BAB 4

Drama Completed 3098

Nun di sudut ruang tamu sudah mula kedengaran kadi memulakan bicara,

riuh rendah kedengarannya. Intan yang berada di dalam bilik tidak berapa

jelas akan perbicaraan mereka. Apa yang saat ini peluh semakin deras merecik, jantungnya berdegup laju dan sekarang kedengarang bunyi beberapa derapan kaki menandakan pengantin lelalki sudah masuk ke bilik pengantin.

Entah bila lafaz sah disebut namun yang pasti dihadapannya kini berdiri sang pengantin lelaki sedang menatap wajah Intan.Buat kali pertama menatap wajahnya dan mata bertentangan. Cincin disarungkan di jari manis, dan usai itu salam dihulur beserta kucupan di dahi. Banyak suara yang memuji keanggunan pengantin perempuan dan pasangan merpati dua sejoli ini dan Intan melakukan sedaya yang mungkin untuk tersenyum. Namun saat itu tiada yang tahu apa isi hati Intan pada ketika ini. Segalanya hanya Tuhan saja yang tahu.

“Aku pasti yang kau pun kahwin dengan aku ni pun pasal harta benda keluarga kami kan?” Itulah kata-kata pertama yang terpacul keluar dari mulut Emmet. sepupu yang jarang dijumpai. Mereka berdua memang tak pernah rapat dan jarang bertemu, kalau bertemu pun hanya pada musim perayaan dan hari keluarga.

“Hei tolong sikit ya, Saya korbankan masa depan saya ni untuk tolong selamatkan maruah keluarga awak, awak cabulnya mulut cakap saya kahwin

sebab harta? Wow!!! Sangat hebat cara awak berterima kasih atas

pengorbanan saya yang murah di mata awak ya. Eh kalau saya tahu ini balasan yang saya dapat, sumpah saya takkan pernah bersetuju dengan permintaa mak awak dari mula lagi. Sia-sia!”

“Aku tak pernah minta dan harap kau jadi bini aku, kau kena ingat tu je okay.”

“Tak sangka, begini pula ye cara orang yang terpelajar dan berharta ungkapkan kata syukur dan terima kasih? Nampaknya saya yang kurang pandai dan tak berharta ni lagi pandai daripada awak yang terpelajar ni. Orang kata, orang berbudi kita berbahasa, tapi dari cara awak yang tak kenang budi ni, saya tak rasa yang awak juga tahu menjaga tutur bahasa awak. “

“Apa yang kau merepek ni? Dah kenapa aku perlu berterima kasih dengan kau pulak?”

“Awak hilang ingatan, pura-pura tak tahu atau memang sebenarnya tak tahu menahu langsung.?”

“Apa…” namun belum sempat Emmet mencelah, ada suara memanggilnya.

“ Sudah-sudahlah tu Emmet oi, gelojoh bebenor, kalau iapun cuba tunggulah esok. Cepatlah, kak ngah dah nak balik ni,cepat pelok cium isteri kau tu. Along tunggu kat kereta, bergerap pantas please!” seloroh Eina kakak kepada Emmet.

“Baiklah!!”

Lega hati Intan, kerana sedari tadi dia sangat berharap Emmet akan beredar pergi namun sangkaanya meleset, nampaknya Emmet masih mahu

Memanjangkan keadaan seakan mahu menyimbah minyak gas ke dalam bara api yang mulai reda.

“Peluk cium? Pui jangan haraplah!” usai sahaja ayat itu Emmet terus melangkah keluar meninggalkan si isteri yang tergamam seakan tidak percaya tingkah laku sang suami.

“Dia ingat aku ni sangap nak kahwin dengan dia agaknya ye. Hey kau boleh berambus!”

“Ulang balik apa kau cakap?”

“Hurm…tulah telinga letak kat lutut. Dah, pergi balik toksah nak berlama di sini nanti hati kau juga yang sakit.”

“Aku lagi menyirap dengar suara kau dari dengar apa yang kak ngah akan

cakapkan. Kau jangan ingat aku tak dengar apa yang kau cakapkan tadi dan boleh bersenang lenang nak perli aku ya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience