BAB 6

Drama Completed 3098

Sesudu kecil kek perisa kelapa disuap ke mulut mungil Intan dan seraya itu jugala satu kucupan manis ssinggah di dahi Intan. Bukan main tetamu yang hadir bersorak gembira termakan kemseraan penuh tipu daya dari pasangan mempelai itu.

Emmet memberikan senyuman nakalnya dan satu ciuman di pipinya

diberikan. Lama ia menekap di bibir kerana demikianlah permintaan jurukamera dan Intan hanya mampu tersenyum merelakan. Usai ciuman

dilepaskan mereka meminta ciuman beralih wajah. Intan terpaksa mencium

Emmet pula. Terdiam Intan buat seketika, sudah tidak sanggup rasanya

denagn lakonan ini dan aksi mereka semua berjaya di rakam lensa kamera.

Sepertinya upacara kemuncak sudah selesai dan Intan tanpa menunggu lama terus meluru naik bertemu dengan Puan Maira mendapatkan kepastian tentang status perkahwinannya.

“APA? Jadi betullah mak terima duit dari Mak Uda tu? Kenapa mak diam? Diam tu maksudnya betullah kan? Tergamak mak buat Intan macam ni? Ini yang Intan dapat selepas akur pada permintaan mak dan rasa terhina yang Intan dapat?” terduduk puan Maira menangis mendengar kata-kata anaknya itu.Perlahan-lahan air mata Intan mengalir dari tubir matanya. Dia juga turut terduduk. Sesal memikirkan apa yang telah Puan Maira lakukan kepadanya. Andai dapat dia putarkan semula masa tak ingin dia berada di situasi ini dan dia mahu memilih menjadi orang yang punya pendirian kukuh, menafikan saja permintaan orang di sekelilingnya yang nyata mementingkan diri dan lebih sedih ianya perbuatan ibu sendiri.

“Sudah tertulis begini nasib Intan, tak mengapa Intan akur, keluarga kita kan susah namun tidaklah Intan terfikir mak tega buat macam ni, Intan ni memang benar dijual kan, meski pada mak saudara sendiri tapi Intan rasa sangat terhina, Intan letih, intan masuk bilik dulu.” Ujar Intan meninggalkan ibunya yang masih menangis teresak-esak. Sungguh Puan Maira, menyesal akan perbuatannya tetapi niatnya baik, dia mahu menggunakan duit itu demi membiayai pengajian dua lagi adik beradi Intan, nalurinya sebagai ibu sanggup melakukan apa saja demi masa depan anaknya namun dia khilaf dalam melihat perbuatannya ini melukan hati anaknya yang seorang lagi bernama Intan.

“Kau bersiap cepat, aku nak balik,” arah Emmet yang sudah tidak tahan tinggal sehari lagi di rumah Intan. Dia muak meneruskan lakonan palsu berpura-pura msra.

“Eh kenapa perlu balik, ini dah memang rumah saya kan?”

“Kau lupa ke yang kau dah jadi isteri aku, aku boleh je tinggalkan kau kat sini tapi apa pula orang cakap nanti..”

“Sejak bila pula awak mengaku yang saya ni isteri awak? Kalau betul pun ingat sikit ya, tak bermakna awak boleh heret saya ke sana sini ikut suka hati awak.”

“Banyak songeh pula kau ni kan. Sekarang aku tanya kau ni, cakap pula kau ni kan. Kau nak ikut aku balik ke tak, jawab soalan boleh tak, jangan buang masa aku?”

“what if I refuse??”

“Terpulang pada kau. Tak tahan aku nak meneruskan lakonan depan mak dengan abah, geli gleeman aku jadinya..”

“Ada siapa-siapa yang suruh awak berlakon ke dah awak sendiri yang nak buat macam tu menunjuk tak sudah. Apa awak tak tahu yang semua family tahu kita kahwin tanpa rasa sayang sekelumit pun.”

“Asal bercakap dengan kau mesti darah aku menyirap. Susah agaknya kau nak senangkan hati suami kau kan?” ujar Emmet seraya memasukkan pakaian ke dalam bagasi.

“Maafkan mak ye Intan.” ujar Puan Maira kepada anaknya, sejak selamat menjadi isteri orang, puan maira dan Intan saling tidak bertegir sapa dan cum bercakap benda yang penting sahaja. Puan Maira tahu anaknya itu berkecil hati.

“Sudahlah mak, nasi dah jadi bubur. Tak ada apa yang perlu di maafkan mak. Intan yang seharusnya memohon maaf. Mungkin itu lebih baik untuk keluarga kita ni. Saya nak minta diri, nak kemas pakaian dulu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience