Part 4

Romance Completed 738

Aira bersiap-siap memakai pakaian seragam sambil menyanyi kecil. Aira kelihatan bersemangat pergi ke sekolah.
Setelah siap memakai seragam Aira melihat wajahnya yang siap memakai solekan nipis itu.

  "Nice.. neutral look!" ujarnya sambil tersenyum.

Aira menuruni anak tangga rumahnya dengan riang seperti lagak anak kecil.

"Ibu!!" panggil Aira sambil memeluk belakang ibunya yang sedang menyiapkan breakfast.

  "Haishh kamu ni Aira dah besar panjang tapi perangai kamu ni macam budak kecil.. suka sangat sergah orang!Nasib baik Ibu ni tak ada sakit jantung kalau tak tahu kamu nanti" bebel Puan Maria kepada anak perempuannya itu.

  "Ibu ni.. tak baik tau cakap macam tu.. dahlah Aira ni cuma ada ibu ja yang selalu ada untuk Aira.. Nak harap kan ayah.. Ayah tu dah lah selalu sibuk!" ujar Aira yang kelihatan sedih itu.

"Hmmm sudah-sudah ni makan breakfast cepat nanti lambat pulak pergi sekolah!" ujar Puan Maria cepat yang ingin menukar topik perbicaraan, tidak mahu anaknya bersedih.

  Selepas habis mereka berdua makan breakfast, Puan Maria segera menghantar anaknya ke sekolah.

Aira melangkah kakinya memasuki kelas sambil tersenyum bergerak ke mejanya.
Kelihatan Rose sudah pun sampai dan berada di mejanya menyiapkan homework mata pelajaran sains. Aira terus duduk di mejanya itu.

"Hah.. tak siap lagi homework tak tau laa kau Rose nanti kena marah dengan Puan Aish baru tahu!" ujar Aira sengaja ingin menakutkan kawannya itu.

" Tak adanya kena marah! I cuma tak siap tulis tajuk ja pun!" ujarnya sambil ketawa ke arah Aira.

Sedang mereka berdua rancak berbual. Puan Aish memasuki kelas. Mereka berdua berhenti berbual dan fokus kepada kelas Puan Aish.

Ketika Puan Aish mengajar di depan, mata Aira masih sibuk melihat Ryan.. Dia terpegun melihat Ryan ketika menjawab persoalan Puan Aish.. Lalu dia pon mengeluarkan buku kegemarannya itu, dan menulis apa yang dia melihat. Aira kelihatan sibuk dengan diarinya itu.. Rose menggelengkan kepala melihat Aira yang tekun menulis diari..

Di dalam diarinya ada tertulis puisi indah yang ditujukan kepada Ryan.
" Rupa mu seindah pelangi yang bisa mewarnai diriku ini. Sikap mu yang dingin membuat ku persona.. Pandangan mu yang manis membuat ku lemah.. Adakah kau sudah berpunya wahai jejaka idaman ku?"
Rose geli membacanya sambil menampar dahi..

"Aira.. Sudah-sudah la tu.. Simpan tepi diari awak tu.. Geli saya tengok" ujar Rose.

"hahahahah.. Ok fine" balas Aira sambil tertawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience