Sudah tiga hari Aira terlantar di hospital selepas kejadian itu... Lukanya agak dalam menyebabkan Aira terpaksa menjalani pembedahan..Bernafas menggunakan mesin dan wayar disana disini.. Adam sebak melihat Aira terlantar dengan keadaan begitu... Mata Adam tidak pernah kering bila melihat Aira... Rasa serba salah mempengaruhi dirinya kerana tidak melindungi Aira dengan sebaiknya..
"Aira... Bangunlah.. Jangan biarkan Adam bersedih begini" tangisan Adam memenuhi ruangan bilik itu.
Berhari-hari Adam menunggu di ruangan pesakit itu.. Adam pula tidak pernah berputus asa dan mengharapkan supaya Aira cepat sembuh. Ibu dan Ayah Aira menyuruhnya pulang berehat kerana sudah berhari-hari menunggu puteri mereka di hospital..
"Tidak, aunty uncle. Adam ok je.. Lagipun Adam nak teman sampai Aira sedar... Bila Aira dah sedar biarlah muka Adam dulu dipandangnya" merayu agar tidak disuruh pulang..
Sudah lewat malam... Adam tertidur disebelah katil Aira.. Jari Aira mula bergerak-gerak... Adam tersedar lalu memanggilkan doktor.. Jururawat meminta Adam untuk tunggu diruangan luar dahulu.. Selepas beberapa minit, doktor keluar lalu cepat-cepat Adam menanyakan tentang Aira.
"doktor... Keadaan Aira bagaimana?" tanya Adam yang terburu-buru merisaukan keadaan Aira.
"You don't have to worry... She's okay... You can go to see her" balas doktor sambil senyum.
Adam terus meluru masuk ke ruangan tersebut.. Dia melihat Aira yang sudah sedar selepas beberapa hari koma dan menghembus nafas lega.. Air matanya jatuh tanda gembira...
"Airaaaaaa... Are you okayy? Ada sakit mana-mana lagi tak?" tanya Adam dengan gembira.
"eeee.. Jangan over sangat boleh tak?" ujar Aira sambil gelak tawa.
"Aira... Adam janji... Selepas ni Adam takkan benarkan sapa-sapa sakitkan Aira walaupun seekor nyamuk" gurauan Adam membuatkan Aira tertawa..
Share this novel