Hari ini air mata Iza tak berhenti mengalir... tapi pada masa yang sama dia terus menerus menyakinkan dirinya untuk melangkah meninggal tanah Sabah dan kembali ke Johor bahru... kerana dia telah Nekad untuk fokus terhadap kehidupan yang ini dia ubah nanti...
Tepat pukul 9.45 malam, Kapal terbang dari KK(sabah), telah pun mendarat... setibanya Iza di lapangan terbang Johor Bahru, Fendy bakal menjadi EX husband kepada Iza, tiba-tiba muncul dan menjemputnya pulang ke rumah sewa mereka.
Dalam perjalanan Iza sempat menangis lagi, sebab tidak pernah terlintas di fikiran untuk berpisah dari anak-anaknya, sedangkan selama ini kemana saja Iza pergi anaknya mesti ada bersama kecuali waktu berkerja... Sampai di rumah, Andy adik kepada Iza yang sedang berehat di ruang tamu menyapanya, ''Eh kau tak kerja ke esok?'' ... Iza menjawab, '' Tak lah, aku kan cuti lagi lusa baru kerja''...
Malam ni Iza tidur berkeseorangan... hanya ditemani air mata kerana rindu anak-anak...
Pagi-pagi lagi Iza dah bersiap.... ''kak kejap lagi aku datang,aku bosan lah di rumah... '' Iza terus off call, kak suzie kakak No.2 dalam dalam adik beradik Iza, Jika ada masalah Iza akan pergi ke Pontian, kerumah kak suzie.
''Eh kurusnya kau.." kak suzie menegur Iza, sebaik saja Iza keluar dari kereta, ''hhmmm kurus makan hati, susah hati sebab jauh dari anak-anak lagi'', Iza menjawab pertanyaan kakaknya..
''Someone u loved''.. ringtone telefon bimbit Iza berdering... ''Supervisor" nama yg tertera di screen telefon Iza, dengan pantas Iza menjawab panggilan itu. ''Hi,Iza can u come to singapore today,because today midnight at 12am custom will close, border will close also, so if u cannot come today u can't go work as usual''.... Iza terkejut dan sambil menjawab ''Okay i will come today..''
''kak aku nak balik,nak kemas baju untuk seminggu stay di singapore nak kerja.. sebab border nak tutup kerana kes Covid-19 semakin meningkat''... Iza bergegas berkemas dan sambil membaca group chat tempat kerja. Scroll punya scroll Iza sempat membaca senarai nama yang dengan rela nak masuk dan stay di singapore selama seminggu.
Seramai 20 orang pekerja telah mendaftar, nama Iza berkali-kali disebut oleh supervisornya.. dan Iza pun turun menulis namanya di dalam senarai tersebut, kerana manpower tidak cukup lagi pulak attendance dan performance Iza sangat baik dalam perkerjaan maka dia selalu menjadi bahan pujian supervisor.
''hhhmm....'' Iza mengeluh, ''Ingatkan nak stay tidur sini malam ni''.. Iza bercakap dengan kakaknya sambil masuk dalam kereta dan menghidupkan enjin keretanya...''takpe lah seminggu jer kan'' ... kata kak suzie dengan Iza, ''Nanti lepas seminggu kau datang la sini lagi, dah bawa kereta jangan laju-laju, dah kalau ada apa-apa bagitau hati-hati drive''... ulang kak suzie berkali-kali,mengingatkan Iza supaya tidak memandu dengan laju, dia tau perangai adiknya kalau dah gelabah bawa kereta macam jalan raya tu bapak dia punya....
Tepat pukul 6 petang, Iza sudah pun sampai di bawah block rumahnya, dengan pantas dia naik ke rumah.. ''haa, nasib baik kau ada.. nanti tolong hantarkan aku ke JB kastam, aku nak masuk singapore sekarang, seminggu baru aku bleh keluar border nak tutup malam ni''... Iza meminta adik lelakinya Andy untuk menghantar dia ke JB kastam malam tu juga....
Iza hanya sempat mencapai baju-baju kerja dan barang-barang yang penting sahaja... dengan berat hati dan fikiran yang bercelaru Iza berangkat ke singapore malam tu juga....
Iza sempat call bekas suaminya meminta pertolongan... ''nanti kau tolong hantarkan aku sampai ke kilang''.. pinta Iza , Bekas suaminya tidak akan menolak kerana semenjak lafaz cerai yang di lafazkan, bekas suaminya itu asyik meminta maaf dan mengajak Iza untuk berbaik semula.... ''okay kalau dah sampai singapore kastam nanti call aku''.. kata Fendy
''okay aku turun dulu, jaga kereta aku baik-baik''... pesan Iza kepada adiknya...
''ya..aku tau lah,nanti aku pinjam kereta kau bawa pegi kerja jer''... jawab adiknya
Dengan pantas Iza turun di tengah jalan, kerana semua jalan masuk ke kastam telah penuh dengan kenderaan malaysia dan singapore, pertama kali Iza melihat keadaan seperti ini dia kastam.... Orang ramai berebut nak masuk singapore ada yang nak keluar dari singapore... Iza menolak luggage sambil mengepit bantal busuknya.
Sebaik sahaja Iza naik escalator dia terkejut semua kaunter masuk ke singapore di penuhi dengan orang ramai. Iza queue di kaunter auto, sesekali matanya meliar mencari kalau-kalau ada rakan sekerjanya yang turun masuk ke singapore masa itu. 30 minit telah berlalu... Iza hampir melepasi kaunter scan pasport, jam ditangan berkali-kali di lihat, sekarang jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Iza risau kalau dia tidak sempat melepasi kastam sebelum pukul 12 tengah malam ini.
Share this novel