Bab 9

Romance Completed 738

"Adammm... Adam bangunlah dah seharian Adam masih tak sedarkan diri! Adam tak kesiankan Aira ka? Aira mintak maaf sebab tak datang dekat situ lebih awal kalau tak mesti Adam tak jadi seteruk ni! Maafkan Aira..." Aira masih bersedih melihat keadaan Adam. Dia masih menyalahkan dirinya kerana dia tak dapat selamatkan Adam lebih awal.

Aira yang menangis tersedu-sedu disamping Adam sambil memegang tangan Adam. Aira menundukkan mukanya sambil menangis. Mukanya kelihatan agak bengkak kerana menangis terlalu lama.

Tiba-tiba Aira merasakan tangan Adam bergerak. Aira mengangkat wajahnya sedikit melihat wajah Adam. Alangkah terkejutnya dia apabila Adam telah sedar. Adam melihat ke arah wajah Aira yang kelihatan bengkak yang lecun dengan air mata itu.

"Aira kenapa Aira menangis?" Adam kelihatan pelik dengan Aira sambil mengelap wajah Aira yang basah dengan air mata itu.

"Adam...Adam akhirnya Adam bangun jugak.. Aira mintak maaf kalau Aira datang lebih awal pasti Adam tak seteruk ini!" ujar Aira sambil menangis kesyukuran.

"Ni bukan salah Aira... Adam ok ja ni!! Dah jangan nangis lagi!" ujarnya sambil mengelap air mata di wajah Aira.

Adam kelihatan gembira melihat Aira di sisinya saat di tidak sedarkan diri. "Akhirnya Aira aku dah dapat perhatian Aira! Aku Aira bukan sekadar crush aku sahaja!"bisik hatinya bahagia.

Lagi bahagia apabila dia mengetahui Aira menjaganya semalaman kerana keluarganya masih di luar negara. Ibu Aira jugak masih outstation membolehkan Aira diizinkan menjaganya di hospital.

" Aira tak penat ka jaga Adam! Kalau Aira nak balik rumah baliklah.. Adam okay!" ujar Adam kepada Aira. Dia berharap Aira menyakal dan menemaninya sehingga ibubapanya sampai.

" Tak Aira okay! Aira dah janji dengan Rose yang Aira akan jaga Adam sampai parent Adam sampai! Adam okay kan Aira teman Adam!" tanya Aira berharap Adam tidak menghalaunya pulang.

"Adam okay ja asalkan Aira tidak rasa terbeban jaga Adam!"

Aira masih setia menemani Adam di ward. Aira menanyakan tentang peristiwa di sekolah itu. Aira kelihatan terkejut dengan apa yang di ceritakan kepadanya. Lebih mengejutkannya sebenarnya Ryan tu sepupu Adam dan Rose dia menghidapi penyakit ptsd trauma yang melampau. Mungkin disebabkan Adam yang rapat dengan Aira menyebabkan mental Adam menjadi teruk.

Adam jugak menceritakan sebenarnya Ryan pernah didera masa kecil oleh ibunya. Ryan hampir mati didera oleh ibunya. Setelah hampir membunuhnya ibunya pergi meninggalkannya bersama dengan lelaki lain. Kesan dari trauma itu meninggalkan kesan yang dalam.. dalam hi dirinya.

Aira yang mendengarkan cerita dari Adam itu tidak dapat menahan kesedihan. Dia rasa bersalah kerana menengking Ryan tadi. Pasti Ryan sakit saat ini fikirnya. " Ryan maafkan Aira..." bisik hatinya menyesal.

"Kesian, Ryan! Aira rasa serba salah sangat dengan Ryan... Pasti Ryan kecewa sangat dengan Aira kan Adam!" ujar Aira kecewa.

" Aira jangan sedih lagi nanti Adam cuba call daddy adam tanya pasal Ryan okay!" pujuk Adam.

Aira kelegaan mendengar pujukan Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience