BAB 1

Drama Completed 3098

“Sampai hati mak, Tolonglah!! Intan mohon anganlah mak suruh Intan buat benda yang di luar kemampuan Intan ni mak. Kita cakap soal masa depan Intan ni mak.Apa mak dah tak sayangkan saya ke mak?”Sungguh selama ni banyak benda yang Intan turutkan kata ibunya dan dia akur sahaja menurutnya tanpa ada sebarang bantahan namun kali ini dia tak dapat menerima cadangan ibunya Puan Maira.

“Astaghfirullah, Intan kamu ni janganlah cakap macam tu. Mak bukannya tak sayangkan kamu. Apa yang mak lakukan ini adalah demi masa depan kamu juga. Mak mohon agar kamu setuju kerana ini jelas-jelas untuk kebaikan kamu juga.” Ujar Puan Maira cuba memujuk anak gadisnya itu setuju dengan permintaan yang dicadangkannya, bahkan permintaan itu juga dari Mak Uda Intan yang meminta Intan menurut saja.

“Untuk masa depan Intan? Kebaikan? Cuba mak kata kebaikan apa yang saya dapat daari semua ini, sedangkan ini bukan permintaan Intan mak?”tanya Intan sedikit keras bagai sudah hilang sabar atas permintaan orang tuanya dan orang lain yang dirasanya menggulikan masa depannya. Tiadalah niatnya untuk menjadi si tanggang tapi baginya apa yang dituntut oleh mereka memerlukan pengorbanan yang besar.

“Intan, dah kenapa kamu cakap macam tu dengan mak abah kamu? Apa kau ingat mak suruh kau buat semua ini untuk kesenangan kami ke? Kalau kamu tak setuju tapi kamu jangan nak kurang ajar dengan mak Intan, ini balasan kamu bagi untuk mak selepas besarkan kamu selama ini? Ujar Puan Maira agak marah dengan apa yang Intan katakan.

“Cukuplah, Intan penatlah. Lebih baik Intan masuk bilik dari bertekak tak ada juga jalan penghujung yang memihak pada Intan.” Jawab Intan seraya terus terus beredar tanpa mempedulikan ibunya.. Keadaan semakin tegang, jika Intan masih bertegas di situ entah apa akan terjadi agaknya. Si ayah pula lebih selesa memilih untuk berdiam diri kerana menghormati keputusan anaknya, setuju atau tidak dia tetap menyokong kerana benar apa yang Intan katakan, ini adalah soal masa depan Intan sendiri dan memaksa bukanlah cara encik Edruce.

“Abahnya ni pun satu, dari tadi membatu. Bukan tau nak menyokong saya ke apa..”

“Eh awak ni, marah kat anak, kat saya pula dilepaskan amuknya. Sudahlah tu Ira, dah anak awak kata taknak, akur dan hormat saja permintaan anak awak itu. Soal masa depan jangan dibawa main, ini anak kita bukan anak orang lain, esok-esok kalau hilang anak sendiri tak kah naya?”

“Eh abang ni, adakah cakap macam tu, Apa yang saya lakukan adalah untuk selamatkan maruah keluarga kita bang.” Puan Maira cuba menegakkan pendiriannya sambil membuat mimic muka mengajuk kata-kata suaminya.

“Macam mana awak cakap anak awak kurang ajar sedangkan awak sendiri ibunya juga but benda yang sama sekarang ini!”’

“Eh, apa yang saya buat? Apa pula salah saya??”

“Apa awak tak sedar ke apa yang awak buat sekarang ini? Awak tahu tak berdosa seorang isteri meninggikan suara, mengherdik, melenting, marahkan suami apalagi mengajuk percakapan suami? Apa awak tak cermin diri sendiri ke?” ujar Encik Edruce seraya beredar dari ruang tamu.

“Nak ke mana pulak tu?”

“Eh nak ke dapur, minum lagi bagus dari tadi tekak kering kontang.”

“Ira minta maaf, Ira janji takkan buat lagi ya bang.”

“Yelah tu minta maaf, esok buat lagi kan?” jawab Encik Edruce seraya beredar keluar pula dari dapur selepas mematikan lampu dapur.

“Hah tu nak ke mana lagi bang oi?”

“Eh nampak tak hari dah malam, tengok tak kat dinding dah jam berapa? Awak nak tidur di bilik ke nak bentang cadar tidur kat ruang tamu? Dipersilakan, pilihan di tangan awak Maira oi.”

Seraya itu jugalah Puan Mairah meluru laju masuk ke bili tidur mendahului suaminya. Encik Edruce yang berada di belakangnya hanya menggeleng sahaja melihat perilaku isterinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience