BAB 8

Drama Completed 3098

“Alhamdulillah kalau awak tahu jadi tak payahlah saya nak susah payah terangkan lagi. Jadi awak tahulah yang saya tinggal di asrama kan? Kampus belajar saya agak jauh dengan rumah awak takkan saya nak ikut awak pula, faham kan?” jelas Intan.

“Itu aku tahu takkanlah aku langsung tak ambil tahu latar belakang kau, tapi buat masa ini kau wajib ikut aku balik rumah ibu, itu awak faham kan?.”

“Bagaimana dengan kuliah saya? Saya bukannya boleh minta cuti macam awak. Saya dapat cuti ni pun sebab menipu doktor dengan minta cuti sakit tau. “

“Jadi bila kau balik Kedah?” tanyanya dengan nada sedikit kecewa.

“Esok, cuti dah habis.”

“Okay macam ni, esok aku hantar kau sekali..”

“Eh toksahlah, karang kawan-kawan saya nampak tak pasal-pasal jadi topik makcik bawang?”

“Takkan kawan-kawan kau tak tahu menahu kau kahwin? Kau tak ada cerita pasal kita kah?.”

“Apa, awak ingat saya nak berseronok bagitau mak sendiri jual anak kandung dengan kahwinkan saya dengan awak ke?” usai ayat itu

Terpacul keluar dari mulut Intan dia terus melurus masuk ke rumah.

“Tidur bawah lagi ke? Tak sejuk ke tidur di lantai?”

“Tak mengapa, biar awak sajalah tidur atas. Saya dah biasa tidur di lantai, tak ada cadar atau sebarang alas saya masih boleg menikmati keindahan malam ciptaan Tuhan. Nak kongsi katil dengan awak nanti awak rasa jijik dan tak selesa pula,” ujar Intan seraya menutupkan mata cuba untuk melelapkan mata.

Namun sedang dia lena diulit mimpi Intan dapat emrasakan bagai ada satu tenaga yang mengangkatnya, dia merasa bagai tubuhnya melambung-lambung.

‘Adahkah ini mimpi?’

Intan membiarkan sahaja tubuhnya dilambung, jika ia mimpi biarkan.

Deringan jam penggera berbunyi nyaring menandakan jam sudah tepat jam enam pagi. Intan mengumpul segala kekuatan memaksa dirinya untuk bangun mengerjakan solat subuh namun dia merasa bagai ada sesuatu yang menindih pinggangnya. Intan mula panik segera ditolehnya ke belakang, setelah dicamnya dengan teliti barulah dia menarik nafas lega.

“Emmet !! What are you doing?” bentak Intan. Emmet membuka mata namun dia tidak mengendahkan omelan Intan, Intan tak seharusnya marah kerana dia punya hak, dan mujur saja dia dapat menahan gejolak nafsunya kalau tidak… Emmet menarik semula tubuh Intan dan memeluknya erat.

“Tolong lepaskan saya!” Intan meronta-ronta merayu dilepaskan namun kudratnya tidak dapat menandingi kudrat lelaki Emmet.

“Awal lagi ni, kejap lagi kita bangun ya. Jom sambung tidur.”

“Banyaklah awak punya awal, dah lepaskan saya. Jangan sampai ssaya jerit, saya tak suka awak buat macam ni kat saya.” Ugut Intan.

“Abahhh tol~~”

Belum sempat Intan menjerit memanggil ayahnya, mulutnya terlebih dahulu ditekup lantas dicium oleh Emmet. Makin berang dan menyirap hati Intane apabila dengan selamba Emmet mencium mulutnya. Tangan Emmet dicubit kuat namun Emmet tertawa sambil menggosok tangannya.

“Amboi boleh tahan berbisa juga tangan bini aku ni.”

Dan hari itu terlakarlah sejarah, kucupan dan peukan hangat kali pertama mereka sebagai suami isteri, meski tanpa rela Intan. Semenjak dari itu Senyuman tidak lekang dari bibirnya sehinggakan adik iparnya turut merasakan perubahan senyuman abang iparnya yang pada mulanya bukan main sombong.

“Abang Emmet ni Ikmal perhati dari tadi abang asyik tersenyum tersengih sorang diri, abang dah kena[a?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience