Penglihatannya agak kabur kerana baru sedar dari pengsan... Di suatu sudut, terlihat seakan seorang lelaki yang berbaju hitam melangkah mendekatinya.. Sambil menyanyi melangkah menuju kearahnya..
"Satu.. Satu Aira sayang Ryan.. Dua.. Dua Aira sayang Ryan.. Tiga.. Tiga Aira benci Ryann!!!!" jerit Ryan sambil ketawa...
Ternyata penculik itu adalah Ryan... Aira cuba mengawal ketakutannya tetapi tidak berjaya.. Dia terlalu takut.."Ryan!!!! kenapa Ryan culik aku?" ujarnya di dalam hati.
Ryan menelefon Adam dengan menggunakan telefon Aira...
"HAHAHAHAHHA..Hai Adam!.. Rindu aku tak? Aku ada dengan Aira kesayangan aku ni.." ujar Ryan sambil ketawa sinis
"Woii... Apa yang kau nak sebenarnya ni Ryan... Tolonglah Ryan... Tolong jangan apa-apakan Aira" rayu Adam kepada Ryan.
"Kau kalau nak tengok Aira hidup, kau datang sini jumpa aku tanpa kehadiran pihak polis.. Kalau kau libatkan polis, aku bunuh dia! Kau faham tak? hahhahahaha" ugut Ryan yang ketawa sinis sambil menghantar lokasinya.
"Ryan.. Tolong lah jangan apa-apakan Aira.." rayu Aira sambil menangis ketakutan.. Tetapi tangisannya tidak dihiraukan oleh Ryan. Ryan melihat Aira dengan dingin langsung tidak mengasihi tangisan Aira. Hatinya benar-benar terluka dengan Aira.
Satu jam kemudian, Adam sampai ke tempat itu. Adam sangat bimbang jika apa- berlaku kepada Aira. Adam melihat kawasan sekeliling yang agak menggerunkan itu. Adam mula melangkah memasuki ke rumah usang itu.. Perlahan-lahan dia melangkah... Tiba di satu ruangan, Adam terlihat Aira yang sedang diikat di kerusi itu berlari laju kearahnya...
"Shuuu. Aira jangan taku, Adam ada. Adam datang nak selamatkan Aira" pujuk Adam sambil membuka ikatan kaki dan tangan Aira.
Tiba-tiba bunyi tapak tangan bertepuk sambil dihiasi dengan gelak tawa yang jahat mula kedengaran.. "Wowww.. Nampaknya hero dah datanglah" perli Ryan...
" Ryan please stop it.. Jangan buat macam ni.. kesian dekat daddy kau dia nak sangat tengok kau pulih! Kau tak kesiankan daddy kau ka? " pujuk Adam cuba memancing Adam supaya berhenti namun tidak dihiraukan oleh Ryan..
Ryan hanya mendengar dengan pandangan yang kosong langsung tidak menghiraukan rayuan Adam. Dendam dalam hatinya kian membara. "Harini aku akan habiskan Adam supaya Aira menjadi milik aku selamanya!" bisik hatinya jahat menghasut Ryan.
Ryan terus menumbuk dan tendang Adam yang bising itu dengan emosi marah.. Sehinggakan Adam tersungkur akibat dipukul oleh objek keras yang dipegang oleh Ryan. Keadaan yang berlaku secara tiba-tiba itu tidak dapat dielakkan oleh Adam. Muka dan badannya kelihatan berlebam dan berdarah. Kelihatan kepala Adam mulai berdarah akibat dipukul dengan objek keras itu.
"Stop!!! Ryan.. Kau memang dah gila lahh" jerit Aira sambil memukul Ryan.. Akan tetapi Ryan menepis Aira hingga Aira jatuh tersungkur...
Lantas itu, Adam cuba membalas dengan menumbuk Ryan kerana tidak tahan melihat Aira dibuat sebegitu. Tersungkur Ryan selepas ditumbuk oleh Adam.. Adam bergegas kearah Aira untuk melihat kecederaanya hingga terlupa bahawa Ryan masih belum tewas sepenuhnya... Ryan bangun dengan perlahan-lahan dan mengeluarkan pisau.. Berlari kearah Adam untuk menikamnya.. Aira yang melihat tindakan gila Ryan itu, menolak Adam ketepi.. Lalu tanpa sengaja Ryan tertikam Aira.. Mukanya cuak ketakutan.. Adam kelihatan tercengang melihat Aira ditikam.. Tanpa berfikir panjang Adam menumbuk Ryan berkali-kali sehingga pengsan..
"Aira, sayang.. Bangunlah" menangis Adam sambil menggengam tangan Aira..
Nasib Adam telah berkomplot dengan pihak polis untuk mengikutnya dalam diam. Ryan telah diberkas oleh pihak polis.. Manakala Aira pula dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan..
Share this novel