Part 8

Romance Completed 738

Nasib menyebelahi mereka berdua apabila pengawal keselamatan meronda belakang bangunan sekolah. " Tolong!!!! tolong sesiapa tolong call ambulans! Adam... Adam bangun Adam.. tolonglah bangun"jerit Aira sambil menangis teresak-esak. Pengawal keselamatan yang mendengar suara Aira menjerit meminta tolong itu segera datang menghampiri ke arah mereka.

"Encik!!! encik tolong!! kawan saya terluka encik!!! rayu Aira kepada pengawal keselamatan itu. Mukanya dipernuhi dengan linangan air mata. Pengawal keselamatan kelihatan terkejut melihat keadaan muka Adam yang dipernuhi kesan luka itu rebah di sisi Aira. Mengucap panjangnya melihat Adam yang pengsan itu. "Ya Allah apa dah jadi ni?". Pengawal keselamatan itu segera menelefon ambulans..

*********************************

Nasib Adam baik kerana sempat di hantar awal ke hospital. Adam hanya hanya mengalami keretakkan di bahagian abdomennya dan hentakan kecil di kepala akibat dipukul dengan Ryan tadi. Adam masih belum sedarkan diri. Kemungkinan dia akan sedar dalam tempoh 48 jam.

Aira setia menemani di sisi Adam kerena ibu bapa dan kakak Adam masih berada di luar negara. Aira masih menangis kesedihan di sisi Adam sambil menyumpah Ryan."

"Sampai hati kau Ryan pukul Adam sampai macam ni? Apa dosa yang Adam buat dekat kau sampai kau pukul dia? Aku benci kau... benci!!! Aku tak akan ada perasaan dengan kau lagi... Sebab kau sama dengan ex-boyfriend aku! Aku tak akan biarkan peristiwa hitam tu berlaku lagi! tak akan!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience