Bab 7

Romance Series 6882

Hari demi hari hubungan Ben dengan Iza bertambah mesra, mereka tidak pernah bersemuka tetapi perasaan sayang antara mereka, seumpama mereka berada dekat antara satu sama lain.

Perasaan bimbang Iza telah mencetus pergaduhan antara dia dgn Ben. "sayang awak ada bagitau mak ayah awak pasal kita?".. Tiba-tiba soalan itu keluar dari mulut Iza.

"sudah Saya bagitau.."jawab Ben, dengan perasaan tidak sabar Iza ingin tau reaksi kedua org tua Ben. " apa mak ayah awak cakap?.. mereka tau saya beragama Islam?.. " soalan demi soalan Iza tanyakan kepada Ben.

Kerana takut Iza akan marah dan terasa hati Ben hanya menjawab '' bila tiba masanya,nanti saya akan cerita semua dengan orang tua saya''.Iza terus merasa curiga dengan Ben, kerana Ben tidak menjawab soalannya tetapi hanya meminta waktu untuk Iza bersabar, Iza bimbang sebab Ben dan Iza masing-masing berlainan agama. Iza juga risau kerana Iza berstatus janda anak 4, sedangkan Ben masih bujang dan beberapa tahun lebih muda dari Iza.

Selepas sahaja Ben memberikan jawapan itu tadi, Iza merajuk dan berkata dengan Ben, '' baik awak fikir betul-betul, jangan disebabkan saya, nanti awak membelakangkan keluarga awak...saya tak suka''.Kening Ben berkerut dan dari pandangannya melihat Iza,Iza tau Ben sedang marah.

Iza berkali-kali melihat telefonnya, harapannya Ben akan menghubunginya atau menghantar pesanan melalui whatsapp, tetapi harapannya hampa... sudah hampir 3 hari Ben tidak menghubunginya, semenjak perbualan mereka tempoh hari berkenaan Orang tua Ben. Ben memutuskan panggilan telefon tanpa berkata sepatah pun.

Iza merasa sedikit kekok kerana selalunya Ben akan menemaninya tidur sambil memainkan gitar dan menyanyi untuknya. Tidak dinafikan Iza sebenarnya seorang perempuan yang manja, dia akan menunjukkan sikap manjanya dengan orang-orang yang dia sayang sahaja.

Iza membuat keputusan untuk mencari info tentang Ben melalui Syafiq, keputusan Iza menghubungi kawan Ben diterima baik oleh Syafiq.Syafiq adalah kawan Ben semasa Ben belajar di salah sebuah kolej swasta di kota Kinabalu, Sabah. Sebelum Ben membuat keputusan untuk berkerja di Kuala Lumpur dia sempat memasuki Kolej swasta selama beberapa tahun.

Syafiq kenal rapat dengan Ben, Segala cerita mengenai Ben telah di ceritakan oleh Syafiq kepada Iza. Tapi bagi Iza apa yang Syafiq ceritakan kepadanya itu hanyalah kisah lampau Ben, mungkin dia telah berubah.

Apa yang penting bagi Iza sekarang adalah, dia dapat bercakap dengan Ben, dia ingin Ben menjelaskan apa yang terjadi sebenarnya kerana.. bagi Iza alasan untuk Ben memarahinya sehingga tidak menghubungi Iza beberapa hari adalah perkara yang masih boleh di bincangkan. I

Iza meminta bantuan Syafiq untuk menghubungi Ben dan menyampaikan pesanan Iza.Selebihnya nanti Iza sendiri akan selesaikan dengan Ben.Iza memang tidak suka orang lain masuk campur dalam masalah peribadinya.

Hari mendung, Iza tidak kemana-mana hari ini kerana cutinya hanya 2 hari, Iza nak ke dobi untuk membasuh baju. Iza masih menunggu Ben untuk menghubunginya, kerana usaha Iza untuk menghubungi Ben tidak berhasil,apabila Iza cuba nak call Ben jer usahanya selalu gagal,kerana Ben sellu reject panggilan dari Iza.

Iza meminta Ayu menemaninya ke dobi kerana Ayu juga nak basuh baju.Tiba-tiba 1 pesanan whatsapp diterima Iza, cepat-cepat Iza membuka password telefonnya untuk melihat siapa yang menghantar pesanan tersebut.

Alangkah gembiranya Iza, apabila nama Ben tertera di telefonnya, sebaik sahaja Iza membaca apa yang ditulis oleh Ben dalam whatsapp tersebut airmata Iza mengalir deras. ''jangan ganggu saya lagi,saya tau kau ada hubungan dengan Syafiq, kalau kau suka sangat dengan Syafiq kau pergi la pilih dia, buat apa cari saya lagi'' pesanan yang ditulis oleh Ben.

Iza sangat terkejut dan kecewa kerana tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menyimpan perasaan pada Syafiq,bagi Iza Syafiq adalah kawannya juga seperti Ben berkawan dengan Syafiq, tidak lebih dari sekadar kawan.

Tuduhan yang dilemparkan oleh Ben langsung tidak masuk akal bagi Iza. Iza cuba memujuk dan menerangkan tujuan sebenar kenapa Iza menghubungi Syafiq. Iza juga screen shot semua conversation antara dia dengan Syafiq dan menghantar kepada Ben untuk dijadikan bukti supaya Ben percaya dan mengharap Ben memaafkan dirinya.

Usaha Iza sia-sia, Ben langsung tidak memberi kesempatan dan peluang pada Iza. Kini hati Iza terluka lagi, Iza kembali stress dan menyendiri kerana hatinya hancur,hanya kerana kesilapannya menghubungi Syafiq, Ben salah faham terhadap dirinya ..

Wan perasan dengan perubahan Iza, sesekali Wan memberikan nasihat, "kak sudah-sudahlah kau fikir pasal lelaki tu, kau masih cantik, ramai lagi lelaki yang nakkan kau..'' Wan mengharap dapat menenangkan hati Iza, tetapi airmta Iza terus mengalir sehingga dia keletihan dan tertidur.

Walaupun dalam keadaan stress dan patah hati Iza tetap berkerja seperti biasa, cuma selera makannya kurang Iza lebih memilih tidur daripada makan.

Harini mood Iza happy sikit sebab baru lepas menelefon anak-anaknya di kampung,hanya dengan melihat anak-anaknya tersenyum dan gembira di dalam telefon dapat mengembalikan semangat Iza sedikit demi sedikit.

Iza ada membelikan anaknya telefon pintar, dan sedikit alat-alat untuk keperluan sekolah anaknya.Petang itu..Iza pergi kerja macam biasa, dan Iza sudah boleh tersenyum, Hampir seminggu Ben tidak lagi menghubungi Iza.

Pukul 1 pagi...Waktu rehat sudah tiba, Iza membuka lockernya untuk mengambil telefon dan niat ingin main game sambil menunggu masa rehatnya habis, Iza tidak berasa lapar kerana dia sudah terbiasa tidak makan waktu malam.Sebaik sahaja dia membuka password telefonnya, ada beberapa pesanan whatsapp dari Fira adik kepada Ben, '' kakak kena kuat, saya tidak tau macam mana nak tolong akak, si abang tu memang keras kepala, bagi dia masa dulu untuk bertenang''... pesanan yang di terima dari Fira.

Iza tidak berpuas hati... Iza membuat panggilan whatsapp kepada Fira, Iza bertanya apa salah dirinya sehingga Ben begitu membenci dirinya dan menjauhkan diri..,,?? '' kak sabar dulu ya.." kata Fira.

Semasa masih di dalam talian Iza membuat 'Group Call' dengan menambah 1 lagi panggilan iaitu Ben. Iza ingin mendengar sendiri dari mulut Ben bahawa dia tidak lagi mahu ada hubungan dengan Iza. Memang tidak di nafikan bukannya Iza tidak boleh mencari lelaki lain, sedangkan ada saja lelaki yang ingin mendekati dirinya, kerana Iza mempunyai rupa paras yang cantik, kulitnya yang putih gebu,serta sikap Iza yang tidak sombong dengan orang, ditambah lagi tubuh badannya juga tidak seperti wanita yang sudah mempunyai anak 4 orang.

Memang Iza sering di ganggu oleh lelaki yang ingin berkenalan dengan dirinya, kadang-kadang nombor yang tidak dikenalinya silih berganti menghantar teks whatapps kepada Iza. Cuma saja Iza bukan jenis yang suk melayan lelaki tidak tentu pasal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience