Sudah hampir seminggu Iza dan rakan sekerja berada di singapore,dan hampir setiap hari Iza mengikuti perkembangan berita mengenai wabak Covid-19 yang sedang berleluasa... ''hhmmm...macam tiada tanda-tanda nak menurun jer kes covid ni..'' keluh Iza.
Di tempat kerja pulak supervisor Iza sentiasa memberikan update kepada pekerja-pekerja dari malaysia yang sanggup stay di singapore, berjauhan dari family, ada juga di antara mereka yang sanggup meninggalkan anak yang masih bayi.
Hari demi hari Iza menunggu khabar dari media sosial, dan update dari kerajaan singapore...
''haiiii... bilalah border nak buka ni, haritu cakap seminggu jer stay ni dah nak dekat sebulan..'' Iza membebel sendiri di dalam hati.
Genap 14hari berada di singapore, Company tempat Iza berkerja memberikan elaun sebanyak $500 dolar kepada setiap seorang operator dari malaysia yang stay di hotel... Dan satu lagi berita baik yang disampaikan oleh supervisor Iza iaitu, Elaun sebanyak $1000 dolar akan di berikan setiap bulan... alangkah gembiranya Iza masa mendengar berita tersebut, '' alhamdulillah... aku dapat bagi duit lebih untuk family di kampung,lagipun sekarang tengah covid ramai yang takde kerja'' .. Iza bercakap didalam hatinya.
Rutin harian Iza selama berada di Singapore adalah, kerja... kerja... dan cukup bulan Iza akan shopping barang-barang untuknya sendiri dan Iza juga bangga dengan dirinya kerana dengan hasil titik peluhnya dia dapat membelikan anak-anaknya baju baru, telefon bimbit setiap sorang satu telefon, termasuk ibunya juga dapat diberikan telefon bimbit baru.
2 bulan telan berlalu, selain sibuk berkerja Iza juga sempat melayani online games, Mobile Legend adalah game online yang Iza minati untuk mengisi masa lapangnya... kerana aktif bermain online game Iza semakin rapat dengan lelaki bernama Ben, Ben semakin berani meluahkan perasaan sayangnya kepada Iza, tidak dinafikan dalam keadaan terluka Iza sempat membiarkan perasaannya terus melayani Ben sehingga mereka pernah menyebut tentang perkahwinan.
Iza berpindah bilik iaitu dia meminta reception memindahkan namanya berdaftar di bilik Wan, kerana Iza lebih selesa bersama Wan dari orang lain, permintaannya dia tunaikan... kini Iza sebilik dengan Wan, Iza dan Wan happy dapat menginap dalam 1 bilik... ''wan besok kita beli barang-barang untuk masak, macam nak bawa bekal lah pegi kerja...'' Iza berkata, '' jom lah saya ada periuk nasi haritu sempat beli tapi masak nasi jer x berani masak lauk... hahaha'' Wan membalas sambil ketawa kecil...
Tidak dinafikan Iza seorang yang pandai memasak, Iza dan Wan sudah tidak membeli makanan yang sudah masak dari luar lagi, cuma sekali sekala ada kalanya mereka teringin memesan makanan daripada food panda atau grab food, ''kak besok saya nak masak lebih sikit ada kawan saya nak tumpang bawa bekal, nanti diorang bagi duit untuk beli beras dan lauk-lauk untuk kongsi'' kata Wan..
''okay boleh jer.. nanti kalau aku yang masak,aku lebihkan sikit...'' kata Iza pulak, Iza memang gemar memasak sehingga lauk-lauk yang dimasak di dalam periuk nasi pun sesedap seperti dia masak di atas dapur gas...
Tidak lama lagi bulan puasa tiba, Iza dan Wan pun semakin happy menginap bersama. Sesekali apabila off day kawan-kawan dari branch Ang Mo kio datang melepak di bilik mereka, Wan turun memperkenalkan Iza kepada kawan-kawannya, Semua kawan-kawan Wan suka dengan Iza.
''Kak sudah lah... jangan lagi kau menangis, aku tengok kau tu dah la, asyik OT x cukup rehat, pastu selalu fikir masalah, apa lagi yang family abang Fendy cakap dengan kau ni..?'' soal Wan apabila melihat Iza menangis sambil berbaring melihat telefonnya...
''aku tak tau la Wan, semua adik beradik Fendy termasuk mak dia sekali salahkan aku pasal kes perceraian kami ni,.. mak dia cakap aku sengaja tak nak berbaik semula dengan Fendy sebab aku ada lelaki lain,..'' kata Iza mengadu dekat Wan,
'' haiishhhh diorang tak paham ke..? korang kan dah cerai talak 3'' kata Wan lagi sambil geleng kepala dalam keadaan marah...
Kesihatan Iza semakin terganggu akibat terlalu stress, dah la dia kena fikir untuk menanggung family di kampung, perbelanjaan anak-anak semua Iza kena fikirkan, Family bekas suaminya pulak selalu mencari kesalahan Iza,Setiap kali buka Fac ada saja sindiran dari keluarga bekas suami Iza.
Share this novel