Series
894
SUASANA pagi yang sejuk membuatkan Elya menggigil sedikit sebelum dia menarik coverall-nya untuk menghangatkan badan.
Laut Cina Selatan yang berombak tenang, dia pandang seketika. Kali ini, dia berada jauh nun di Terengganu dan hari ini juga sudah genap dua tahun dia bekerja jauh dari daratan. Hanya berdiri di atas platform yang tidak bising dengan bunyi hon kenderaan. Tiada kesesakan. Yang tersisa hanyalah angin laut dan ombak yang kadang-kadang mengganas.
Jam di dinding Central Control Room (CCR) menunjukkan tepat 06.30 pagi tatkala Elya menolak pintu kaca tebal itu. Kini, shift 12 jamnya bermula.
"Morning, Elya," tegur setiap orang yang berada di situ.
"Morning guys." Dia hanya tersenyum segaris sebelum membalas sapaan itu. Dia terus mengambil tempat sebelum duduk di hadapan skrin yang menjadi pantauannya sejak malam tadi. Graf yang terpampang di skrin sangat tidak stabil dan hal itu langsung tidak mengizinkan dirinya untuk tidur semalaman.
Beberapa minit kemudian, semua dipanggil masuk ke bilik kecil bersebelahan CCR untuk melakukan Toolbox Meeting yang sudah menjadi rutin harian mereka di situ.
Offshore Installation Manager (OIM) berdiri tegak di hadapan semua anak buahnya sebelum matanya jatuh pada Elya yang duduk berdiam diri di hujung bilik itu.
"Pressure trend Line B is very unstable since last night. Flow Assurance, what's your action?"
Semua mata mula memandang Elya apabila soalan itu sememangnya dituju kepada sang gadis yang berjawatan Flow Assurance Engineer. Elya yang dikenali sebagai seorang yang tidak cepat melatah dan sangat teliti sangat sesuai diletakkan di bahagian itu.
Elya bangun tanpa banyak ekspresi dan bergerak menghampiri OIM.
"Berdasarkan data awal, ada kemungkinan pembentukan hydrate di subsea pipeline segment tiga. Terutama waktu flow rate rendah malam tadi," jawab Elya dengan tenang tanpa sebarang senyuman yang terukir di bibir tanpa sebarangan solekan itu.
Seorang production operator yang berada di hujung meja berdehem kecil. Lelaki berusia lewat tiga puluhan itu sudah lama bekerja di platform ini. Dia cukup lama untuk tahu keadaan paip bila suhu jatuh mendadak seperti semalam.
"Wax?" soalnya ringkas. Dia hanya mahu kepastian daripada Elya.
Wax deposition sememangnya antara masalah biasa di laut dalam. Ia berlaku apabila lilin parafin di dalam minyak mentah melekat pada dinding paip apabila suhu turun lalu perlahan-lahan menyempitkan aliran paip.
Elya menggeleng perlahan.
"Corak tekanan tak konsisten dengan wax deposition. Kalau wax, penurunan dia lebih gradual. Yang ni fluctuate ikut flow rate malam tadi. Sangat drastik"
Dia tekan remote kecil di tangannya. Graf tekanan dan suhu terpapar di skrin, menjadi perhatian semua yang berada di dalam bilik kecil itu.
Graf tekanan dan suhu terpapar di skrin, menjadi perhatian semua yang berada di dalam bilik kecil itu
"X-axis is temperature and Y-axis is pressure. Garis melengkung ni adalah hydrate formation curve."
Elya terus tunjuk pada kawasan berwarna biru. "Kalau operating condition kita jatuh dalam zon ni yang tekanannya tinggi dan suhu terlalu rendah, hydrate boleh terbentuk dalam kadar yang cepat."
"Operating kita sekarang?" soal Amir, Subsea Engineer yang sedari tadi sudah berkerut dahinya mendengar penerangan Elya.
Elya klik sekali lagi. Satu titik merah muncul pada graf.
"Pressure Line B sekarang sekitar 85 bar. Subsea temperature lebih kurang enam darjah Celsius."
Bilik itu senyap beberapa saat selepas penerangan Elya. Titik merah itu berada jelas di dalam kawasan biru yang menunjukkan hydrate sudah terbentuk.
"Which means... sistem kita sekarang berada dalam hydrate risk region." Elya terus melihat satu persatu wajah yang berada di dalam bilik mesyuarat itu. Ada yang sudah berubah reaksinya dan ada yang masih santai seperti tiada apa-apa.
"Hydrate ini lebih agresif berbanding wax deposition. Dia boleh form dalam masa singkat kalau condition kekal macam ni. Ini boleh membahayakan pipeline kita sebab hydrate ni akan block kita punya oil and gas flow."
OIM langsung menyilangkan tangan dengan wajah yang serius. Mata itu tidak lepas dari memandang wajah sang gadis yang tenang dalam penerangannya.
"So, mitigation from you?" soalnya seperti memberi tekanan kepada gadis muda yang baru berusia 25 tahun itu.
Elya terdiam seketika, memikirkan cara untuk mengurangkan risiko yang sedang terjadi sekarang.
"Naikkan MEG injection lima peratus dan maintain minimum velocity 1.2 meter per second. Itu akan tolak operating point kita keluar dari zon hydrate."
Suasana menjadi sunyi seketika dengan cadangan daripada Elya itu. Hal ini kerana ia akan meningkatkan kos secara tidak langsung. OIM hanya mengangguk sekali lalu tanpa memberikan apa-apa komen.
"Elya, run full analysis. Update before noon. Meeting dismiss." Seorang demi seorang bergerak meninggalkan ruang itu, mengikut jejak OIM mereka. Waktu sudah menunjukkan jam lapan pagi iaitu waktu untuk sarapan.
Namun, Elya bergerak ke Engineering Room seorang diri untuk menjalan analisis seperti yang diarahkan oleh ketuanya tadi. Tanpa membuang masa, Elya mengambil tempat di hadapan meja kerjanya. Badan diselesakan di atas kerusi itu sebelum jemarinya laju melakukan kerja. Dia membuka perisian yang sudah menjadi sebahagian daripada dirinya semenjak dia bekerja di sini.
Oil and Gas Simulator-OLGA. Sistem simulasi aliran minyak dan gas di dalam paip yang sentiasa dia gunakan untuk menganalisa kes-kes yang berlaku seperti hari ini.
Elya terus memasukkan boundary condition ke dalam sistem itu seperti tekanan wellhead semasa, suhu dasar laut sekitar enam darjah Celsius, kadar aliran malam tadi, dan tempoh transient shutdown yang berlaku selama dua puluh minit.
Simulasi mula berjalan setelah dia menekan 'run'. Garis melengkung itu mula bergerak perlahan dan memberi Elya informasi untuk mengeluarkan analisa ketika itu. Keluhan kecil terbit di bibirnya tanpa dia sedar.
"Mengeluh nampak? Dah berapa lama kau menghadap monitor tu, Eya?" tegur Adeesarn sebaik saja dia menolak pintu kaca bilik itu. Elya yang sudah menopang dagu terus memenuhi ruang kornea matanya sehingga dia terpaksa menarik senyuman kecil.
"Eh, Adee. Sekarang dah pukul berapa?" tanya Elya lalu bersandar pada kerusinya. Rakan sekerjanya itu dipandang dengan hujung mata. Sungguh kecil dunia ini, dulu Adeesarn ialah rakan sekelasnya, kini dia dan lelaki itu ditugaskan di bahagian yang sama. Cuma Adeesarn merupakan Process Engineer yang perlu memantau keseluruhan sistem.
"10.30 pagi dah, Eya. Kau tak sarapan ke?" Adeesarn menarik kerusi di sebelah Elya. Secara tidak langsung, matanya tertancap pada sistem OLGA yang terpampang di skrin Elya.
Elya menggeleng laju. "Aku tak ada selera nak makan. Aku rasa aku baru aje duduk depan monitor ni tadi, tak sangka pula dah pukul 10.30. Cepatnya masa berlalu..."
"Kau tu yang khusyuk sangat, mana nak sedar masa dah berlalu," perli Adeesarn sebelum menghidupkan monitornya. Elya hanya menjongketkan bahunya sebelum kembali memberikan sepenuh fokus dalam menganalisa masalah yang mereka sedang hadapi sekarang.
"Kau dah selesai analyse ke? What's your finding?" Adeesarn menarik kerusinya supaya dekat dengan Elya sebelum matanya turut sama membaca apa yang ada di skrin gadis itu.
"Hydrate start forming at 17.8 kilometers from riser base," kata Elya perlahan sambil menarik bibir bawahnya tanpa sedar.
"So, it's real." Adeesarn berkata penuh kagum. Gadis itu tidak pernah salah dalam analisanya.
Elya mengangguk.
"Aku nak pergi jumpa OIM untuk tunjuk report ni, then aku nak pergi deck dengan Amir. Kau monitor sistem dekat sini tau. Apa-apa kau roger aku terus," arah Elya sambil berdiri dan bergerak ke arah mesin pencetak. Dia mahu mencetak semua analisa yang dia buat untuk tunjukkan kepada OIM supaya mereka dapat bertindak dengan cepat.
Bunyi mesin pencetak memecah sunyi control room. Kertas demi kertas keluar dengan garis graf tekanan yang semakin menjunam, lengkung suhu yang perlahan-lahan memasuki zon bahaya.
Adeesarn menelan liur tatkala dia membaca graf di skrin Elya.
"Pressure dekat upstream fluctuating... turun 0.3 bar, then naik balik sikit."
Elya berhenti seketika. Jantungnya berdegup laju, tapi wajahnya kekal tenang.
"Maintain communication dengan CCR. Jangan bagi sesiapa adjust flow tanpa kelulusan aku."
Dia capai helaian laporan yang masih hangat, menyusunnya kemas sebelum dimasukkan ke dalam folder biru bertanda Line B – Transient Analysis. Tanpa menunggu lama, Elya berlari anak menuju ke bilik OIM. Dia perlu cepat kerana setiap saat tika ini sangat membawa makna besar.
Angin laut menyapa wajahnya sebaik dia melangkah ke walkway besi yang dingin. Tudungnya berterbangan ditiup angin. Bau masin dan bunyi dentingan logam memenuhi ruang telinganya.
"Ya Allah, permudahkanlah segalanya." Doa Elya dalam hati.
Hydrate — kristal gas yang membeku akibat tekanan tinggi dan suhu rendah. Jika dibiarkan, ia boleh menyumbat paip sepenuhnya.
Share this novel