BAB 3

Drama Completed 3098

“ Tak payah berbasa-basim rasanya Intan tentu tahu apa tujuan kedatangan Mak Uda. Mak Uda rayu sangat pada Intan tolonglah setuju. Hanya Intan lah sajalah yang boleh selamatkan keluarga Mak uda intan, sudah tiada siapa lagi yang kami boleh meminta belas dan pertolongan.”

“Tapi mak uda, kenapa mesti Intan? Bukankah masih ramai lagi sepupu-sepupu yang boleh menurut permintaan Mak Uda dan jadi pilihan selain Intan. Lagipun Intan kan masih belajar dan Intan nak capai impian Intan. Apa Mak Uda tak rasa ke yang Intan ni masih terlalu muda untuk menurut permintaan Mak Uda ni dan apa Mak uda tak ada terfikirkan ke perasaan Intan?”

“Bukan apa Intan, sekarang ini cuma Intan saja calon yang layak. Lebih-lebih lagi tinggal tujuh hari saja lagi tempoh itu. Mak Uda mohon, tolonglah kami Intan. Maruah kami terletak pada keputusan Intan sekarang ni. Kalau boleh Mak Uda nak Intan beri keputusan hari ini juga supaya segala persiapan dapat dilakukan dengan segera. Mak Uda tak nak walaupun Intan dipaksa lakukan tapi Intan tak dapat merasa nikmat menjadi pengantin, kerana ini adalah sekali dalam seumur hidup.” Ujar puan Kadeeja sayu.

Segala persoalan yang bersarang di minda mereka tentang perubahan Intan sudah diketahui oleh kawan-kawannya. Pada ketika ini mereka yang turut mendengar perbicaraan mereka juga merasakan kesedihan yang Intan alami dan bersimpati pada Intan. Mereka tahu ini adalah masa yang amat sukar

buat Intan tetapi mereka tahu Intan seorang yang bijak membuat keputusan dan apa jua keputusan yang dibuat mereka tetap akan hormati.

“Baiklah Mak Uda, kalau dah begitu apa yang mak uda katakan, nampak gayanya Intan memanng tak ada pilihan. Jadi Intan setuju.”

“Benar ke ni Intan ? Mak Uda tak salah dengar kan? Alhamdulillah “ Pada zahirnya Intan memang mengukir senyum tapi Tuhan saja tahu gejolak hatinya saat ini. Dia tidak mampu menangis gembira sepertimana Puan Kadeeja yang nyata gembira hingga mengalirkan airmata.

Segala kemelut dan belenggu yang menimpa keluarga Puan Kadeeja akhirnya menemui jalan penyelesaian dengan keputusan yang telah dilakukan oleh Intan. Dua minggu yang lalu berita tentang pembatalan majlis pernikahan anaknya Emmet sangat menduka-citakan sehinggakan Puan Kadeeja terpaksa dikejarkan ke hospital dek serangan jantung.

Fazlina, gadis yang sepatutnya menjadi menantunya menantunya telah memutuskan untuk membatalkan perkahwinan di saat akhir kerana telah bertemu dengan orang yang lebih berada. Ternyata Fazlina materialistic padahal segala bpersiapan sudah hampir selesai, kad-kad sudah diedarkan dan untuk membatalkan majlis tidak sama sekali. Keputusan sepakat dibuat untukmenyatukan Intan dan Emmet. Emmet sudah tidak kisah dan mahu mempedulikan soal perkahwinan lagi, dia memberi sepenuhnya kepada ibu bapanya untuk mengatur pelan seterusnya kerana baginya jika sudah suratan majlis ini tidak akan berlangsung dia terima dengan redha. Tetapi tidak bagi kedua orang tuanya dan adik beradik yang lain. Apa yang di rancang mesti di laksanakan hingga sangup mencari pengganti kerana ia telahpun melibatkan maruah keluarga mereka.

“Apakah betul keputusan ku ini?” meski sudahpun memaklumkan keputusannya kepada mak uda namun di hatinya masih terdetik dilemma.

“Kalau kau sudah nyatakan keputusan kau, bermakna kau kena bersedia, aku percaya kau faham apa yang aku maksudkan ini apa yang mampu aku nasihatkan, lakukanlah sebaiknya.”

Dia benar-benar berharap hari yang malang baginya ini hanyalah mimpi namun hari yang bakal merentap masa depannya sudah tiba. Dia sama sekali tidak mempedulikan persiapan dan tidak sikitpun teringin mengecap nikmat raja sehari yang diimpikan oleh semua wanita tidak akan dialami, itu sudah pasti. Sudah tiada impian masa kecilnya tentang bagaimana rupa parasnya di hari bahagia. Semuanya sudah terkubur.

Intan hanya pulang ke rumah pada malam Jumaat sedangkan majlis pernikahan akan berlangsung waktu Asar keesokannya harinya. Segala omelan, bebelan dari ibunya dan pihak keluarga lain bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia tidak kisah kerana dia sudah melakukan pengorbanan sebesar ini hanya untuk menyelamatkan maruah sebuah keluarga. Jadi dia layak untuk tidak ambil peduli, dia layak menjadi raja dan menjadi apa yang dia mahu sementara dia masih punya kebebasaaan.

Baju pengantin semua dibeli ready made di PKNS, mujur semuanya sesuai dan terletak cantik pada tubuh Intan. Setelah disolek, sang pengantin perempuan yang dinanti-nantikan pun sudah siap. Mereka yang melihat Intan terpegun dengan kecantikan yang dimiliki. Dengan wajah yang sememangnya cantik ditambah lagi dengan solekan minimal yang hanya menyerlahkan kecantikan aslinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience