Dalam talian telefon itu Ben hanya berdiam diri, tiba-tiba suara seorang wanita yang sudah berumur kedengaran dari panggilan yang datang dari telefon Fira. ''Hello.. saya mama si Ben, siapa nama kamu tu?'' kata wanita tersebut. "Iza, auntie...'' Iza menjawab dan sudah dapat meneka suara itu tidak lain tidak bukan adalah Ibu kandung Ben.
Perasaan Iza mulai berdebar. ''begini lah, Saya mau tanya apa hubungan kamu dengan si Ben?, sejauh apa hubungan kamu?''.
''Saya tidak tau apa yang Ben cerita dengan auntie, tapi saya cuma nak bagitau, saya dengan si Ben memang bercinta, dia pernah cakap nak lebih serius dengan saya dan nak kawen dengan saya...'' Iza menjelaskan sekaligus menjawab soalan yang di lemparkan kepadanya tadi.
''Oh...begitu pulak''mak Ben dengan pantas berkata lagi.
''Begini lah.. saya bukan tidak suka kamu berkawan, saya okay saja...tapi kalau sampai mahu berkahwin itu memang saya tidak boleh terima...saya tidak mahu Ben tukar agama ikut agama kamu, dan kamu tidak mungkin masuk agama kami kan..? lagipun bagi saya si Ben masih muda, dan dia belum sedia mahu pikul tanggungjawab besar lagi, jadi saya rasa kamu berkawan macam biasa saja, jangan lah sampai kahwin'' Terasa seperti panas seluruh muka Iza,matanya terus berkaca dan airmata yang deras tanpa Iza sedari telah membasahi pipinya.
Kata-kata dari Ibu kandung Ben yang telah sekejap tadi Iza dengar telah membuat hatinya sungguh hancur bagaikan terbalik dunia ini Iza rasakan.Kini Iza dapat meneka jawapan kepada persoalan yang menggangu fikirannya. Dia tahu kenapa sikap Ben tiba-tiba berubah dan Ben seolah-olah menjauhkan diri darinya.
Iza hanya terdiam dan mengharapkan Ben dapat membantu Iza untuk meyakinkan Ibunya mengenai keputusan mereka untuk berkahwin, kerana perasaan sayang Iza terhadap Ben semakin dalam.Iza sedar dia baru sahaja bercerai dengan Bekas suaminya,tapi Sikap penyayang yang ditunjukkan oleh Ben mungkin telah berjaya menawan hati Iza yang sedang terluka akibat perceraiannya yang lepas.
Ben hanya mampu berdiam dan Skali lagi Iza bertanya kepada Ben. ''Sayang kenapa boleh jadi macam ni..? kenapa baru sekarang nak cakap semua ni...? sebelum ni saya sudah pesan, tolong jujur dengan Orang tua kamu pasal kita..'' sambil teresak-esak Iza bertanya kepada Ben.
''Ya.. saya tau semua tu, sejak si Ben cakap dia mau serius dengan kamu, saya sudah bagitau si Ben, terus terang dengan kamu, saya tidak setuju kalau sampai si Ben perlu tukar agama semata-mata ingin mengawini kamu,saya minta kamu faham maksud saya'',kata Ibu Ben lagi.
Iza kecewa dengan Ben kerana sanggup menipu dirinya dan meyakinkan Iza bahawa keputusan untuk berkahwin dengan Iza di restui oleh kedua orang tuanya.Sepatutnya dia memberitahu Iza lebih awal lagi, supaya Iza tidak terlalu melayani perasaannya sendiri, dan tidak meletakkan harapan pada hubungan mereka.
Panggilan telefon di matikan oleh Iza, kepalanya mulai terasa pening dan nafasnya mulai tersekat-sekat, kerana menahan sebak,Iza berlari memasuki tandas yang berhampiran dengan tempat dia berdiri tadi kerana tidak ingin orang lain perasan apa yang sedang tejadi... Iza cepat-cepat masuk ke tandas untuk membasuh muka dan Iza cuba menenangkan diri.
Tiba-tiba sekali lagi Iza hampir jatuh di tandas, seluruh badannya terasa lemah, nasib baik ketika itu ada seorang operator sedang masuk ke tandas dan sempat menarik badan Iza daripada jatuh terhempas ke lantai.
Iza diberikan MC selama 3 hari lagi.Iza hanya berehat di bilik dan Wan cuba menjadi pendengar yang baik, kali ini Iza meluahkan semuanya kepada Wan, kalau dulu Iza meluah tentang masalah rumahtangganya, sekarang Iza meluah rasa kecewa kerana kesilapan dari dirinya sendiri,terlalu cepat membuat keputusan untuk membuka ruang dan membiarkan Ben mengambil kesempatan untuk meminta Iza menerimanya sebagai kekasih. Akhirnya Ben berjaya berdarahkan kembali luka yang sedia ada di hati Iza.
Setiap hari bagaikan tiada erti bagi diri Iza, dia hanya memaksa dirinya pergi berkerja kerana tidak ingin fikirannya terus di ganggu dengan memikirkan kesakitan hatinya terhadap Ben, bagi Iza tiada kata maaf untuk Ben dan dia nekad tidak ingin mengenali atau mendengar nama Ben lagi.
Share this novel