BAB 2

Drama Completed 3098

“Apahal kau ni Intan ? Dari tadi diam saja aku tengok, tu bihun goreng kau

Sikit pun tak terluak. Kau ni macam ada masalah negara je aku tengok.”

Pertanyaan rakannya itu tidak diendahkan dan hanya dijawab dengan keluhan yang panjang. Sungguh dia keliru dan sedih atas nasib diri, kecewa atas sikap Puan Maira. Dirinya juga buntu atas keputusan yang perlu di buat. Jika diterima akan memakan dirinya, jika ditolak juga akan memakan dirinya. Nampak gayanya dua-dua keputusannya tak ada satu yang menyebelahi dirinya.

“Wey dah kenapa kau menangis ni Intan? Macamnilah, adalah lebih baik kau ceritakan apa masalah kau ni, at least dapatlah ringankan beban kau. Kau tahukan, kalau kita ada masalah sebaik-baiknya kita luahkan agar ia akan dapat meringankan beban fikiran kita. Adakalanya kita perlu seseorang untuk luahkan segala yang terbuku baru stress tu hilang. Tapi aku tahu cara kau bukan macam tu dan aku takka paksa, cuma kalau kau perlukan teman, aku ada untuk kau.” Ujar Trisha kawan sekuliah merangkap kawan baik Intan.

“Trisha, boleh tak pinjamkan bahu kau untuk aku menangis? Kalau tak boleh takpelah aku cari kawan baru.”

“ Amboi kau, dalam pada bersedih sempat lagi kau nak menyakat aku eh, gunalah semahu kau dan nangislah sampai kau puas Intan tapi kalau hingus kau lekat sila hantar baju aku ni ke dobi okay,” ujar Trisha seraya disambut dengan hilaian tawa Intan.

“ Intan, ada tetamu datang nak jumpa kau, tak pernah nampak pun sebelum ni.” Ujar Wiyah rakan sebilik Intan. Dia juga memaklumkan tetamu Intan kelihatan seperti sepasang suami isteri.

“Eh Siapa pula, takkan mak dan ayah, kalau mak ayah aku kau pasti tahu kan?? Siapa pula yang datang ni?” tanya Intan menggaru kepala yang tak gatal bingung memikirkan tetamu mana yang datang tanpa diundang itu.

“Ada di sini Intan, Mak Uda ni, Intan.” ujar Puan Kadeeja yang muncul secara tiba-tiba di belakang Intan.

Intan yang masih terbaring di atas katil serta merta bangkit dari katil nyata kaget dengan kemunculan ibu saudaranya itu. Bukanlah kehadiran ibu saudarahnya itu yang menjadi kerisauan tapi kehadiran mak udanya itu beerti hal yang semakin merisaukannya itu mengganggu ketenteramannya semula.

“Eh Mak Uda.” Itulah perkata pertama yang terpacul dari mulutnya selepas hampir lima minit dia berdiam diri.

“Bila sampai, buat apa kat sini?”

“Dah setengah jam. Mak Uda cuba telefon Intan banyak kali tapi tak

berjawab. Apa Intan sengaja tak nak angkat pangilan Mak Uda ke?” Serentak itu jugalah Intan terus meraba- telefon bimbitnya di bawah bantal dan di celahan selimut. Sejak pulang dari kelas hinggalah ke saat itu Intan tidak pun menyentuh telefonnya jadi dia pun tak tahu dah di mana letaknya.

“Eh mak uda ni, kenapa cakap macam tu? Tak kanlah Intan nak buat macam tu. Intan pun tak tahu mana Intan letak telefon Intan. Habis kelas tadi terus main campak je, migraine sikit tadi. Wiyah, kau ada Nampak telefon aku tak?”

“Tak ada pula. Bukankah kau selalu simpan dalam beg, dah cari ke? Itulah kau selalu saja ada masalah dengan telefon bimbit kau ni.”

“Adoi lupalah, balik dari kelas tadi lupa nak ambil dari dalam beg.” Ujar Intan menepuk dahi seraya mencapai beg galasnya lalu meluncur skrin telefon bimbitnya dan kelihatan 30 panggilan dari mak udanya itu tak dijawab.

“Maafkan Intan ya mak uda tadi masa kuliah Intan silent telefon ni, tu yang tak dengar,” ujar Intan sambil menunjukkan telefn bimbitnya enggan mak udanya itu berfikir yang bukan-bukan terhadapnya.

Puan Kadeeja hanya tersenyum memandang anak saudaranya itu, dia mengerti bahawa Intan tak sengaja dan tak lama kemudian Intan meminta izin ke bilik air untuk menyegarkan diri. Agak lama Intan di dalam bilik air, cuba menenangkan diri dan bersiag siaga dengan apa yang cuba disampaikan oleh ibu saudaranya itu, dia tahu benar isi tujuan kedatangan ibu saudaranya itu.

Usai kembali dari bilik air, tanpa menunggu lama Puan Kadeeja terus memulakan bicara menyatakan tujuan keddatangannya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience