Series
894
LAMPU recreation room menusuk masuk ke matanya sebaik saja Elya melangkah masuk ke dalam. Jam digital di dindinh menunjukkan 21:32.
Bunyi TV besar memaparkan siaran sukan yang ditonton oleh berapa orang krew lelaki, Elya lihat dengan hujung mata. Mereka sentiasa seperti itu jika mempunyai masa senggang seperti ini.
"Elya, lama tak nampak kat sini?" tegur salah seorang yang berada di sofa.
Elya yang terkejut namanya diseru, terus menoleh mendadak. Wajah lelaki yang hampir seumuran dengan babahnya dia pandang dengan rasa hormat.
"Busy sikit, tuan. Isu hydrate dalam sea pipeline. Sekarang dah selesai, barulah saya dapat bersantaian di sini," balas Elya panjang dengan senyuman segaris.
"Good job, Elya. You did well. Pergilah berehat. Saya nak sambung tengok bola."
Gadis itu hanya mengangguk lalu mula bergerak meninggalkan ruang santai para krew lelaki itu.
Aircond berdengung memberi makna bahawa ia sedang berfungsi dengan memberi rasa sejuk ke seluruh ruang yang luas itu.
Elya berjalan lagi sehingga dia tiba di tempat kegemarannya di ruangan itu.
Lantas, dia duduk bersila di hujung sofa dengan belakangnya menghadap dinding. Tudung sarung hitamnya kemas menunjukkan kesegaran Elya yang sudah sekian lama tidak cukup rehat. Baju t-shirt kelabu dan seluar track hitam menambah aura santainya
Elya menyeleskan duduknya sebelum tangan itu memegang telefon lalu jemari bergerak pantas di atas skrin.
Wajah mula berubah serius seraya masa berjalan dengan cepat. Dahi berkerut tatkala jemarinya semakin pantas bergerak.
"Ah!" Hampir terjerit Elya apabila avatarnya dilanggar kereta api. Dia terus mendongak ke siling sebelum menampar pahanya sekali lalu.
Tanpa berputus asa, permainan tadi disambung. Subway Surfers dengan muzik ceria yang dipasang rendah memenuhi ruang yang didudukinya seorang diri.
Elya tidak tersenyum lebar, malah dia sekadar tunduk, fokus dan menikmati ritma yang mudah. Dia mahu merehatkan otak yang terlampau penat beberapa hari dengan bermacam sistem dan nombor. Malam ini dia mahu santai tanpa perlu memikirkan separator, flow rate, atau alarm yang membuat kepalanya sakit.
"Jari aku dah keras sangat ke? Apahal kau asyik langgar train ni? Isy!" marah Elya dengan kaki yang sudah berjuntaian ke bawah.
"Ke sebab dah lama tak main game ni? Ahhh, sibuk punya hal. Habis asyik terlanggar ni..." Bawah bibir digigit tampa sedar.
"Awak terlanggar apa?" Satu suara garau mengejutkan Elya yang sudah hampir jatuh dari sofa itu. Dia terus mendongak untuk melihat gerangan yang menegurnya sebelum membetulkan duduk dengan tergesa-gesa.
Liur yang ditelan terasa kelat. Sudahlah dia duduk dalam keadaan yang sangat tidak sopan tika itu. Dan disaksikan lleh Meor? Malu!
"Saya nak join awak, boleh?" soal Meor dengan senyuman yang semakin mekar lebar. Dia masih memandang Elya untuk mendapatkan jawapan.
"Dud— ehem... Duduklah," pelawa Elya sambil mengaru pipinya.
"Thank you, awak." Meor mengambil tempat berhadapan dengan gadis itu sebelum meletakkan satu buku yang tidak terlalu tebal di meja kecil di antara mereka berdua.
"Awak buat apa dekat sini?" tanya Elya tanpa mematikan game-nya. Dia memandang Meor yang duduk dengan kedua-dua belah tangan menopang dagu.
"Saya tak boleh datang sini ke?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Taklah... Saya tanya aje." Elya menggeleng laju.
Terus Meor tersenyum kecil dengan respons itu.
"Elya..."
"Ya?"
"Awak main Subway Surfers eh?" Meor tersengih tanpa sengaja apabila wajah Elya berubah merah secara tiba-tiba.
"Ya..."
"Saya ingatkan awak tengah push rank tadi," usik Meor lagi.
"Tak ada line nak push rank, awak... Sebab tu saya main game ni aje. Kalau ada line, dah lama kaki saya naik atas meja tu," balas Elya perlahan sambil menunjukkan meja kecil itu dengan muncung bibirnya.
"Jadi, awak kaki game jugalah?"
"Definitely. Awak pun ke?" Tubuhnya menjadi lebih santai apabila berbual dengan lelaki itu. Dia terus bersandar ke belakang sebelum meletakkan telefonnya ke tepi.
Meor menggeleng laju. "Saya tak tahu main game. Cepat bosan sebenarnya." Dia tersengih sambil menggaru kepalanya.
"Tak cool kan jadi lelaki tapi tak reti main game?" tambah Meor lagi.
"Taklah. Itukan preference awak, hak awak. Untuk nampak cool bukan setakat main game aje, tapi pandai masak macam awak ni berkali-kali ganda cool." Elya memuji Meor tanpa sedar sehingga lelaki itu tertawa kecil.
"So, saya cool la kan di mata awak?" Kepalanya terus senget sedikit tika menanti jawapan Elya.
"If you say so, then, yes."
"Sangat bermulut manis," decit Meor sambil tertawa perlahan. Elya pula hanya terjungkit senyuman senget tanpa sedar.
"So, apa hobi awak sebenarnya? Selain memasak." Elya mula terasa mahu kenal kawan barunya itu dengan lebih mendalam. Sudahlah dia tidak sengaja menjauhkan diri selama beberapa hari disebabkan sibuk dengan kerja.
"Membaca. Buku, novel, komik, artikel dan seangkatan dengannya. Dan satu lagi, saya suka buat soalan matematik." Dia tersengih melihat wajah terkejut Elya dengan hobi keduanya itu.
"Maths?" Hampir terjojol biji matanya dengan kenyataan itu.
"Yes. Awak sudi tak nak ajar saya math?" Meor mula masuk jarum. Dia perlu mencari guru tuisyen untuk mengajarnya topik yang lebih kompleks!
Bukan dia tidak mahu tonton YouTube, tapi penggunaan line di atas platform ini sangat terhad. Jadi, dia sudah tidak boleh belajar sendirian dengan topik yang susah itu.
"Kenapa saya? Kenapa math?" soal Elya yang sudah tidak habis berfikir.
"Sebab awak kan kawan saya? Lepas tu, awak engineer yang pandai math. Ajar saya eh?"
Dari duduk berdepan, Meor terus bangun dan duduk bersebelahan gadis itu. Dia tetap menjarakkan diri mereka kerana tidak manis duduk terlalu dekat walaupun tujuan untuk belajar seperti ini.
"Awak ingat engineer pandai math ke?"
"Awak tak pandai math ke?" Mata Meor terkebil-kebil melihat gadis itu dengan penuh harapan.
"Pandai tapi saya tak nak ajar awak." Elya menjelirkan sedikit lidahnya, cukup untuk penglihatan Meor walaupun seketika.
"Sampai hati awak, kan? Awak cakap awak kawan saya..." Meor terus bersandar ke belakang dengan respons Elya yang sudah tersenyum mengejek.
"Siapa cakap?" Kening dijungkitkan berkali-kali.
"Elya?" Meor memandangnya tanpa berkelip.
"Ya, Meor?" Gadis itu sudah tidak tahan mahu menghamburkan tawanya apabila melihat riak muka Meor yang tersakiti.
"Ajarlah saya math..."
Namun, lelaki itu masih tidak berputus asa. Elya terus tertawa kuat dengan perangai Meor yang tidak kenal erti lelah. Tidak pernah dia jumpa manusia yang memintanya untuk mengajar matematik di tengah Laut Cina Selatan seperti ini.
Meor, spesies langka.
"Yalah, nanti saya ajar. Awak ni manusia paling pelik yang pernah saya jumpa tahu tak? Merengek-rengek suruh ajar math. Terhidu asap dapur lebih ke?" perli Elya sambil memegang perutnya yang sudah keras dengan tawa.
"Betul ni awak nak ajar saya?" Mata itu bersinar gembira.
"Betul." Anggukannya perlahan dan bersahaja.
"Yes! Thank you, awak!" jerit Meor kuat sehingga berdiri di tengah ruang itu. Elya terus menepuk dahinya sendiri.
"Awak! Duduklah! Memalukan betul jadi orang!" Hujung lengan baju Meor dia tarik sehingga lelaki itu kembali duduk di atas sofa. Tindakan Meor tadi sudah menarik perhatian beberapa orang di sana.
"Awak nak makan apa? Saya pergi masak sekarang. Saya tahu awak lama tak datang mess sebab awak busy. Cepat cakap, saya pergi galley sekarang untuk tunaikan permintaan awak." Sisi wajah Elya dia pandang dengan hati yang seronok.
"Erm..." Elya mengetuk dagunya untuk berfikir.
"Saya nak nasi goreng kampung boleh? Dah tiga hari tak makan nasi, asyik makan biskut aje," pinta Elya sambil tersenyum penuh harapan.
"Okey, siap! Awak tunggu sini tau, nanti saya bawakan makanan!" Dengan kaki panjangnya, Meor berlari anak keluar dari bilik itu dan menuju ke galley demi Elya.
Gadis itu hanya menggelengkan kepalanya berkali-kali sebelum kembali bermain permainannya.
"Manusia pelik."
Share this novel