Part 7

Romance Completed 738

Lama kelamaan perasaan cemburu itu semakin membuak-buak dalam dirinya..."Arghh tak guna aku mesti bagi pengajaran dekat lelaki tak guna tu jangan kacau Aira aku!". Ryan yang cuba untuk memgawal kesabarannya tidak dapat menahannya lagi apabila dia sakit hati melihat Aira bermesraan dengan Adam.

" Aira milik aku.. orang lain tak boleh sentuh dia! Kalau ada yang berani sentuh Aira.. Aku BUNUH DIA!!!!" bisik hati Ryan yang semakin hilang kewarasan itu.

Ryan dalam diam pergi mencari Adam tanpa pengetahuan Aira untuk memberi amaran kepada Adam supaya menjauhi Aira. Apabila dia memastikan Aira sibuk dengan ulang kaji peljaran dia di libray, Ryan memulakan misinya.

Adam mencari kelibat Adam di kafe sekolah. Apabila dia menjumpai Adam... Dia mengajak Adam menjumpai dia selepas pulang dari sekolah di belakang bangunan sekolah. Adam yang juga ingin memberi peringatan kepada Ryan supaya menjauhi Aira turut bersetuju apabila Ryan ingin berjumpa dengannya

" Kau nak apa jumpa aku?" tanya Adam memulakan perbicaraannya.

" Aku tak nak kau rapat dengan Aira lagi dan jauhkan diri kau dari dari dia.. Aku tak suka rapat dengan dia. Aira milik aku!" tengking Ryan kepada Adam..

"Sejak bila Aira jadi milik kau? Setahu Aku.. Aira tu still single dan bukan milik siapa-siapa..Kau siapa nak aku jauhkan diri dari Aira dan kalau ada yang kena jauh diri dari Aira aku rasa kau yang sepatutnya jauhkam diri dari Aira sebab kau tu gila!!!"

Ryan yang sakit hati dengan Adam bertindak menumbuk Adam. Bergaduh mereka berdua disitu.. Saling tumbuk menumbuk.. Kelihatan lebam di muka mereka. Akibat dari pergaduhan itu, Adam rebah kerana dipukul teruk oleh Ryan..

Tiba-tiba Aira muncul.. Aira berlari kearah mereka.. Lebih tepat lagi dia menuju ke arah Adam yang sedang terbaring kesakitan.. Aira memangku kepala Adam sambil menangis..

"Ryan!! Ape kau dah buat ni hah? Kau dah gila ka? Aku benci kau!" jerit Aira kepada Ryan sebelum menjerit meminta tolong.Mata Ryan merah dan bergelinang air mata selepas mendengar kata-kata Aira..

"iya!! Memang aku dah gila!! Aku gilakan kau Aira!!! Aku benci bila kau rapat dengan Adam!!" ujar Adam sambil menarik tangan Aira.

"kau memang dah gila!!! Lepaskan aku!!!" tengking aira..

Hati Ryan terguris mendengar tengkingan Aira berlalu pergi meninggalkan Aira dan Adam bersendirian tanpa membantu Adam.

"Kau akan menyesal Aira!!!!" bisik hati Ryan yang berlalu meninggalkan mereka berdua dengan hati yang panas membara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience