Part 5

Romance Completed 738

" Harini pelajar yang bertugas bersihkan kelas adalah Ryan dan Aira sebelum pulang ke rumah... pastikan kelas ni dalam keadaan bersih sebelum kamu berdua pulang ok! ujar Puan Aish membaca nama pelajar bertugas di senarai nama di sebelah whiteboard.

Aira yang mendengar arahan Puan Aish itu mengumpat tidak berpuas hati di dalam hatinya.

"Dalam-dalam banyak-banyak nama kenapa aku pulak yang kena bersihkan kelas ni!" bisik hatinya tidak berpuas hati." Tapi tak apa nasib baik ada Ryan!"

Kedengaran lonceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah berakhir. Semua pelajar mulai beredar dari kelas. Hanya yang tinggal Ryan dan Aira.

Aira menyapu lantai dengan segera supaya cepat pulang ke rumah. Sedang Aira fokus menyapu lantai, Ryan menghampiri Aira. Tanpa diduga Ryan mengambil penyapu yang dipegang oleh Aira lalu menolongnya menyapu semua tempat yang belum disapu Aira. Aira yang kelihatan terkejut hanya membiarkan Ryan menyapu sampah
Tidak lari renungannya terhadap ryan ketika itu. Selepas habis menyapu sampah Ryan tersenyum kecil apabila Aira masih lagi merenungnya. Ryan menghampiri Aira.

"Hai Aira!.. awak tak habis lagi ka tengok muka saya yang handsome ni?"ujar Ryan sambil tersenyum kecil.

Aira terpinga-pinga apabila Ryan menegurnya. Mukanya merona merah apabila dia terkantoi merenung Ryan.

"Sorry! Awak dah siap ka sapu lantai?" tanyanya ingin menutup rasa malunya.

"Dah siap sapu semua dah? Aira tak nak balik lagi ka nak tengok muka saya lagi?" tanya Ryan nakal ingin menyakat Aira.

"Eihhh!! nak balik dah lah ni!" ujar Aira pantas mengambil bag galas untuk pulang.

"Aira! panggil Ryan apabila melihat gadis itu tergesa-gesa ingin pulang. " Saya nak id wechat awak boleh tak?"

"Eih? Id wechat?" tanya Aira yang kelihatan pelik. " id wechat tak sangka lah pulak Ryan ni pun main wechat!" bisik hatinya sambil ketawa kecil dalam hatinya.

"Kalau tak boleh tak apa lah!" ujar Ryan yang kelihatan agak kecil hati itu.

" Eih boleh ja sekejap!" sambil menulis id wechatnya di kertas note.

"Balik nanti saya add awak! Saya tertinggal fon saya harini!" ujar Ryan sambil tersenyum ke arah Aira.

" Comel jugak bila dia ni senyum.. nampak macam artis korea! kalau tak selalu nampak dingin ja !" bisik hati Aira. "Okay! Dah jomlah balik.. Ibu saya dah sampai." ajak Aira sambil tersenyum semula ke arah Ryan.

Mereka berdua berjalan ke pagar sekolah bersama-sama.

Sejak dari peristiwa ini hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience