Bab 10

Romance Series 6882

Masa Iza banyak di terluang dengan menyanyi di 'Smule' , bermain Games online 'Mobile Legend' dan melayari sosial media seperti Fac, Instagram dan Twitter.

Seperti biasa memang sudah tidak boleh dinafikan lagi ramai lelaki yang ingin mendekati Iza, tetapi Iza hanya membiarkan sahaja setiap chat yang masuk di fac messenger, sesekali Iza hanya membuka dan tidak akan membalas chat-chat yang diterima, bagi Iza semua lelaki di media sosial itu hanya ingin bermain-main sahaja tidak ada yang ingin mengenalinya untuk berhubungan serius.

Hari Ini Iza balik kerja seperti biasa dia cuma bezanya hari ini Iza tidak pergi ke gym kerana setiap pagi sebelum tidur Iza akan ke gym kemudian Iza akan balik ke bilik mandi dan tidur. Pagi ini Iza terasa sedikit malas untuk ke gym.

Iza membuka fac dan seperti biasa terdapat beberapa chat yang diterima, kali ini Iza membuka Chat dari seorang lelaki yang bernama 'Muhammad Sallehuddin'... ada satu chat yang bertulis ''Assalamualaikum..hai'' bertarikh 12 Ogos 2020 itu tidak di balas oleh Iza, dan sekali lagi chat yang sama diterima oleh Iza bertarikh semalam 20 ogos 2020,setelah membuka profile fac lelaki itu,Tiba-tiba hatinya terasa ingin membalas chat dari lelaki itu kerana Iza merasa lelaki itu sangat misteri dan hanya beberapa posting tetang agama yang ada di fac lelaki itu.

Perasaan Ingin mengenali lebih dekat dengan lelaki itu tiba-tiba muncul dihati Iza.Chat dari lelaki itu dibalas dengan menjawab salam yang diberikan.''Waalaikumsalam'' balas Iza.

Tidak lama kemudian chat yang dikirim oleh Iza dibalas, Iza membuka chat tersebut Setelah Iza dan Sallehuddin memperkenalkan diri masing-masing, ''iisshhkkk.. ni kalau aku layan melarat ni" kata Iza di dalam hati, Iza menamatkan perbualan mereka di messenger kerana nak berehat.Malam ini adalah malam terakhir Iza berkerja di minggu ini.

Tanpa disangka hubungan Iza dengan Sallehuddin bertambah erat, sikap romantis dan layanan Sallehuddin terhadap Iza telah membuka pintu hati Iza untuk menerima Sallehuddin bertakhta didalam hatinya.

Hari demi Hari kegembiraan Iza semakin terasa,tetapi hatinya tetap rindu akan anak-anaknya, cuma sekarang dia sudah boleh membiasakan diri berjauhan dari anaknya, rutin hariannya kini akan bertanyakan khabar anaknya melalui telefon dan selepas itu dia akan melayani Sallehuddin dengan membuat panggilan video, biasanya sebelum memulakan kerja Sallehuddin akan membuat panggilan video dengan Iza, masa makan tengahari juga dia akan menghubungi Iza untuk berbual dan hanya untuk melihat wajah Iza.

Setelah 2 minggu mengenali Sallehuddin, Pada satu malam semasa Iza berkerja OT, Sallehuddin mengajak Iza untuk berjumpa dan membawa Iza untuk tidur bersamanya, Pada mulanya Iza menolak, tapi Sallehuddin sudah berjanji untuk menikahi Iza dan tak akan meninggalkan dirinya, kerana terlalu polos dan mempercayai Sallehuddin Iza bersetuju.

"Abang dah dekat luar ni.." kata Sallehuddin,dia menunggu Iza di luar kawasan kilang Iza,

Dalam beberapa minit kemudian Iza pun keluar dari kawasan kilang. Sallehuddin membawa Iza balik ke hotel tempat Iza menginap,kerana Iza perlu mengambil barang-barang dan pakaian kerana esok adalah Hari Raya Aidil Adha. Iza telah berjanji dengan kak Zahra untuk datang ke rumah bersama-sama merayakannya.

Sallehuddin membawa Iza ke satu hotel murah yang terletak di kawasan Geylang, entah kenapa hati Iza terasa sangat risau dan tidak selesa, kerana selepas bercerai dia tidak pernah terlintas untuk masuk ke hotel bersama seorang lelaki.Iza cuba memujuk hatinya bahawa tidak akan terjadi apa-apa antara dia dan Sallehuddin pada malam itu

Di dalam bilik hotel itu, Iza dan Sallehuddin masing-masing berkongsi cerita tentang bekas pasangan mereka, Dan Sallehuddin juga sempat merancang ingin mengadakan majlis nikah bersama Iza nanti di rumahnya di Johor Bahru, Keyakinan Iza terhadap Sallehuddin kini sudah tidak diragukan lagi.

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi, Iza berkata dia letih dan ingin melelapkan mata sebentar kerana esok pagi dia akan ke rumah kak Zahra, Sallehuddin menyuruh Iza tidur dahulu kerana dia ingin merokok di dalam toilet.

Tanpa sedar Iza sudah terlelap, tiba-tiba terasa seperti ada tangan mengusap rambutnya, tubuh Iza di rangkul oleh Sallehuddin kerana Sallehuddin agak tinggi dan berbadan sedikit sasa, tubuh Iza dirangkul sangat senang, Iza membuka mata dan terkejut dia sudah berada di dalam pelukan Sallehuddin.

Kerana perasaan sayang yang mendalam dan hasutan syaitan pada masa itu, Iza hanya merelakan tubuhnya diraba, di perlakukan apa sahaja oleh Sallehuddin. Malam itu dirinya diperlakukan seperti seorang isteri yang harus melayani suami. Sallehuddin menikmati setiap inci tubuh Iza, kulit Iza yang putih mulus, telah menaikkan lagi keghairahan Sallehuddin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience