira yang kendengaran risau dengan keselamatan anak gadisnya itu.
Di tengah hutan ada sebuah rumah terbiar yang tidak lagi berpenghuni setelah sekian lama menjadi tempat pilihan Ryan untuk menyembunyikan Aira.. Dia mengikat tangan dan kaki serta menutup mulut Aira.. Aira yang baru sedar dari pengsan terkejut dimanakah dia berada.. Masih dalam kepeningan kerana terhidu bau yang menutup mulut dan hidungnya itu dengan kain ketika diculik itu..
"Urghhhhh!!!" jerit Aira yang tidak kejelasan
Tiba-tiba terdengar bunyi besi yang sedang mendekatinya.. Gelak tawa penculik itu menggerunkannya... Aira menangis ketakutan..
Share this novel