BAB 5

Drama Completed 3098

“Dah memang hakikat pun apa yang saya cakap tadi. Bukan saya yang terhegeh-hegeh nak kahwin dengan awak. Ikutkan hati takdanya aku nak hadap” sinis kata-kata Intan bagai memulangkan paku buah keras pada Emmet. Enggan membuang masa Emmet melangkah pergi meninggalkan Intan yang bengkak hati dengan sikap Emmet. Sungguh dia terluka dengan sikap lelaki itu yang tidak mengenang budi dan melayannya bagai sampah selepas dia tega berkorban demi maruah orang lain.

Sekarang apa yang dia lakukan adalah dengan berdoa memohon diberikan

ketabahan dan kesabaran atas semua yang menimpanya. Sedebuk beban diberikan padanya dan dia yakin ia pasti berpanjangan kerana selepas ini akan ada banyak perang emosi dan mulut antara mereka. Justeru dia haris bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

“Boleh tak kalau kau senyum sikit. Tak payah nak tunjuk sangat yang kau tu terpaksa kahwin dengan aku.”

“Maaf, saya tak suka hidup dalam kepura-puraan, buat apa nak tipu semua orang yang saya bahagia hakikatnya menderita?”

“Kau boleh tak tolong jaga maruah keluarga aku dan keluarga kau. Kau nak ke semua orang tahu tentang perkara ini. Tak ke naya semuanya nanti?”

“Wah bukan main kau sembang pasal maruah. Ingatkan maruah tu dah tak penting lagi bagi awak. Lagipun, apa yang awak nak risaukan sangat dah

semestinya semua saudara mara kita tahu soal ni ke awak sorang je yang tak tahu lagi?”

“Well none of it is my problem, saya tak rasa family saya akan malu malah kami berbangg dapat menolong orang yang dalam kesusahan kan?”

“Bangga sampai tergamak jual anak sendiri? Itu yang awak nak banggakan ke?” tanya Emmet sinis. Dia yakin benar yang Intan mengahwininya hanya semata-mata kerana duit yang ditawarkan oleh keluarganya. Huh! Perempuan semuanya sama. Dasar mata duitan!

“Awak cakap baik-baik sikit ya tergamak awak cakap kat mak saudara awak macam tu. Bukan orang lain tapi darah daging awak sendiri. Awak dah melampau dan biadap!!” meruap-ruap marah Intan mendengar kata hinaan Emmet itu. Tapi apakah benar apa yang dikatakan oleh Emmet?

“Tulah kau, dah bodoh sombong pula ke kau berpura-pura tak tahu? Yang sebenarnya mak kau tu, keluarga yang kau banggakan sangat tu dah terima wang suapan atau wang imbuhan dari ibu aku sebanyak RM600,000. Kau rasa dah nilai macam tu dah tak serupa macam dagang anak ke? Berapa persen kau dapat?” ujar Emmet sengaja menekankan perkatan jual biar Intan sentap dan sedari diri. Emmet tahu ia pasti menyakitkan hati Intan.

“Apa betul ke apa yang awak cakapkan ni?Awak toksah nak fitnah saya pula, ini tuduhan yang berat,” tutur Intan seraya berdiri di hadapan Emmet. Terlalu berat tuduhan itu sama berat untuk dia menerima kebenaran kata-kata lelaki itu.

“Toksah tanya aku, tak percaya pergi jumpa mak kau, hadap dan tanya.” Ujar Emmet selamba yang semakin membuatkan Intan bertambah meradang.

Binkas, Intan bangun dan meluru mencari ibunya namun belum sempat dia melangkah ke ruang tamu bertemu ibunya, mak sunya terlebuh dahulu menarik lengannya meminta wajahnya di solek sedikit untuk bersiap sediah upacara memotong kek sebentar lagi. Nak tak nak dia terpaksa melupakan misi menari kepastian.

Matanya merenung sekilas Emmet memberi isyarat agar suaminya itu keluar namun Emmet memilih untuk berdiam diri. Mak Su dan Intan saling berbalas pandangan. Intan mengukir senyum penuh kepuraan seraya menyusun langkah ke arah Emmet yang langsung tak mengendahkannya.

“Dah buang tebiat ke awak ni?” tanya Intan separuh berbisik. Emmet tidak

mengendahkan soalan Intan lantas dia bangun, tersenyum dan mula melangkah.

Emmet juga boleh dinobat pelakon terbaik, di hadapan mak su, dia mempamer kemesraan bukan kepalang sambil memimpin tangan isterinya. Inta menurut saja lakonan Emmet namun hatinya menyirap tinggal tunggu masa memuntahlan lahar amarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience