Bab 1

Romance Series 6882

Setelah hampir 2 bulan berpisah dengan suaminya, dan kini proses perceraian di mahkamah diteruskan...

"Aku ceraikan kau dengan talak 3.....''
ayat ni masih terngiang-ngiang di telinga Iza... Kata-kata lafaz cerai yang di lafazkan suaminya 2 Bulan lepas ketika berada di rumahnya, dan lafaz itu telah disaksikan oleh adik lelaki Iza sendiri...

Setelah penat berfikir.. dan hanya 1 jer jalan pernyelesaian ada di benak otak Iza sekarang... iaitu menghantar anak-anaknya ke kampung halamannya di sabah, dan akan di jaga oleh Puan Min ibu kandung Iza sendiri...

Iza terpaksa menguruskan pertukaran sekolah anak-anaknya ke kampung halaman di sabah untuk memudahkan dirinya terus berkerja dan menyara 4 orang anak yang ditinggalkan oleh bekas suaminya.

Dengan kes covid-19 yang semakin teruk di negara malaysia ni, Iza risau meninggalkan anak-anaknya berjauhan pulak tu... Tapi apakan daya semua kerana terdesak yang mendesak.

Seminggu telah berlalu... Esok Iza akan berangkat balik ke JB, kerana cuti yang dimohon sudah habis..
''Kau tinggal jer anak-anak kau kat sini, nanti tiap bulan kau kirim lah duit belanja untuk budak-budak ni'' Puan Min bersuara menyapa Iza yang sedang termenung di luar beranda rumah ibunya..

Sambil mengesat air mata Iza menjawab... ''hhmm ya lah mak, orang pun tak tahu nak melangkah dan mula dari mana,sebab selama ni apa saja orang buat semua orang fikir untuk anak-anak dan suami, sekarang bila tiada suami ni,orang macam buntu sekejap.''..

Tapi yang penting apa yang ada dalam kepala otak Iza ialah kerja tanpa memikirkan masalah tentang proses perceraiannya dan biarkan masalah itu selesai sendiri, lepas tu Fokus untuk mengubah segalanya dalam dirinya sekarang...

''ya.. aku takkan jadi perempuan yang lemah dan aku harus berubah menjadi wanita yang kuat demi anak dan keluargaku'' Iza berkata sendiri di dalam hati...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience