Bab 4

Romance Series 6882

Setibanya di Hotel yang maksudkan, Ayu dan Andy turun dari teksi dan menuju ke lobby hotel, Iza menguruskan pembayaran teksi dan mengikuti pergerakan Ayu dan Andy.

Mereka Bertiga menuju ke Receptionist...
''Can I see ur employee badge and passport please?..'' salah seorang perempuan yang berkerja di kaunter tersebut bertanya, Iza pun memberikan dokument seperti yang di minta oleh perempuan itu.

Sementara itu Ayu dan Andy juga sedang mendaftar di kaunter bersebelahan. Selesai sahaja mendaftar, ternyata Iza mendapat Partner bilik yang tidak dapat masuk ke singapore kerana ada masalah family last minit.... Jadi Iza akan menginap di bilik itu sendiri sedangkan orang lain berkongsi bilik.

Dalam Hati sedikit happy sebab, buat masa ni Iza memang nak bersendirian, tambah-tambah lagi rakan kongsi yang sepatutnya sebilik dengannya itu dia tidak kenal langsung.

Iza menoleh kebelakang dan terserempak dengan kawan-kawan yang dia kenal, Kak Yus, dan ada 2 orang lagi budak india, masing-masing sedang sibuk berbual. Iza chat Wan adik saudara bekas suaminya, kerana Iza cukup rapat dengan Wan, segala masalah rumahtangga Iza dengan bekas suaminya Iza kongsikan dengan Wan, sampaikan rahsia bekas suami Iza ada scandal dengan perempuan sarawak dulu pun Wan yang bantu bongkarkan.

Kerana Wan kasihan dan tidak sanggup melihat Iza ditipu, dan seakan di bodoh kan oleh Fendy bersama keluarganya.

Hampir semua cerita tentang Iza, Wan tahu....
kadang-kadang Wan turun menangis dan hanya perkataan ''SABAR'' yang mampu dia lontarkan... kerana dia tahu urusan rumahtangga Iza dia tidak pantas masuk campur. Perasaan Geram Wan akan terserlah setiap kali Iza mengadu, Iza tidak mampu mengadu dengan keluarganya kerana dia takut di marahi oleh Ibunya....

Keputusan berkahwin dengan Fendy adalah di bantah oleh Ibu Iza, tetapi waktu itu Iza hangat bercinta dengan Fendy sehingga tidak mendengar sedikit pun apa yang di katakan oleh Puan Min... sayang sekali nasi sudah jadi bubur, setelah 14 tahun mendirikan rumahtangga bersama Fendy akhirnya perkataan "TALAK'' keluar dari mulut Fendy sendiri... walaupun Fendy menyesali perbuatannya itu, namun semuanya sudah tidak boleh di undur kembali.

''Kak besok kita jumpa...nanti saya datang pegi bilik ko...'' kata Wan membalas chat Iza dalam loghat sabahan yang pekat...

Iza berehat di biliknya... sesekali bunyi whatsApp chat dari group game Mobile Legend masuk... Iza hanya memandang dan terus mencapai tuala yang tersedia di bilik hotel mewah itu dan terus membersihkan diri.

Selesai mandi Iza membuka group chat tadi.. banyak chat yang mention namanya, kawan-kawan dalam group bertanya keadaan Iza,dan ada yang sempat komen status whatsApp yang Iza update ketika sedang berjalan kaki di jambatan tambak tadi...

Jam sudah pun menunjukkan pukul 3 pagi, Iza masih membawa chat dan membalas chat dari kawan-kawannya, Dalam group chat tu ada seorang budak lelaki bernama Ben dia menyimpan perasaan terhadap Iza, kerana sering bermain game Mobile Legend bersama adik sepupu Fendy iaitu Ros, Iza berkenalan dengan Ben...

Ben jauh lebih muda dari Iza, umurnya baru 28 tahun dan Iza 34 tahun bagi Iza, Ben adalah lelaki yang baik, Ben tahu Iza baru bercerai dengan Fendy, Ben pernah menyatakan ingin mengenali Iza lebih dekat lagi, Iza tidak berani memberikan harapan dan berharap apa-apa dengan Ben sebab bagi Iza, Ben masih terlalu muda...

Iza terlelap sambil memegang handphone....

Matahari sudah terpancar dari celah-celah langsir bilik hotel itu. Iza bangun dan melihat jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi, Iza terus call Wan dan berjanji untuk menemui Wan di lobby hotel.

Di lobby Iza sempat membaca chat dari Ben dan Iza membalas dengan kata-kata biasa seperti seorang kawan. Wan muncul di lift kedua lobby, mereka berpelukkan dan Iza tersenyum kerana dia ada teman yang dia rapat berada di hotel yang sama...Mereka naik ke aras 12 iaitu bilik Iza.

Wan bercerita dan mengatakan suaminya turut berada di singapore, mereka menaiki motorsikal memasuki singapore dan hanya membawa sedikit baju-baju. Wan mengajak Iza ke Kedai berhampiran untuk mencari makan, kerana malam nanti mereka akan berkerja, Wan Berkerja di company yang sama dengan Iza cuma tempat kerja yang berlainan, Iza dan Wan juga sama shift...

Wan sempat berpesan dengan Iza kalau tak cukup duit jangan segan pinjam darinya, Iza sejenis orang yang tidak suka menyusahkan orang lain, dia seorang yang suka berdikari... kerana bagi dirinya selagi dia mampu berusaha sendiri dia tidak akan mahu menyusahkan orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience