BAB 10

Drama Completed 3098

Hampir tiga jam perjalanan akhirnya mereka sampai ke university di mana Intan belajar.

“Sayang! Sayang! Bangun, kita dah sampai, mana kad pelajar sayang? Ni pak jaga ni minta pas pelajar baru boleh masuk.” Intan terjaga, menggosok kedua-dua matanya lalu menyeluk kad pelajar yang disimpan di dalam beg dompetnya.

“Ni saya punya kad pelajar.”

“Kelas dari Isnin sampai Jumaat kan? Jadi jumaat malam atau Sabtu awal pagi tu abang akan jemput sayang. Kita balik rumah ibu ya.”

“Tak mengapalah, saya tak nak balik.” Ujar Intan masih berasa malu untuk bersemuka dengan keluarga Mak Uda, hatinya ikhlas untuk membantu namun maknya sudah disuakan dengan duit dan dia merasa kurang senang.

“Kenapa?” soal Emmet gusar dengan jawapan Intan kerana itu bermakna dia tidak akan bertemu Intan.

“Hujung minggu saya ada program.”

“Ye ke? Berdosa tau sayang kalau tipu suami.” Ujar Emmet bersahaja menggunakan nama panggilan itu.

“Ish tak payahlah nak bersayang-sayang geli. Apa awak merepek ni, dahlah saya naik dululah. Makin saya layan awak makin naik lemak pulak awak, Saya pula yang sakit hati.” Belum sempat Intan keluar dari perut kereta, tangannya ditarik lembut.

“Janganlah keluar terus, mehlah salamlah dulu dengan suami minta restu.” Pandangan mata mereka saling bertancap,gelodak di jiwa mula dirasai membuak-buak. Panahan mata sang suami tidak terlawan rasanya lantas terus disalami namun sang suami menghadiahkan pula ciuman di pipi. Tersipu-sipu malu Intan jadinya dek perbuatan Emmet itu.

Assalamualaikum…

“Intan !! Alahhhh kenapa sampai tak bagi tahu? Kau ni kan...”

“Eh dah kenapa korang ni?” pelik betul Intan dengan sikap rakan sebiliknya, sebelum ni dia balik tiada siapa yang kisah hari ni lain pula jadinya. Aneh!

“Kitorang ni bukan apa, teringin sangat nak tengok suami kau.” Serentak Wiyah, Trisha dan Zahira menjawab pertanyaan Intan. Geram kerana misi untuk melihat wajah suami Intan gagal.

“Alah, tak payahlah korang nak tengok, muka dia bukannya handsome pun. Jerawat batu yang ranum tu penuh satu muka, dah macam bulan aku tengok. Zahira, tepi sikit, aku nak sambung tidur, letih ni.”

“Alah, janganlah tidur dulu marilah ceritalah sikit masa majlis perkahwinan kau tu apa jadi? Kitorang pun nak tau, bukan apa bolehlah kami bersiap sedia nanti.”

“Hey si pengantin baru ceritalah.” Desak Trisha.

“Tak ada apa yang menarik pun, tak macam yang korang baca dalam novel.”

“Takkanlah, korang tidur sebilik kan?”

“ Dah tu takkan aku nak suruh dia tidur luar pula? Nak tengok abah aku piat telinga dan balun aku? Abah aku tu kau tengok je lembut dan penyayang macam tu tapi garang dia nauzubillah.”

“Maknanya…….korang dah ehem ehem ehemlah kan?” Mereka tersenyum sesama mereka sambil mengekeh-ngekeh ketawa.

“Dah, jangan nak fikir yang bukan-bukan. Dia tidur atas aku tidur bawah tak adanya nak bercengkerama bagai.”

“Alah,dah berdua-duaan dalam bilik yang sama macam tu takkan tak ada apa-apa pula?”

“Sekadar cium pipi tangan bagai tu biasalah, masa ambil gambar kan? Dahlah aku penat ni dari hari tu lagi tak cukup tidur, jangan kacau aku.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience