BAB 7

Drama Completed 3098

Bagai direntap hatinya saat mendengar kata-kata Intan itu. Jika benar Intan tidak marahkannya lagi kenapa Intan selalu saja mengelakkan dirinya daripada berbicara dengannya hatta memandangnya?

“Boleh abah cakap sebentar?” tanya encik Edruce. Intan cuma angguk.

“Intan, ayah nak tahu kenapa Intan dah berubah jadi macam ni?” tanya Encik Edruce pada anak kesayangannya itu, sebagai bapa sudah tak sanggup dia melihat ekadaan isteri dan anaknya itu tidak bertegur sapa, daripada melarat adalah lebuh baik dia masuk campur.

“Berubah macam mana pula abah, Intan tak ada rasa apa pun,” jawab Intan tenang.

“Intan dah dewasa, dah jadi isteri orang dan Abah rasa Intan faham apa yang abah maksudkan ni kan?”

“Baguslah kalau abah sedar yang Intan dah dewasa, tapi jangan lupa yang intan ini manusia punya hati dan perasaan. Intan sedih abah. Sungguh tak pernah terbayang dek akal yang Intan akan menjadi sehina ini abah. Intan sanggup tolong Mak Uda tapi tak sangka mak terima duit daripada Mak Uda. Nampak sangat macam jual anak bukan untuk membantu keluarga sendiri. Intan tahu Mak Uda yang tawarkan, tapi kenapa mak tidak tolak tawaran tu. Apa besar sangatkah nilai duit itu berbanding maruah anak gadis sendiri yang merasa dianiayai ini?”

“Intan, abah seperti kamu, tidak bersetuju dan tahu apa yang mak kau buat tu salah. Tapi benda dah jadi dan kau pun tak patut layan mak kau macam tu. Walau apapun yang telah mak kau lakukan dia tetap seorang mak. Buruk baiknya mak kamu itu, dia tetap insan yang melahirkan kamu ke dunia.”

Intan diam tidak menjawab apa-apa namun manik jernih sudah kelihatan di pipinya yang gebu.Dia harus segera beredar kerana tidak mahu menangis di hadapan ayahnya. Emmet berdiri di luar bilik ketika Intan meluru keluar dan Emmet telah mendengar segala perbualan dua beranak itu. Dan tak semena-mena airmata Intan luruh jua.

“Aku tak reti nak pujuk dan tak boleh nak kata apa, tapi kalau kau nak nangis aku boleh pinjamkan bahu.” Intan terus menangis.

“Eh diam pula. Nangislah kalau itu bisa menghapuskan kesedihan yang kau rasakan sekarang ni,” ujar Emmet lalu menarik dan mendakap Intan. Intan menangis semahu-mahunya.

Selepas beberapa minit berada di dalam pelukan Emmet, perlahan-lahan Intan melepaskan pelukannya malu berada dalam keadaan itu.

“Kenapa nak segan? Aku ni kan suami kau, tak payah nak malu dan segan, mari sini.” Emmet lalu mengeratkan semula rangkulannya ke tubuh Intan namun kali ini Intan memilih untuk membatu.

“Tak mengapa saya dah okay, ni awak nak balik bila??” Intan cuba menukar topik perbualan.

“Excuse me, kita ya, bukan saya sorang yang akan balik., bukan aku seorang yang akan balik.” Ujar Emmet tegas.

Dia nak sangat faham apa yang dimaksudkannya. Ini Bukan soal tanggungjawab tapi sebenarnya hatinya sudah mula terpaut dengan kecantikan dan kelembutan serta kebaikan hati Intan. Ya, memang sedari dulu lagi dia tertawan pada kecantikan Intan. Tapi tak adalah sampai nak memperisterikannya kerana mereka berdua adalah sepupu. Tapi kini apa yang dirasakannya musstahil sudah berada di depan mata dan impian sudah menjadi nyata.

‘Mungkin inilah dinamakan jodoh dan rezeki. Kenapa nak sia-siakan bila peluang sudah di depan mata. Apa yang perku dilakukannya kini adalah untuk mengetuk pintu hati Intan, meraih cinta isterinya itu dan kemudia mereka daoat menjalani hidup seperti pasangan lain. Memang sebelum ini aku fikirkan Intan sanggup berkahwin dengan aku semata-mata kerana duit. Tetapi setelah mendengar perbualan mereka,aku tahu Intan bukan seperti perempuan yang lain. Aku berdosa kerana menuduhnya yang bukan-bukan dan aku kena menebus kesalahan aku semula..’

“Hello awak tahu kan yang saya ni masih belajar lagi Emmet?”

“Ya saya tahu, jadi kenapa??”tanya Emmet aenh dengan soalan Intan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience