BAB 13

Drama Completed 3098

“Nak tidurlah.” Jawab Emmet lantas menghempaskan tubuhnya di sisi Intan.

“Eh kenapa awak tidur di sini? Kan rumah ni ada banyak bilik, pergilah bilik awak jangan tidur kat bilik saya.” Intan segera bangkit.

“Eh siapa kata ini bilik awak? Saya dah tak nak kita buat peraturan yang merepek. Kita suami isteri jadi kita jalani hidup macam suami isteri normal.” Ujar Emmet serius. Dia perlu membetulkan segala kekusutan ini sebelum dibiarkan terlalu lama.

“Kenapa awak berubah dan layan saya baik sekarang ni?” tanya Intan.

“Ada sebabnya. Sayang nak tahu tak?” Intan menjawab dengan anggukan dan Emmet memusingkan tubuh Intan ke arahnya seraya melemparkan senyuman.

“Yang pertama, sedari dulu lagi abang sukakan sayang, tapi disebabkan kita ini

Ada ikatan sepupu abang menafikan perasaan abang hinggalah abang bertemu dengan Fazlina yang menjadi asbab kepada perhubungan kita sekarang ini. Yang kedua, kita sudahpun berkahwin jadi abang tak nak sia-siakan perkahwinan ini. Meski kita memulainya tanpa sebarang rasa cinta namun Abang yakin kita akan bahagia seperti pasangan lain. Tapi yang lebih penting lagi, kita memang dah ditakdirkan untuk bersama sejak dari mula lagi cuma menanti waktu dan masa yang tepat sahaja.”

Saat ini Intan nampak riak serius di wajah Emmet dan hatinya berbelah bagi. Dia keliru dan masih ragu-ragu samaada harus mempercayai kata-kata Emmet itu. Namun di juga tidak boleh menyembunyikan hakikat bahawa hatinya sudah jatuh cinta pada Emmet.

Perbualan mereka mati di situ kerana Intan memilih untuk berdiam diri.Emmet dibiarkan tidur dan Intan memikirkan apa yang harus dialakukan untuk kehidupan dan kebaikan mereka berdua. Usai berfikir panjang, akhirnya Intan memilih untuk memberi peluang kepada dirinya dan Emmet mengecap bahagia. Tak semena-mena satu kucupan singgah di pipi suaminya yang sedang terlena.

“Aik ingatkan dah tidur dari tadi.” Intan malu apabila perbuatannya itu diketahui.

“Saya pilih untuk percaya dan sayang abang.”

“Betul ni?”

Intan angguk.

“Sejak bila?”

“Suka sejak dulu, sayang sejak kita sudah disatukan dan merindu sejak kita berpisah.

Akhirnya senyuman mereka saling berbalas, Emmet gembira kerana akhirnya dia berjaya mengetuk pintu hati Intan Darlina. Pelukan mereka semakin erat dan tangisan kegembiraan membasahi di pipi.

Sudah berminggu lamanya mereka bergelar suami isteri namun malam ini adalah malam yang dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Selepas beberapa siri cubaan yang membuat hati mereka menjauh termasuklah cara untuk mengetuk pintu hati isterinya, akhirnya mereka melayari malam penuh bahagia bersama rasa cinta memenuhi di dada diselit dengan cumbu rayu serta panggilan sayang. Malam itu mereka bersatu bersama janji cinta yang terpatri agar padu selamanya hingga ke taman syurga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience