''u okay x??.." Miko bertanya kepada Iza sambil memapah Iza untuk duduk di kerusi yang ada di depan meja leader, Miko adalah Leader di tempat kerja Iza.Tak tahu kenapa tiba-tiba badan Iza terasa ringan seperti ingin rebah ke lantai, nasib baik kebetulan pada masa itu Miko lalu untuk memantau keadaan production, ''Iza...Iza..buka mata jangan tutup mata kau..'' kata Zel pulak, sejak akhir-akhir ini Iza mulai rapat dengan Zel. Zel pulak adalah senior operator dan juga Incharge dalam department yang sama dengan Iza.
Zel mengurut kepala Iza sambil memicit leher Iza, Leher Iza kelihatan sedikit membengkak,dengan mukanya mulai pucat, mungkin sebab masa berbuka puasa tadi Iza hanya minum dan makan sedikit roti, sudah seminggu Iza tidak lalu untuk makan nasi dari sebelum puasa haritu.
Supervisor Iza meminta operator lain untuk membantu Zel membawa Iza berehat di level 1 berhadapan dengan office security. ''nah... kau pegang telefon ni, nanti kalau kau nak pergi toilet ke,atau nak ape-ape call jer dalam production'' pesan Zel pada Iza.
Sesekali Zel menjenguk Iza di bawah, dan dia membawakan minuman panas untuk Iza, ''aku nak pergi toilet..'' kata Iza. Zel membawa kerusi roda untuk Iza, badan Iza lemah sukar untuk dia berdiri. Zel menolak kerusi roda untuk membawa Iza ke toilet.
Iza bertuah kerana mengenali Zel, Zel seorang kawan yang baik, Zel berasal dari Sarawak dan Iza pulak berasal dari Sabah. Sabah dan Sarawak negeri berjiran dan banyak persamaan dari segi cara hidup dan adat di kedua-dua negeri itu.
Zel menghantar Iza kembali ke sofa untuk berehat dan tidak lama kemudian seorang lagi operator menemani Iza untuk ke klinik berhampiran, kerana supervisor Iza risau dengan keadaan Iza.
Waktu berkerja sudah tamat, Zel dan beberapa kawan-kawannya datang untuk membawa Iza naik ke dalam bas kilang yang akan membawa mereka balik ke hotel penginapan mereka.
Sampai sahaja di hotel, pihak hotel juga menyediakan kerusi roda untuk membawa Iza sampai ke biliknya. '' kak kenapa ni?'' soal Wan, Zel menjawab.. ''tadi dia pengsan di tempat kerja, biar lah dia rehat dulu, dia dapat MC untuk 4 hari''.
Selama 3 hari berpuasa Iza hanya menjamah roti, susu dan kurma sahaja, badannya juga semakin susut, dengan permintaan kerja lebih masa (OT) yang semakin banyak.. Iza sering di panggil untuk datang OT, kerana Iza adalah salah seorang pekerja yang pantas menyiapkan output yang di minta oleh leader.Sepanjang berkerja di sana Iza selalu mendapat pujian kerana apa saja kerja yang di minta Iza boleh melakukan kerja tersebut dengan pantas dan sempurna, walaupun kerja itu baru dia pelajari.
Dalam seminggu Iza hanya berehat 2 atau 1 hari sahaja, waktu lainnya dia akan melakukan OT. Sampai Wan selalu membebel menasihati Iza supaya jangan terlalu stress dan kerja berpada-pada ikut kemampuan sendiri.
Hujung bulan sudah tiba... Iza merasa sangat teruja dan gembira kerana ini adalah pertama kali dia mendapat gaji sebanyak ini. $2800 dolar adalah jumlah yang tidak pernah difikirkan oleh Iza mendapat gaji sebanyak itu, kerana selama 6 bulan dia berkerja gaji paling banyak dia terima ada $1700 walaupun dia melakukan banyak OT.
''semua perbelanjaan sudah cukup kan mak?, nanti kalau kurang bagitau jer..'' Iza bercakap dalam telefon dengan Puan Min. Iza tidak risau sangat keadaan anak-anaknya kerana, Dengan jagaan Puan Min ibu kandungnya dia percaya anak-anaknya akan dalam keadaan baik-baik saja, cuma kerinduan pada anak-anaknya semakin membuak-buak di benak hati Iza.
Ben sudah mulai berani memperkenalkan Iza kepada salah seorang adik perempuannya iaitu Fira, Iza diterima baik oleh adik Ben.Semakin hari hubungan mereka menjadi semakin serius tetapiii.... dalam masa yang sama juga Iza bimbang, adakah Ibu Bapa Ben dan ahli keluarganya yang lain dapat menerima Iza seperti Fira menerima Iza??...
Walaupun hubungan Iza dan Ben hanya melalui video call,tetapi hampir setiap waktu Ben akan meluangkan masa menemani Iza. Biasanya Ben akan membuat panggilan telefon mengejutkan Iza bangun untuk bersiap pergi kerja.Sementara Iza mandi dan bersiap Ben akan setia menunggunya di dalam talian.. begitu setiap hari Ben akan menemani Iza.Mereka akan menamatkan panggilan apabila Iza sudah sampai di tempat kerja dan ingin memulai perkerjaannya.
Ben mempunyai banyak waktu kerana, kilang tempat dia berkerja tutup dari beroperasi buat sementara waktu. Hampir 80% kilang di Malaysia tutup kerana arahan dari pihak kerajaan supaya langkah mengurangkan jangkitan wabak covid-19 daripada terus meningkat.
Share this novel