Bab 11

Romance Series 6882

Keesokan paginya, setelah penat melayani Sallehuddin, Iza terasa tubuhnya masih dipeluk erat oleh Sallehuddin, dia hanya terfikir jika Sallehuddin meninggalkan dirinya alangkah sakit dan dia tidak dapat membayangkan bagaimana kehancuran yang akan terjadi pada dirinya nanti,apatah lagi dia sudah pun melakukan perbuatan yang tidak patut dia lakukan sebelum menikah.

Dengan suara yang sedikit sayu bercampur dengan bermacam-macam perasaan,takut,risau,bersalah dan perasaan tidak ingin ditinggalkan begitu sahaja oleh lelaki yang telah merasa kenikmatan tubuhnya, Iza melontarkan pertanyaan kepada Sallehuddin, "awak betul ke nak nikah dengan saya?"... Sallehuddin melepaskan pelukannya dan menarik nafas panjang lalu melepaskan nafasnya lagi.

"Kita uruskan perlahan-lahan okay.." sambil memandang ke arah Iza dia menjawab, Iza tau semua tak semudah yang dia fikirkan, tapi dia juga berhak tau apakah dirinya hanya sebagai tempat memuaskan nafsu lelaki itu atau dirinya benar-benar dijadikan teman hidup.

Jam tangan G-Shock di atas meja dicapai Iza dan terlihat sudah hampir pukul 10 pagi, Sallehuddin memang memanjakan Iza dengan membelikan Iza jam jenama G-Shock kerana Iza meminati jam jenama tersebut, Iza bergegas ke bilik air lalu membersihkan tubuhnya.

Selesai mengenakan baju dress polos dan shawl berwarna pink dengan sedikit make up Iza kelihatan sangat cantik, Sallehuddin memandang Iza sambil tersenyum dan berkata "cantiknya bakal isteri abang ni"... Iza sangat gembira mendengar apa yang dikatakan Sallehuddin tadi, hatinya berbunga dan kegembiraannya tidak dapat digambarkan. Sallehuddin menempah grab untuk Iza ke rumah kakak angkatnya, Setelah sampai di rumah kakak angkatnya Iza menjamu makanan yang dimasak sempena hari raya Aidil Adha.

Bermacam-macam lauk yang dimasak oleh kak Zahra, setelah selesai menjamu selera, kak Zahra mengajak Iza keluar bertemu kawannya bersama mak angkat Iza. Hari itu seharian Iza menunggu panggilan atau Whatsapp dari Sallehuddin, Iza hairan kenapa Sallehuddin tidak menghubunginya.. dengan tidak berfikir panjang Iza cuba menghantar satu WhatsApp kepada Sallehuddin, hampir 15 minit kemudian barulah Sallehuddin membalas text WhatsApp yang dihantar oleh Iza, Sallehuddin memberi alasan yang dirinya keletihan dan tertidur sampai ke petang.

Iza hanya mempercayai kata-kata yang keluar dari mulut Sallehuddin tanpa sebarang kecurigaan. Setelah penat berjalan dengan kak Zahra ,Iza dihantar balik semula ke mandarin hotel tempat Iza menginap. Sampai jer dekat bilik hotel Iza merebahkan badan di atas tilam yang empuk, maklumlah hotel bertaraf 5 bintang.

"she will be loved.." ringtone telefon Iza berdering, Iza tersedar dari lenanya, dengan mata yang berat Iza melihat screen telefon terpapar nama Sallehuddin, dan Iza melihat jam sudah menunjukkan pukul 9 malam, Astagfirullahaladzim... Iza berkata dalam hati, kerana tidak menyangka dirinya akan terlena sampai pukul 9 malam. Iza menjawab panggilan telefon dari Sallehuddin, "sayang buat ape?.." Sallehuddin bertanya kepada Iza, kerana perasan Iza agak sedikit terlewat menjawab panggilan darinya.

"sayang terlelap tadi lepas balik dari keluar dengan kak Zahra" jawab Iza..
"sayang mandi dulu lah nanti call lagi" Iza ingin mengakhiri perbualannya. Dengan pantas panggilan suara di tukar kepada panggilan video oleh Sallehuddin, Iza bertanya " kenapa nak video call pulak? kan sayang nak mandi", Sallehuddin menjawab "Alaa.. abang nak tengok sayang mandi,xpe lah sayang mandi jer abang tengok".

"Amboii, gatalnya abang ni.." Iza pun mencapai tuala yang tersedia dan menuju ke bilik mandi, Iza meletakkan telefonnya di satu sudut jauh sedikit dari paip air dalam bilik mandi tersebut, supaya telefonnya tidak terkena air, dan Iza pun menanggalkan bajunya sambil mulai mandi. Sallehuddin hanya memerhatikan gerak geri Iza sambil sekali sekala berkata "geramm abang tengok sayang ni..rindu la dekat sayang".

Iza hanya tersenyum, dan meneruskan mandi. Setelah selesai mandi Iza mencapai tuala dan mengeringkan badannya, dan membawa telefonnya ke keluar dari bilik mandi lalu meletakkan pula telefonnya di atas katil sambil memakai baju, setelah selesai Iza berkata "Abang tido lah.. esok kan kerja, sayang takpe sebab sayang kerja malam", lalu Sallehuddin pun mematikan panggilan dan menghantar emoji "love" kepada Iza sebagai tanda dia menyayangi Iza.

Kegembiraan Iza sudah tidak dapat dibendung lagi kerana matanya sudah tidak melihat ada sebarang kecurigaan pada layanan Sallehuddin terhadap dirinya. Pada Iza kasih sayang yang dia berikan pada Sallehuddin itu cukup tulus dan walau berapa ramai lelaki yang ingin mendekati dirinya hanya Sallehuddin lah yang bertakhta di hatinya.

Hubungan Iza dengan Sallehuddin sudah hampir 3 bulan, dalam masa itu Iza dan Sallehuddin sering meluangkan masa bersama dihujung minggu dengan menempah bilik hotel bersama sehingga hubungan mereka sudah seperti suami isteri. Bilik hotel yang ditempah sering menggunakan duit Iza atau hanya separuh dibayar oleh Sallehuddin, sudah menjadi kebiasaan pada Sallehuddin meminta Iza memasak lauk kegemarannya iaitu udang masak sambal, apabila mereka berjanji untuk tidur bersama.

Kerana Iza memang gemar memasak dan pulak masakan yang dimasak oleh Iza sering mendapat pujian dari kawan-kawannya dan Sallehuddin, Iza merasa tidak keberatan untuk memasak walaupun hanya menggunakan periuk nasi di hotel itu.

Seperti biasa hujung minggu kebetulan hari itu Iza cuti, Sallehuddin telah menyuruh Iza untuk membeli bahan untuk dimasak dan memberikan separuh duit dari harga sewa bilik hotel yang akan ditempah oleh Iza. Petang itu kawan sebilik Iza bertanya kemana Iza hendak pergi kerana sering tidak nampak kelibat Iza di bilik hotel atau di kawasan hotel apabila mereka cuti, Iza hanya memberi alasan balik ke rumah kakak angkatnya yang berada di Jurong west dan menginap di sana sepanjang cuti.

Setelah selesai Iza memasak udang sambal untuk dibawa bersama ke hotel yang telah ditempah tadi, Iza meninggalkan sedikit lauk untuk kawannya tadi. Dengan hati yang gembira Iza segera meninggalkan hotel tempat dia menginap untuk ke hotel lain yang telah ditempah tadi untuk bertemu dengan Sallehuddin.

Apabila sampai sahaja Iza di hotel tersebut Sallehuddin sudah pun menunggu Iza di lobby hotel dan mereka mendaftar di ruang lobby hotel untuk mendapatkan kunci bilik mereka.

Setelah selesai Iza dan Sallehuddin naik ke bilik dan seperti biasa, Sallehuddin sudah tidak dapat menahan kerinduannya pada Iza dengan pantas dia merangkul pinggang Iza dan mencium bibir Iza yang kemerahan, sambil tangannya meraba buah dada Iza, beberapa minit kemudian Iza melepaskan dirinya dan meminta untuk membersihkan diri dahulu kemudian menghidangkan makanan untuk Sallehuddin, kerana dia tahu selepas itu dirinya akan keletihan melayani Sallehuddin.

Selesai mereka makan bersama, Iza mengemas meja yang mereka gunakan dan menukar bajunya kepada baju tidur yang seksi, kerana Sallehuddin suka Iza mengenakan baju yang sangat seksi apabila tidur bersamanya, kerana itu menaikkan lagi nafsunya apabila melihat Iza dalam pakaian tersebut. "sayang cepat lah, abang dah tak sabar ni.." Sallehuddin merenung ke arah Iza sambil memberi isyarat bahawa dirinya sudah tidak sabar menunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience