BAB 12

Drama Completed 3098

“Ish tadi kta nak pergi rumah ibu, tapi ini bukan simpang jalan nak ke rumah ibu, kita nak ke mana ni?.” Tanya Intan kehairanan saat menyedari jalan yang mereka lalui bukalah jalan masuk ke rumah ibu mertuanya.

“Bijak isteri abang ni, ya memanglah bukan rumah ibu, tapi ini rumah kita. Sayang kena hafal jalan masuk rumah kita ni” Jawab Emmet sambil

membelokkan keretanya kekawasan perumahan diikuti dengan senyuman penuh makna.

“Rumah kita? Tadi kata nak kerumah ibu, apa ni??” Intan merasa kurang senang saat merasa dirinya ditipu.

“Eh Siapa tipu, memang betul kita nak balik ke rumah ibu tapi bukan hari ini kita pergi esok lusa okay? Sabarlah sayang,janganlah marah.”

“Saya tak sukalah kena tipu.”

“Suka tak suka terpulang. Sekarang ni kita dah sampai cepat turun.”

“Saya tak nak keluar dari kereta ni.”

“Janganlah macam tu sayang intan payung abang ni, takkan sayang nak tidur dalam kereta pula.?”

“Biarlah.”

“Apa yang degil sangat sayang ni? Mari sini biar abang dukung saja sayang keluar. Sayang pun bukanlah berat sangatkan.” Emmet mengugut penuh dengan senyuman yang menyeringai hati Intan. Mendengarkan ayat Emmet itu, Intan terus keluar dari perut kereta.

‘Humm.. boleh tahan lawa, pandai juga dia hias Cantik, nampak kemas.

“Beg abang dah letak di atas, sayang mandi ke atau berehat kat atas tu, nanti kita makan sama-sama, hari ni abang nak sayang masak tau. Abah kata sayang pandai masak.”

“Banyaklah pandai masak, abah tip utu,” ujar Intan seraya naik ke atas.

“Sayang jomlah turun, abang lapar. Mari kita masak sama-sama, abang dah beli bahan-bahan ni.’ Intan tidak mempedulikan Emmet, merasakan isterinya berada terlalu lama di atas dan panggilannya juga tidak bersahut Emmet naik ke atas.

“Sayang buat apa ni? Penat abang tunggu sayang kat bawah tapi sayang boleh pula tidur sedap-sedap kat sini?”

Intan masih tidur terlena tidak menyedari keharidan Emmet, tak semena-mena dia merasa pipinya dicumbui mesra dan pinggangnya dirangkul erat.

“Hei apa awak buat ni? Lepaslah, Emmet tolonglah jangan buat macam ni kat saya, saya nak tidurlah.”

“Sayang tau tap apa hukuman bagi isteri yang tidak mendengar kata suami? Dosa tau dan zaman ni Allah bayar cash tau.”

“Bayar cash?”

“Yup. Buat dosa dengan suami nanti terus je dapat hukuman, sayang nak?”

Emmet menarik kaki Intan mendekat tapi sempat dihalang Intan kerana Intan cepat-cepat turun dari katil.

“Abang dah lapar ni, omlah turun masak.” Rayu Emmet.

Intan hanya membisu. Lauk disendukkan di atas pinggan kaca lantas Emmet membacakan doa dan untuk pertama kalinya mereka berdua makan bersama di rumah baru yang Emmet beli hadiah untuk isterinya itu. Pujian demi pujian Emmet berikan kepada Intan. Gembira bukan kepalang hatinya menerima pujian melambung padahal dia tahu masakannya tidaklah sedap mana pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience