Kini sebulan telah berlalu hati Iza semakin pulih, dia sengaja membuat dirinya sibuk dengan aktiviti-aktiviti seperti gym, kadang-kadang Iza pergi ke kolam renang atau keluar sendirian berjalan-jalan walaupun tanpa arah tuju.
Bagi Iza Ben adalah hanya sebuah memori dan kesilapan yang tidak dapat dia lupakan. Kehidupan Iza berjalan seperti biasa, dia pergi kerja, dia meluangkan masa bersama kawan-kawannya.Kini hal yang menyakitkan hatinya itu sudah tidak menggangu aktiviti hariannya lagi.Iza sudah boleh tersenyum dan ketawa seperti biasa, ternyata 'Healing' bukanlah hal yang susah bagi Iza.
Satu berita telah disampaikan oleh supervisor Iza, iaitu semua pekerja yang tinggal di hotel akan diberikan masa 3 bulan lagi untuk menginap di hotel tersebut kerana pihak kilang tidak lagi membiayai kos penginapan mereka di hotel itu.
Iza membuat panggilan untuk menghubungi kakak angkatnya Kak Zahra, Iza mengenali Kak Zahra daripada 1 aplikasi nyanyian 'SMULE'. ''Assalamualaikum...kak,apa khabar?, saya ade dekat singapore ni, nanti ade masa saya nak datang rumah akak boleh tak..?.
''Waalaikumsalam..Iza, yer datang jer adik,akak alhamdulilah sihat dik, nak datang bagitau dulu..'' kata Kak Zahra. Iza happy apabila Kak Zahra mengalu-alukan kedatangannya.
Iza tak sabar nak berjumpa dengan Kak Zahra kerana selama mereka kenal Iza dengan Kak Zahra hanya berhubung melalui chat di Whatsapp atau Smule sahaja. Kali ini mereka akan bersemuka, Iza memberi salam.. ''Assalamualaikum..''sambil menekan loceng pintu yang ada di luar rumah.
Alamat yang diberikan oleh Kak Zahra di lihat berulang kali, risau kalau-kalau alamat yang diberikan tidak sama dengan alamat yang dituju, kerana Iza belum terbiasa dengan tempat-tempat di singapore lagi.
Pintu rumah dibuka oleh seorang perempuan bertubuh kecil dan kurus, kelihatannya seperti orang asing.Iza sepertinya dapat meneka itu adalah 'bibik' pembantu rumah Kak Zahra.
"silakan masuk kak" kata Mira, pembantu rumah kak Zahra yang sempat memperkenalkan dirinya sebentar tadi kepada Iza.
Iza masuk dan terus duduk di ruang tamu rumah itu, kelihatan seorang lelaki yang agak berusia lebih kurang 50-an sedang duduk di ruang tamu, dan menyapa Iza,kemudian seorang budak perempuan lebih kurang sebaya anak kedua Iza menyambut kedatangannya dengan menghulurkan tangan bersalaman dengan Iza.
Andaian Iza betul ternyata itu adalah suami dan anak perempuan kak Zahra iaitu (Wina). Tidak berapa lama kemudian seorang perempuan agak sedikit berusia dari lelaki tadi keluar dari bilik dengan dibantu oleh bibik yang lain kerana di rumah itu terdapat dua orang bibik, kerana menurut kak Zahra,salah seorang bibik di rumah itu ingin berhenti kerja kerana tempoh pas pekerjanya Sudah hampir tamat dan akan balik ke kampung halamannya.
Rumah kak Zahra agak sedikit luas dari rumah yang sebelum ini Iza pernah lawati di negara Singapura.Rumah kak Zahra juga di duduki oleh 8 orang iaitu, kak Zahra ,Suami kak Zahra, Nenek (nenek kepada kak Zahra) , Fahmi dan Azri(anak lelaki kak Zahra), Wina (anak perempuan kak Zahra) dan juga 2 orang bibik (Mira dan Tari).
Selama beberapa jam berada di rumah kak Zahra Iza berkongsi cerita tentang peribadinya dan telah bercerai dan keadaannya selama di Singapore. Kak Zahra menawarkan Iza untuk duduk dan tinggal di rumah kak Zahra selama berada di Singapore sampai border buka semula.
Iza terasa dirinya di beri perhatian oleh kak Zahra seperti adik kandung. Kerinduannya kepada keluarga terubat sedikit sewaktu bertemu dengan kak Zahra.
Share this novel