Bab 3

Romance Series 6882

Dengan sebuah luggage, Iza berjalan kaki dari JB kastam menuju ke Singapore kastam. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan Iza ketika ini, didalam hatinya teringat anak-anak di kampung, sementara itu fikirannya asyik berfikir dimana dia akan menginap apabila sampai di singapore, kerana dia tidak mendapat apa-apa info tentang penginapan mereka selama ada di singapore nanti.Dengan wang di dalam dompetnya hanya ada RM200 dan $20 singapore dolar...

Setelah 1 jam berjalan dan tepat pukul 11.40 malam Iza sampai di singapore kastam, dan sekali lagi dia memasuki barisan untuk scan passport. ''Huh! nasib baik lepas'' Iza bercakap dengan dirinya sendiri, lantas dia cepat-cepat melihat jam di tangan tepat pukul 12 tengah malam.. hatinya lega sekejap kerana dia telah pun dapat melepasi border sebelum ditutup sepenuhnya...

Iza mengambil telefon untuk menelefon Fendy...
sekali denringan sahaja Fendy menjawab... ''dah sampai ke?, aku berhenti di traffic light ni, sebab lori tak boleh parking sembarang''... katanya,

Sekali lagi Iza menolak begnya dengan berpeluh-peluh, Iza sudah tidak pedulikan penat yang dia rasakan saat ini..baginya sampai di tempat yang di tuju adalah paling penting sekarang ini,Iza sampai ke tempat yang Fendy maksudkan, dengan tidak berfikir panjang Iza menaiki lori yang sedang parking di tepi jalan kerana lori itu sudah tidak asing lagi bagi dirinya, dia cukup mengenali lori yang di bawa oleh Fendy.

''Nah...'' Fendy memberikan duit $50 dolar, kepada Iza, ''Tq...nanti aku gaji aku ganti balik'', Iza membalas. Dalam perjalanan menuju ke kilang tempat kerja Iza, Fendy sempat singgah ke 7-eleven untuk membelikan sedikit barang keperluan untuk Iza. Sepertinya dia masih menyayangi dan megambil berat akan diri Iza. Tetapi apakan daya Talak yang dilafazkan dan perasaan sakit hati Iza masa ini masih tidak dapat di bawa berbincang.

Beberapa minit kemudian Iza sampai dikilang tempat dia berkerja sebagai Operator kilang, Iza sempat menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Fendy... Fendy hanya tersenyum dan berpesan ''jaga diri elok-elok dia tempat orang, kalau ada masalah apa-apa call jer''.... , Iza hanya menjawab ''ya...'' sambil turun dari lori.

Iza masuk ke kawasan kilang.. Dan terus menuju ke office security, kerana di dalam group supervisornya berpesan untuk menemui security apabila sampai di kilang.

Ada 2 orang operator lagi yang sedang menunggu di office security itu, salah satunya Iza kenal iaitu Ayu, rakan sekerja yang sama level dengannya... sambil menunggu, ''Okay, i called a
the taxi already,and then the taxi will send u all together to Mandarin Hotel Orchard...'' salah seorang security itu berkata...

''But u all must pay by urself for after that can claim with company...'' kata security itu lagi

Iza hanya mengangukkan kepala memberi isyarat faham... kerana dia keletihan, ''sorry but i don't have singapore dolar now, and how much we should pay the taxi?'' Ayu bertanya...

Security itu terus memeriksa telefon bimbitnya untuk melihat jumlah yang perlu di bayar oleh kami bertiga...

''The cost is around $39..'' kata security itu,
Iza bersuara ''It's okay i will pay first then will claim later to company..'' sambil tersenyum kepada Ayu.

Sejak Iza bermasalah dengan bekas suaminya, dia kerap menyendiri, menangis sorang-sorang di tepi locker, waktu rehat Iza akan duduk mendengar lagu sambil main game atau kadang-kadang dia akan menangis mengenang dirinya yang telah bergelar JANDA.

Semua kawan-kawan sekerjanya dia jauhi...

Teksi yang di tunggu telah pun sampai... Iza,Ayu dan seorang budak lelaki menaiki teksi itu, sewaktu dalam perjalanan Iza sempat bertanya kepada budak lelaki yang duduk ditempat duduk depan. ''Siapa nama u?'' , sambil menoleh ke belakang dia menjawab ''Andy..''

''Eh... sama dengan nama adik saya lah'' ketawa Iza, ''orang JB ke..?'' tanya Iza lagi... sebenarnya Iza adalah seorang yang peramah dan hanya orang yang mengenali dirinya sahaja akan faham perangai Iza.

"Saya asal sabah...'' kata Andy (operator kilang)...
''Eh... samalah saya orang sabah juga..'' Iza sedikit rasa happy sebab dapat kenal orang sekampung dengannya....

Mereka tertawa... Ayu yang berada dalam teksi itu juga turun tertawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience